17 December 2009
Berdebar-debar sebab hari ni aku bakal menaiki kapal terbang dari KLIA sendirian. Dulu naik bas sorang2. Ni nak try naik flight sorang2 plak. Kenapa aku tak naik bas dah?
1. penat segala sendi ni ha naik bas. dari 10 tahun lepas aku duk naik bas ke Terengganu. letih woo..
2. tiket bas pon dah mahal walaupun tak semahal flight yang aku amek ni. tapi masa tiba bezanya banyak.
3. teringin nak naik sorang2. =p
seperti biasa,bila aku sendirian. aku ambil jalan selamat. aku tiba seawal jam 6pm di airport, naik ERL je. kepala aku dah pikir nak tengok bola Malaysian vs Vietnam final sukan sea.
makan dulu lepas check in beg dan amek boarding pass. makan di airport memang jangan terkejut la dengan pricenya. tapi sebab aku lapar dan tak sempat nak makan,, bedal je.

agak2 berapa total makanan ini?

tadaa~!!
dah nak tunggu kat boarding hall tu baru perasan yang flight aku delayed. time tu keadaan cuaca memang tak menentu. kebetulan tv terpasang game bola tu. bes bes. layan dari minit ke 50 lebih sampai gol dan sampai ke akhir game. ngam ngam habis game, dah boleh boarding. sampai KT dalam jam 9 lebih camtu. memandangkan Niena busy nak uruskan hal kawin dia, Ayu la menjemput aku di airport dan malam itu tido di rumah dia di Kuala Berang.
Esoknya, lepas solat Jumaat, aku and Ayu jumpa Niena di KT. lepak umah Niena for the night. kepala aku mula menunjukkan sikap meragam dia. Tapi sempat singgah makan sotong celop tepung di Pantai Teluk Ketapang. Tempat yang sama masa trip aku pi Redang tu. Could not enjoy the food since perot tak selesa, kepala berdenyut2. Tensi. Balik umah,telan panadol terus tido sampai malam. Bangun tengok Liana dah sampai. Kelaparan lalu kami ke Pok Wan Kopitiam area Gong Badak tuk dinner. Makanan yang dimakan orang lain tiada dalam gambar. =p

udang goreng,ikan,sotong.dll. sedapnyaaaaaaaa….

@Pok Wan Kopitiam

niena makan ni. roti letak telur, mushroom, ade la lg bahan2 dia. sedap.

nasi ayam black pepper sizzling. yang ni sedap.
Keesokan harinya 19hb, kami bersiap awal dan by 9am, dah gerak ke Jertih tuk amek tshah dan terus gerak ke Kota Bharu untuk ke kenduri Ezzah. Sesampai sana around kol 12 tgh hari. Cuaca elok dan Ezzah pun sedang tunggu sang teruna tiba. sempat bergambar dengan pengantin yang comel itu. Dan sempat berjumpa dengan cikgu2 besut yang kini dah mengajar di MRSM PC. rugi tak amek gambar dengan cikgu Nik Fatihan. Cikgu Maths aku masa form 2. banyak kenangan woo.. dulu anak dara, sekarang anak dah 4 still maintain cam anak dara. huhu…


ezzah the bride~!!

Sebaik selesai makan dan say bye2 kat Ezzah. kami terus gerak ke rumah Amiruddin. agak cuak takut2 terjumpa seseorang itu. Tak tau nak react camne time tu. Sampai di rumah Amir sudah agak lewat. Jam sudah melewati jam 5 petang. orang dah kemas2 dah. tapi sebab dah bagitau kat Amir, jadi adalah lagi makanan tuk kami.
Sampai sana, kebetulan sekali ngan Azza. Dr Azza. hehehe.. dan beberapa guys Besut dan PC. Bergambar dengan pengantin tetap. Kemudian lepak2 makan sambil bergosip lagi. Tak cukup bergosip sepanjang perjalanan dari KB ke KT tu. Ye la.. jarang nak jumpa sek2 nih..

dari kiri duduk: Ateng, Awis, Naazari, Azza, Liana, aku.
dari kiri atas: tatau, amir and wife, ayu, niena dan tshah.


nampak titi dan kami excited tuk berposing. wife Amir sungguh sempoi~!!
Around jam 7pm, kami bertolak pulang dari rumah Amir dan singgah di D’Ganu Cafe di bandar KT. Makan lagi. order kepok lekor kesukaan ku~!! =D dan lepak sampai jam 8 lebih bersama 2 jejaka berjaket hitam tidak berkaca mata hitam.

bersama Shahmi dan Faliq
Then, kami gerak anta Azza ke Hospital dan sempat jumpa Aimi yang baru habis kerja. Ahh.. rindunya mereka ini. Teruskan langkah kami menghantar Liana ke Chendering.

Tishah sedang berusaha menenangkan anak sedara Liana.
Destinasi seterusnya adalah kedai makan kat Chendering tu. Aku tak ingat nama kedai tu. tapi kedai tu gak la aku singgah ngn Wangers masa Redang trip yang minum air buah dan makan nasik minyak.
Malam tu aku makan nasi dagang. Sedap. Harganya RM2.50 sepinggan. Kami singgah sini pun sebab Tishah nak jumpa member lama dia. dah borak2 dan masing2 mata sudah kuyu je, kami gerak pulang ke rumah Niena. Malam tu aku dan Tishah je yang tidur di umah Niena. yang lain semua sudah pulang ke rumah masing2.

Kucing yang sibuk nak main.
Esoknya, pepagi Tishah dah balik. Aku singgah beli kepok di Losong. Aku pilih kedai Adik-beradik buat kali kedua selepas trip redang. kemudian lunch di Pasar Payang. nasi ayam yang sedap. dan terbeli kain crepe tulip yang aku duk usha masa pi trip redang aritu.
Lepas tu gerak ke Teluk Ketapang tuk pekena gorengan tepung lagi. alasan, sebab aritu tak enjoy sgt makan. =p
balik umah niena dan bersiap tuk ke airport. Jam 8 malam aku boarding tuk pulang ke KL. ahhh.. penat.. tapi sungguh seronok sebab dapat jumpa member lama dan update cerita masing2 dan imbas kembali cerita lama.


Lepas ni tak dapat la nak lepak umah Niena dah. segan. sebab dia sudah pon mengakhiri zaman bujangnya new year baru ni.. huhu.. to Niena, i wish you all the best in your marriage life~!! =)
Story wedding lynda dan dura ditangguhkan lagi. menantikan gambar2 dan juga mood untuk menulis. =p