Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 4

Ini last entri untuk trip ke Sabah. Akhirnya.. ahaha, nampak sangat malas sangat nak taip kan.

 Itinerary Day 4:

Breakfast

Pulau Manukan

Check-out

Jalan-jalan di bandar

Airport.

=======================================================

7hb Jun 2011

 Hari ni hari last kat Sabah. Sungguh sedih. Plan nak ke pulau hari ni, tapi macam mendung semacam je. Haih… takpe la, teruskan jugak la plan ni, mengharapkan, tak hujan. Before tu, breakfast di hotel. Pilihan breakfast ada banyak dan aku dah kekenyangan walaupun belum cuba semuanya.

Kemudian, terus ke Jesselton Port untuk ke pulau. Tak jauh pun dari hotel kami, dalam 5-10 minit macam tu je driving dalam keadaan trafik yang biasa. Dah sampai tu, kita beli pakej dulu ye. Ada banyak agent yang kita boleh pilih, compare2 la harga and apa yang ada dalam pakej tu. Memandangkan hanya adik aku je nak bersnorkel and cuaca pun not on our side, and some more, nak kejar ke airport, kami amek pakej ke Manukan Island je. Harga? hmm,, tak berapa nak ingat. Takde la mahal sangat. Korang boleh compare pukul berapa bertolak, balik jam berapa, semua tu kena compare la dalam semua agent. Unless korang tak kisah pasal masa, tak de masalah. =) Dah pilih agent mana, kena bayar pulak tax/service charge kat kaunter lain.  Semua harga per person ye.

Ok, dah excited nak pegi. Mendung kan cuaca. *sigh*. redha je la.

 time ni ok lagi.

 sangat mendung. Angah je la yang berenang2 di tepian. sayangnya, sebab hujan, ikan2 sembunyi taknak keluar bermain2.

berjalan-jalan di sekitar pulau, ternampak kelonsong bom. betul kan ni kelongsong bom.. hehe

 

actually, aku memang teringin buat mende alah ni. tapi keadaan tak mengizinkan. so, next time je la.

Dah sejam kami kat sini, dan tak banyak aktiviti boleh buat sebab hujan dan juga sebab kena balik semula untuk check-out, kami pun bergerak pulang ke Kota Kinabalu.Masih lagi hujan. Sampai kat hotel, terus mandi dan pack2 barang untuk check-out. Nasib baik boleh late check -out. around 1pm macam tu dan takde extra charge. Kemudian, kami terus ke Jeti balik tuk makan kat Restoran Nasi Padang Ibu ni. Cuaca dah bertambah ok time ni. Sangat best kalau untuk bersnorkel time macam ni. Ok, lepas makan, kami bergambar2 di sekitar jeti.

 

 

Tetiba plak papa sakit perut, ye la, ayah aku tu perutnya agak sensitif, jadi makan pedas2 memang sakit perut. Sementara tunggu tu, aku ngan Angah pun berjalan la dari jeti nak ke Pasar Filipina sambil singgah kat satu bangunan ni yang dah dirobohkan. Kat sini, terdapat grafiti2 menarik. Berjalan kaki ke Pasar Filipina agak memenatkan tapi, cuaca mendung je, takde la rasa kepanasan sangat.

 

menarik grafiti2 ni..

dah sampai pun kat Pasar Filipina ni.. belikan baju untuk cousins dan brooch untuk makcik2 aku.

Dalam jam 5pm, dah gerak ke airport terminal 1 untuk pulangkan kereta sewa dan amik teksi ke terminal 2 untuk flight pulang. Agak lama duduk dalam airport tu. sepatutnya flight jam 10+pm tapi flight delayed. Jadi kena tunggu nak dekat jam 11pm baru boarding. Sampai di LCCT, jam 1++am. Selamat sampai di KL. Satu percutian yang penat tapi sangat best. =D Tutup cerita Trip ke Sabah. Kita jumpa lagi di entri yang lain. < banyaknya la akak pending cerita > huhu…

 

 

Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 3

Itinerary Day 3:

9 am – Bertolak ke Poring Hot Spring

10 am – Sampai di Poring Hot Spring

11 am – Ke Sabah Tea Plantation

11.30 am – Fish Spa Tagal

12 pm – bertolak ke Kota Kinabalu

3:30pm – check in @Beverly Hotel

5:30pm – Keluar dinner @Kampung Nelayan Seafood

=======================================================

6hb Jun 2011

Bangun pagi untuk breakfast. Kalau bangun pagi-pagi, boleh la nampak puncak Gunung Kinabalu seperti di bawah ni. Ya Allah, sangat cantek. Nampak batu-batu kat puncak tu. Ada gak rasa teringin nak sampai puncak tu, tapi… hehehe… ada tapi la pulak. :p

Sayangnya, lepas breakfast nak amek gambar berlatar belakangkan puncak batu-batu tu tak tercapai sebab kabus / awan dah tutup.

Dah kenyang, jom kita mulakan aktiviti kita hari ni. Kami check out dalam jam 9 am. Buat keputusan terus check out sebab tak nak la rushing2 untuk balik sebelum pukul 12 kan. Destinasi pertama kita hari ni adalah Mata Air Panas Poring. Dari pintu masuk KPR tu, kita belok ke kanan, menghala ke Ranau. Ikut je signboard Ranau, along the way, ada jugak signboard Poring Hotspring ni. Memang korang tak akan miss la. Tak silap aku, perjalanan mengambil masa dalam 40 min lebih kurang dari KPR. Bila dah nampak stesen minyak Petronas belah kanan, depan sikit lagi sampai la ke Pekan Ranau. Besar jugak la Pekan Ranau ni – berkali besar dari Pekan Kundasang tu. Kat sini ada KFC. dah sampai Pekan Ranau, straight saja lagi. Dalam 10-15 minit sampai kat persimpangan masuk ke Poring Hotspring. Tapi, jangan ingat dah sampai, anda kena drive lagi dalam 15-20 minit ke dalam. Ikut je signboard yang ada. And ta-da, dah sampai ke destinasinya.  

dah park kereta, beli tiket dulu.

gerai2 ni kat luar dari pagar Poring Hotspring ni

Nanti kat dalam tu dia akan check tickets, jangan dibuang plak tiketnya tu. Pastu akan jumpa jambatan gantung dengan sungai mengalir kat bawahnya. Jalan depan lagi baru la jumpa kawasan kolam air panas. Ada macam2 kolam air panas – yang besar, yang untuk celup2 kaki saja dan yang private bath room pun ada. pilih je nak yang mana. Disebabkan kami tiba pun dah pukul 10 lebih kurang, teramat la ramai orang dalam ni.

Ramai orang berendam dalam ni, tapi kitorang cuma celup2 je la kaki.

Ni tempat yang kolah kecik2 tu.

Ada macam2 lagi kat dalam tu. cuma larat tak larat je nak explore semua.

Dalam 20 minit mendaki, sampai la ke canopy walk ni. sangat puas hati. canopy walk ni ada banyak ye, dalam 3 atau4 camtu.

yang ni parents aku yang sampai. sementara aku ngan Angah duk jalan kat canopy walk, drang jalan sampai kat air terjun ni.

Dah puas berjalan kat Poring Hot Spring tu, kitorang bergerak pulak menuju ke ladang teh. Drive menuju ke jalan besar balik, dan instead of patah balik, kita teruskan lagi. ikut saja signboard sampai jumpa signage seperti di bawah ni. Depan sikit je akan sampai ke Fish Spa Tagal. Kiranya dari signage ni dah boleh nampak la kereta parking untuk ke Fish Spa tu. Nak sampai kat kilang dan kedainya, kena naik bukit sikit. Kat sini takde ape sangat nak tengok. Kat Cameron Highlands lagi better ladang teh nya. Tapi still, boleh nak merasa tea pancake dan air teh di sini.

 

tea pancake

Lepas meninjau ladang teh, kami singgah pulak kat Fish Spa Tagal. Untuk rendam kaki dengan ikan2 tu kena bayar. Takde la mahal sangat pun. Aku tak ingat la berapa bayarannya, mungkin dalam Rm3 per person untuk 15 minit.  Bayar dulu kat bawah, then jalan kaki sikit sampai la kat tempat orang ramai menunggu giliran nak rendam kaki. Masa kami pegi ni ramai, so once dah sampai kat pintu masuk ke sungai tu, cepat2 pergi kaunter untuk amek no giliran dan boleh beli makanan ikan. Lepas tu, tunggu la giliran kita. Nanti dia akan buat announcement no giliran kita. Jadi tak perlu lah duk tunggu kat pintu masuk tu, bawak la bersabar dan duduk kat kerusi2 yang disediakan or jalan2 capture gambar sementara giliran kita sampai. :)

 

Pose je lebih. Bila ikan2 tu kat kaki aku, menjerit2 la aku..

Besar ok, ikan2 dia.. eiii…

Ok, dah bergeli geleman dengan ikan2 tu, kami pun bergerak turun ke bandar Kota Kinabalu pulak. On the way, hujan saja. Kena berhati-hati sebab kabus sangat tebal. Agak scary untuk aku – masih phobia sebab baru lepas episod eksiden aku. huhu..

 

Kali ni, kami tido kat Beverly Hotel. Dapat connecting room. Total RM 339.98, 2 rooms, 1 night, 2 breakfast + tax. Aku booked thru Agoda. Harga agoda ni ok la. Reasonable. Dah rest kejap, malam tu kuar untuk dinner di Kampung Nelayan. Well, kat sini price dia agak mahal. Sebab aku taktau mana lagi seafood yang murah. dan kat sini sebab ada persembahan kebudayaan. tu yang lagi bertambah mahal. T_T. Total kami makan untuk 4 pax dalam RM200. Tu pun amek tak banyak sebab tau mahal. huhu.. Dah kenyang, balik hotel dan bobom. Sok dah nak balik.

boleh pilih nak fresh or frozen

 

Sambungan:

Part 4

Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 2

Itinerary for Day 2:

8 am – breakfast @ McDonald – dekat bandar KK

9 am – ke Pasar Tamu Gaya

10 am – bertolak ke Kundasang

12 pm – sampai area Kundasang – Kinabalu Park

1 pm – sampai ke Kinabalu Pine Resort (15 min dari Kinabalu Park) – lunch di KPR

3 pm – Mesilau Dairy Farm

4 pm – Kundasang War Memorial

Dinner di KPR.

============================================

5 Jun 2011 – Ahad

Pagi tu, kami check out dari apartment dan terus ke bandar. Hari sebelumnya dah nampak McDonald, so kami pun breakfast kat situ je. Lepas breakfast, kami ke Tamu Gaya – pasar pagi yang jual macam-macam dari makanan,pakaian sampai haiwan peliharaan. Pasar ni memang di tengah bandar KK dan sangat besar. Kami pun tak habis ronda sebab papa dah tak larat, ditambah lagi dengan panas. Sangat seronok untuk tengok apa yang ada kat pasar tu. Oh, di sini agak susah cari parking kalau datang matahari dah tinggi. Dengarnya, pasar ni start pukul 6am. Ok, jom layan gambar2 yang aku capture kat pasar tu.

Baju longgok – dari pakaian dalam sampai la pakaian luar. ada jugak cadar, selimut.  ala2 bundle je aku tengok.

kerongsang, gelang mutiara, rantai etc

sayur2 , buahan

puppy

kittens

hamsters

corals -  perhiasan

of course aku cari baju I Love Sabah – RM25 untuk yg ada sticker kuning tu. RM20 yg takde sticker tu. sticker tu menandakan kualiti baju tu bagus sikit.

kuih muih

sangat besar @ panjang pasar ni…

Ok, dah puas jalan kat Tamu Gaya, kami berangkat ke Kundasang pulak. Dari bandar KK, ikut signboard Ranau atau Tamparuli yer. Kami tak singgah jambatan Tamparuli sebab dah terlepas. :( . Jambatan tu memang kat tepi jalan besar je. Nanti nampak jambatan gantung yang sangat panjang. Dah nampak jambatan tu, ikut je signboard ke Ranau. Jalan naik ke Kundasang ala2 jalan ke Cameron Highlands. Masa perjalanan bergantung kepada pemanduan. Kalau ada lori kat depan, aha.. amik sket la masa. Kalau aku drive, memang taktau la sampai jam berapa. :p Papa drive adalah dalam 2 jam lebih sket dah sampai ke Pekan Kundasang. First stop – Kinabalu Park. Sepanjang perjalanan naik ke Kundasang ni memang akan ada signboard Kinabalu Park. So, takkan terlepas.

Nak masuk, kena bayar entrance fees. Bayaran per person ye. Tak silap aku RM3 seorang. Either korang boleh park kereta kat bawah, dan jalan kaki atau drive pusing dalam tu. Nak jalan kaki, memang cheq tak sanggup la ye. Besar ok. Naik je kereta sebab memang boleh stop2 pun kat dalam tu. Oh ye, pada sesiapa yang nak panjat Gunung Kinabalu, pendakian start dari Kinabalu Park ni. Kena cari Timpohon Gate di mana kat sini la start point dia.

Beratur untuk beli tiket masuk

Matrix yang disewa dari Hertz

Berhenti kejap amek gambar- belakang tu Gunung Kinabalu

Ni jadual masa untuk pendakian naik Gunung Kinabalu.

Ni sebelum sampai pintu masuk taman Botani – dalam Kinabalu park

Dah lepas pusing2 dalam tu, teruskan journey to the hotel – Kinabalu Pine Resort. Dalam 10-15 minit dari Kinabalu Park. Before tu, akann sampai ke Pekan Kundasang dulu. Time aku pergi ni, tengah ada construction – nak besarkan jalan. Pekan Kundasang ni sangat la kecil – macam takde ape sangat pun. Adalah bank dan kedai makan sikit. Kundasang War Memorial ni tepi je dengan bangunan2 kat pekan ni. Ni aku cerita later ye. Meh check in hotel dulu. Depan sikit je dari pekan kundasang, dah sampai ke KPR ni.

bilik ni berhadapan dengan reception

dah simpan barang, lunch dulu kat resort.

depan bilik

aku book block P – 2 bilik tingkat atas. block ni mengadap Gunung Kinabalu.

ni signage kat depan pintu masuk

Lepas lunch dan rehat semua, dalam jam 3 ptg, kami ke Mesilau Dairy Farm. Untuk ke farm ni, kena patah balik ke Pekan Kundasang. Kalau dari pintu masuk KPR ni, belok kiri ye. belok kanan akan ke Ranau. Dah sampai ke area construction besar tadi tu, belok ke kanan menghala ke bangunan2 Pekan Kundasang tu. Then, terus saja naik bukit. Before naik bukit tu, right beside bangunan2 tu, adalah Kundasang War Memorial at your right side.  Terus je naik bukit tu, and akan nampak sign board farm tu. Memang rasa agak jauh sebab 2 lanes saja. Macam kat Kundasang Park, kena bayar dulu sebelum masuk ke kawasan farm tu. Sesi perah susu dah pun start. Tapi no worries – dalam pukul 4 still tengah sesi perah susu. lembu dia ada banyak kot. huhu..

 

ada sekor yang kaler brown plak.

lembu2 tengah diperah susunya. pekerja farm tu tengah bagi lembu makan.

boleh beli susu segar di sini. don’t worry, susu ni dah disterilkan.

kami beli susu ni – tak sempat nak rasa dah basi. :( kami baru nak minum keesokannya. moral of the story, terus minum atau simpan dalam peti sejuk. kami tak simpan dlm fridge sbb kat KPR takde peti ais.. T_T

 

 

Dah bergambar bagai kat farm tu, kami turun balik dan singgah di Kundasang War Memorial kat Pekan Kundasang tadi tu. Tempat ni adalah untuk memperingati askar Australia dan British yang terkorban semasa penjajahan Jepun. Kat sini ada juga dipamerkan cerita tentang beberapa orang askar Australia yang terselamat dari tawanan Jepun. Selain tu, dalam ni ada taman yang cantik, tapi aku tak letak la dalam blog ni. Dah banyak sangat gambar pun. hehe.. Nak masuk ni pun kena bayar. Rm3 atau RM2 camtu la.. tak ingat dah aku. Tak mahal pun. Apa salahnya masuk tengok kan.. :) Oh, tempat ni tutup jam 5pm. Jangan lupa datang awal sikit.

Dah penat tengok lembu dan pergi War Memorial tu, kami pun balik ke resorts. Kat resort ni, ada bela arnab tau. Sesiapa yang bawak budak kecil atau orang yang suka binatang (macam aku), boleh la pergi tengok rabbits. Dah tengok @ main ngan rabbits, aku pun balik bilik dan rest sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. hehe.. Dinner? malas la nak drive ke Ranau. Pekan Kundasang plak macam tak menarik je kedai makan dia. Jadinya, makan je kat resort. :) Then tido.. siap2 nak berjalan lagi esok. weehooo…

 rabbit ni je jinak – tak meronta bila orang pegi. baik je.. comel plak tu.. hehe..

 

Sambungan:

Part 3

Part 4

Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 1

Ini trip kedua aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Dulu ngan dak2 SGG, skang ngan family pulak. Kali ni sangat super pack. Hasil bacaan dari forum Cari, aku berjaya membuat satu itinari yang berbaloi. =)

4 Jun 2011 – Sabtu

Itinerary untuk hari pertama:

9 pagi – sampai KK airport - amek teksi dari terminal 2 ke terminal 1. - settle urusan sewa kat Hertz. dan drive ke Monsopiad Cultural Village.

12 tgh – lunch di Sri Penang, check in di Likas Condotel. rest.

5 pm – lebih kurang la. keluar  ke bandar KK. Pasar Filipina, Pasar ikan masin – dinner

===============================================================

Sekali lagi adik kena tinggal sebab dia dah start belajar kat MMU Cyberjaya. malam sebelumnya aku keja malam, malas nak amek cuti. Jadi, balik sangat rushing dari ofis jam 5 pagi. tak sempat buat apa, capai beg yang dah ready trus gerak pi LCCT. yg lain2 suma dah ada kat sana. flight kami jam 6:45 pagi. nak buat camna, nak sangat tiket murah. hehe.

Lepas makan dalam flight – pre-booked meals. aku terus tido tapi sangat tak selesa sebab kerusi tak dpt nak di baringkan sikit. sampai kat epot terminal 2 KK jam 9 pagi lebih kurang, sementara tunggu beg, ternampak ada map jalan2 KK. free saje, amek je la kan. map ini sangat berguna ok. amek airpport teksi ke terminal 1 sebab nak amek keta sewa – Hertz. Bayar rm30 tuk pegi ke terminal 1. aku rasa macam mahal je tapi itu la standard price.

Kami sewa kereta Matrix – RM 88 satu hari. Kereta masih baru ok. so, dah punggah beg2 masuk dlm kereta, then off we go!! Destinasi pertama, Taman Kebudayaan Monsopiad.

Perjalanan dari Terminal 1 ke Taman Kebudayaan ni tak la jauh sangat. Tapi kena tau ke mana hendak pergi. Luckily, kami dah study directions sebelum ke KK. Sebab memang tak boleh nak mengharapkan signboard sebab signboard Taman ni hanya ada bila dah dekat. Perjalanan tanpa sesat mungkin dalam 30 minit dari Terminal 1.

Tips, map yang aku ambil di Terminal 2 memang sangat membantu. Map yang kami print dari google juga membantu. Mata sentiasa alert untuk signboard Taman ni yang sangat sedikit.

Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Park kereta dan bayar. RM20 untuk warga emas dan RM55 untuk dewasa. Harga ini termasuklah minuman, tour guide dan persembahan kebudayaan. Kalau di Kuching ada Cultural Village jugak, tapi itu lebih kepada semua kaum yang di Sarawak. Tapi Monsopiad Cultural Village ni tertumpu kepada Monsopiad, seorang pahlawan di daerah ini. Dan ada jugak dipamerkan budaya orang Kadazan-Dusun kat sini.

Persembahan kebudayaan bermula jam 11 pagi. Sementara tunggu nak start tu, ada welcoming drinks untuk kami.

 

welcoming drinks – coffee and tea

tarian berbagai suku di Sabah

bergambar bersama performers

Dah lepas menonton persembahan, tour guide akan panggil semua pengunjung yang ada dan memberi penerangan pasal asal usul Cultural Village ni. Kemudian, kami di bawa ke House of Skulls. Kat sini, mereka simpan tengkorak2 mangsa Monsopiad. Bak kata tour guide tu, tengkorak yang dipamerkan tu real. Ada jugak barang2 lain yang dipamerkan dalam rumah ni.

banyak ok tengkorak ni.

Actually, nak ke rumah ni kena melintas jalan dari Cultural Village tu. Dah tengok dalam rumah tu, patah balik masuk dalam Village tu balik. Ingatkan dah takde ape dah, jadinya kami pun berjalan sikit merentasi jambatan gantung ni. Tak sempat nak sampai kat hujung tu, tour guide tu panggil balik sebab tak habis lagi tour dia. ahaha.. tu la, takde penerangan yang jelas lagi. huhu..

Lepas House of Skulls, the next stop adalah penerangan tentang arak tradisional Kadazan-Dusun ni. Dia ada bagi test. Pada yang muslim, jangan nak gatal2 sangat la nak try kan. hehe..

Then proceed to the next one. Yang ni, dia tunjuk macam mana nak dapatkan sagu dari pokoknya. Then dia tunjuk jugak ulat sagu. huhu…ada jugak orang makan ulat ni. yikes~!

Kemudian, the next session – dia tunjukkan macam mana nak main permainan tradisional Sabah. Ada lastik (yang ni Semenanjung pun ada), sumpit, dan jalan atas kayu macam Angah dalam gambar ni.

susah sebenarnya bagi siapa yang tak biasa.

Section games tu adalah yang last. Lepas tu boleh la nak meronda dalam kawasan village tu. Kat situ pun ada Souvenier shop kalau nak beli cenderahati. Dah snap gambar barang 1,2, kami teruskan perjalanan ke hotel kami, Likas Condotel. Agak jauh dari bandar. Tapi takde masalah sangat sebab kami sewa kereta. Bagi yang tak menyewa kereta, condominium ni macam tak berapa sesuai saja sebab jauh dari bandar. Sebenarnya, aku book Marina Court Apartment but sehari sebelum bertolak ke KK, agent ke owner called bagitau unit yang kami book tu tengah renovate. Jadinya dia pindahkan kami kat Likas Condotel ni. Alhamdulillah, condo ni cantik jugak la walaupun dari luar tak berapa memberangsangkan. Unit dia sangat cantik interior dia. Ada 3 bilik, 1 master bedroom dan 2 bilik. Astro, seterika, dapur semua ada. Kat condo ni pun ada swimming pool. The downside was, lift dia cuma 1 je beroperasi. bayangkan la ada berapa tingkat tapi 1 lif je berfungsi. dan tiada breakfast ye. Sebelah condo ni ada mall tapi macam tak berapa nak hidup je.

 Lepas berehat sejam,2.. kami pun ke Bandar KK. Ke pasar ikan masin dan pusing2 dalam Pasar Filipina untuk tengok2 barang yang dijual. Sebaik azan maghrib, kami ke sebelah Pasar Filipina untuk dinner, ikan bakar. Tapi untuk sesiapa yang inginkan ikan bakar yang sedap, bukan di sini ye. Sebab ikan kat sini, dah di bakar siap2 jadi isinya tak la lembut. Kat sini macam pasar malam. Ada jual macam2 selain gerai2 makan. Gerai makan ada ikan bakar, mee goreng, nasi goreng, chicken wings (yang memang famous kat sini) dan macam2 lagi. Lepas makan, bergerak pulang ke hotel. Ingatkan nak layan Akademi Fantasia. tapi tertido plak depan tv akibat kepenatan dan tak cukup tidur. Kita sambung ke episod keesokan harinya.

 Sambungan:

Part 2

Part 3

Part 4

Getaway #5 – Berjimba di Bali – Part 4

5 Julai 2011

Hari terakhir kami di Bali. sob..sob.. dah terasa sedih. walaupun sudah start merindui family kat malaysia. hehe.. kali ni, kami bangun makin lewat dan suruh Pak Guntur datang lewat sikit. sempat la Nana dan terjun 50 round kat kolam tu. :) dan kami bergambar kenangan di Villa itu.

di depan villa. pejabat villa ni kecik je sebab dai just manage 4 buah villa.

Destinasi pertama kami adalah GWK. Garuda Wisnu Kencana. actually, aku pun taktau apa yang ada kat sini. tapi sehari sebelum tu, aku ada tengok rancangan hiburan kat tv indonesia ni. sorang artis drang ni pegi bercuti kat bali and dia tunjuk la tempat2 yang dia pegi termasuk la GWK ni.

actually, GWK ni satu hala ke Uluwatu. Tapi disebabkan timing kitorg lari semalamnya, jadi tak dapat nak pegi. Jadi, pada sesiapa yang nak pergi GWK dan Kecak Dance kat Uluwatu, buat la dalam hari yang sama. Beli tiket, masa nak masuk ke parking. 50krp seorang = rm18.

kat sini pun ade performance barongan + kecak. free saja. tapi kecilan.

Ok. jom kita tengok apa yang ada dalam GWK ni. untuk pengetahuan, tempat ni sangat besar. kami tak explore habis. Tiket jangan lupa ye. nanti nak scan untuk masuk. macam kalau nak naik LRT semua tu.kami masuk je terus dah ready nak bergambar kat fountain ni. Kat sini ada flying fox, ATV and Segway. Kena la bayar ye kalau nak main semua mende ni. Kami tak main pun sebab tak tahan matahari terik.

ni la segway.

amek gambar ala2 kaver album gitu..

penat.. :p

Mula menapak naik tangga ini. Tu dia, patung Garuda. Terdengar dari loud speaker, staff dia tengah cerita pasal patung ni. Biasa la kami, tak dengar sangat pun. Yang aku tau, patung ni ambil masa nak siap buat dan tak lama lagi akan dipindahkan kat tempat lain. Dan kalau tengok dekat2, tak silap aku diperbuat dari emas rasanya. Itu yang aku dengar la. tak pay attention sangat. hehe..

ni pulak em.. patung dewa. tak ingat apa nama.

 

Dah habis jalan2 dalam tu, kitorang pun gerak nak pegi lunch kat the first restaurant yang kitorg makan masa sampai hari tu. Lepas lunch, kami singgah solat kat masjid. Masjid dia agak tersorok sikit dalam rumah2 orang. tak macam temple dia yang banyak je tepi jalan. Lepas je solat, kami terus ke bandar Kuta. untuk ke Hard Rock Cafe dan jalan2 di kawasan sekitar. Tapi tak sempat ke tempat memorial pengeboman tu. sebab Pak Guntur just dropped and kitorg jalan sendri. malas nak jalan2 sebab penat dan takut tersesat ntah ke mana2.

tengah nak solat

cred to amy: memorial pengeboman bali.

Jam sudah menginjak jam 5 petang. flight kami jam 9 mlm. so, inilah last place kitorg kat bandar Kuta. Kuta beach. oh, tak sempat jugak nak jejak pantai Kuta. hanya sempat kat jimbaran je. huhu. sempat lagi bergambar. Then, Pak Guntur terus hantar kami ke airport. Dan Pak Bambang, staff vila datang hantar beg2 kitorang ke airport. surau di airport bali bagi aku kecik je. nak tunggu naik flight agak lama, cari la makanan dalam international boarding hall tu. susah nak cari yang halal. :( makan je la fries and minum air mineral. then dlm flight makan lagi. touch down di LCCT jam 11 malam. yeay! accomplished trip ke bali. if ada yang mengajak untuk pergi lagi. i will say, yes! :)

muka kepenatan.

Getaway #5 – Berjimba di Bali – Part 3

4 Julai 2011

Hari ketiga – sesudah breakfast di villa dengan makanan ala Asia – more to Indonesian, kami gerak ke Tanah Lot. Salah satu tempat yang famous kat Bali. Apa yang ada kat sana – temple di tengah laut. Kami gerak dalam jam 9:30 am. Biasa la wangers, kami kan suka amek our own sweet times. hehhe…

Perjalanan dari seminyak lebih kurang 30-45 min bergantung kepada trafik ye anak2.

Ok, dah sampai. Masa kereta nak masuk parking tu, dah kena bayar entrance fees – aku tak ingat la pulak berapa. dalam 50Krp kot sorang. kena check balik. Seperti biasa amek gambar dulu sebelum masuk.

 

Dah bergambar kat luar, kita masuk. Nanti kat dalam tu, dia akan check tiket yang dibeli masa nak masuk parking tadi. Jadi, lepas park kereta tu jangan lupa bawak tiket turun sekali ye. Sepanjang perjalanan ke laut – where the main attraction is. Banyak sangat kedai2 jual cenderahati di kiri kanan. memang teruja la. aim kami adalah beli beg ada tulis bali dengan mencari harga kurang dari 15krp sebab kat Krishna semalamnya, paling mahal pun 15krp – murah 13500rp.(tak sampai rm4 satu).

ok, hampir sampai ke tepi laut.

Dah sampai – meh layan gambar2.

 

 

Dah pusing2 kat dalam tu, kitorang pun memulakan aktiviti membeli belah. kedai-kedai yang berhampiran dengan laut, mahal sikit harganya, lepas tu mcm sombong sket. lastly, kami beli t-shirt i love bali kat satu kedai – agung bali. memang souvenir shop. tak boleh bargain sebab dia kedai yang memang dah harga fix. kualiti kain dari semurah 13000rp sampai 30000rp. kitorg beli yg 30krp tu = rm10.80. ok la.. kat phuket pon rm15, sabah aku beli rm25.ingat ye, semuanya bergantung pada kualiti kain. yg kami beli ni, ok jugak la kualiti dia. yang harga 13krp=tak sampai rm4 tu, paham2 la kualiti macam mana kan.

kemudian sampai satu lagi kedai dekat tempat keluar. kedai baru bukak, pandai2 la tawar. cakap je sebagai pelaris. dan luckily zed pandai tawar. banyak jugak kitorg beli kat kedai tu. beli, beli dan beli.. aku beli yang hiasan gantung kat luar tu, yang kalau angin dia bunyi klung-klung tu.. kalau kat sabah, tanya hari tu dlm rm25. aku beli kat sini lepas tawar2 yang saiz kecik dari 60krp,dpt 20krp=rm7. yang besar bargain dpt 60krp=rm21. tapi tak abes bargain lagi yang besar tu. puas hati kot beli kat situ.

Dah abes shopping, meh ler kita pulang. dan singgah dulu makan kat restoran nama Pondok Tempoe Dulu – suggested by Nana. Sedap. dia on the way nak ke pusat bandar kuta. kalau dari Tanah Lot, sebelah kiri jalan dan sebelah Carrefour je.

 Lepas makan, kami pulang ke villa sebab adik amy dah penat – al maklum la ibu mengandung. Amy and Nana pun taknak ikot ke rencana kami seterusnya – Kecak Dance. Balik villa, solat dulu dan terus aku, Mek,Zed and Ema ke Uluwatu tuk tengok Kecak Dance. Perjalanan amek masa dalam 30-40 minit juga, bergantung pada trafik. Pak Guntur tunjuk kitorang pantai tempat shooting cite Eat,Pray,Love.

Dah tengok2, gerak la kami ke tempat Kecak Dance tu. Dinasihatkan tiba kat sini lebih awal. Sebabnya kalau lambat2 takut tiket habis. Sebab memang sangat ramai orang. Dan juga untuk kejar masa performance tu sendri. Kami tiba di situ dalam jam 5 ptg. Kena beli 2 tiket- satu untuk masuk ke kawasan temple situ. (ye, kat sini mana2 ada temple. macam kat bandung, di mana2 ada masjid). dan satu lagi tiket untuk tengok kecak dance tu. kalau sesiapa pakai skirt pendek atau seluar pendek, dia akan bagi kain. yang lain kena pakai kain kuning tuk lilit. scenery memang cantik tapi tak dapat nak bergambar dan menikmati sangat sebab banyak giler monyet. Agresif lagi. kalau pakai sepit rambut ke, getah rambut, spek sume kena cabut. jadi aku tak pakai spek takut diragut oleh monyet.

Nasib baik la Pak Guntur ikut kami. Kiranya dia jadi bodyguard kami ikut pusing2 tempat tu. ada la beberapa kejadian ragut terjadi. ada seorang uncle ni tourist dari negara omputih tu, glasses dia kena ragut. belum sempat sesi barter, spek tu dah dipatahkan. Sesi barter yang aku cakap ni, let say barang kita diambil monyet tu. nanti adalah orang2 lokal  kat situ ‘negotiate’ ngan monyet2 tu. tukarkan dengan makanan. kalau berjaya dapat balik barang tu, kita bayar la kat lokal tu upah. bijak tak drang carik duit.

sepanjang perjalanan tu, monyet kiri dan kanan. ish.. risau aku. boleh gugur ok jantung tengok monyet2.. huhu…

Dah pusing2 tu, kitorang pun pegi kat ‘pentas’ persembahan kecak. banyak lagi seat kosong, so boleh la pilih2 tempat duduk. and tentu la, kami pilih view yang mengadap laut- tengok sunset. dan matahari petang memancar ke arah kami. kat sini, jangan risau, takde monyet2 nya. lama gak la sementara menunggu jam 6:00 pm. waktu persembahan dimulakan.

ni taktau la dia buat ape, lepas nyalakan api tu, dia baca2 sket..

Jam 6:45pm, bermula la persembahan Kecak. persembahan ni macam barongan gak. cerita dewa hindu tu – Sita dan Rama. musiknya adalah bunyi ‘cak, cak, cak’ yang dibunyikan oleh sekumpulan lelaki yang tak berbaju dlm gambar di bawah ni. mula-mula agak boring, yang kelainan bunyi cak,cak tu je. tapi dh hujung2 cerita tu, pelakon2 dia ade la buat lawak sikit2. terhibur la gak kan. dan yang paling menarik, masa ada scene monyet putih mau dibakar oleh orang jahat.

semua lelaki yang tak berbaju ni la yang buat bunyi cak cak

sudah maghrib.

 

ni la monyet putih. duk menyakat penonton.

monyet putih kena tangkap

monyet putih nak padamkan api

Selesai dalam 7:30 macam tu. sebab kami kelaparan, Pak Guntur pun bawak kami makan di Restoran Wong Solo – yang sudah pun ada di Malaysia. Janji halal~! Kena ingat ya, makan di Bali ni tak boleh sebarangan.

cumi-cumi goreng yang sedap. sambal yang pedas ya amat. sampai menangis aku. huhu

Kemudian kitorang mau satu round lagi shopping kat Krishna, tempat souvenier. dalam tu tak amek gambar, amek gambar kat luar je la. borong beg i love bali tu banyak giler nak bagi kat sedara2 and saf,dura and lynda. then aku beli gak tuk mama sarung kusyen yang ada design batik – 75krp untuk 5 helai = dalam rm25. murah la. total kami shopping di sini adalah dalam 4 juta rupiah.

Kemudian kami pulang ke villa. dah rehat2 kejap, and budak2 ni dah seround dua swimming. kami keluar ke bandar kuta tuk berjimba. hehe.. taklah.. saja jalan2. naik teksi saja. pergi naik 2 teksi, balik 1 teksi je. berenam.. memang wangers suka kan mcm tu. hehe.. sempat jalan2 kat luar hard rock cafe. pastu baru nak lepak kat satu kedai eskem ni. dah tutup sebab sudah jam 10. adoi la.. balik beli kfc. halal yer. kemudian tido. esok dah mau pulang. huhu…

Sambungan:

Part 4

Cerita Ringkas

2 minggu lepas, aku balik Batu Pahat. Seperti biasa la, mesti berjalan ke sana sini. Dan singgah di Carrefour. Ada satu arm chair yang menarik perhatian aku.

Dan si boboy ni yang suka tido atas katil. Pantang nampak pintu terbukak sket, mesti nak menyelit masuk. Even lubang yang kat aircond tu pun kucing2 ni suka menerjah masuk. Pastu landing baik punya atas kaki aku, calarkan kaki aku yang memang dah banyak kesan luka ni.. ish..

Getaway #5 – Berjimba di Bali – Part 2

3 Julai 2011

Pagi tu breakfast kat villa. Staff yang masak kat villa kami. Kitorang mintak american breakfast dan tak de meat. sebab takut tak halal.

croissant cheese yang yummy..

Lepas breakfast, kitorang dijemput driver, Pak Guntur yang kitorang book awal2 lagi untuk memulakan penjelajahan kami. Sebab Mek tertinggal itinerary yang dia dah buat. terpaksalah kami ikut itinerary driver je. tengok barongan performance. Barongan performance ni ada kat beberapa tempat kat bali. Show dia, sekali je dalam sehari. Iaitu jam 10pagi. Disebabkan kami keluar dari villa pun jam 9:30 pagi, Pak Guntur bawa kami tempat yang berhampiran dengan villa. Lupa plak nama area ni apa. Tapi ada satu lagi, di Batu Bulan.Jauh sikit dari Seminyak (tempat villa kami). Tiket berharga IDR 80 ribu = RM28 seorang.

Lepas tu pergi tengok batik painting. agak mahal la kan kalu nak beli kat situ. pastu Pak Guntur suggest nak pegi kilang silver. oh tidak! kitorg kata taknak, and teruskan untuk cari painting. kat bali ni, kawasan dia macam dh terbahagi -ada kawasan yang jual painting je..ada yang jual ukiran batu, ada yang jual ukiran kayu..

 

canting batik.

dah dekat tempat painting.

banyak giler painting. pilih je. dan jgn lupa tawar sampai lebam..

 Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak mengambil masa jugak la. Jam menunjukkan jam 12 tengah hari. Jadi, seperti biasa, kami semua sudah terdiam sebab kelaparan. Pak Guntur pun bawa kami makan kat Batur Sari Restaurant. Restoran Muslim dan kat situ boleh nampak Gunung Batur, salah satu gunung berapi yang ada di Bali yang setiap jam atau setiap hari akan mengeluarkan debu. Parking sini kena bayar IDR 50 ribu = RM 17.50. Kat sini juga ada surau. Makanan ala buffet. Price IDR 90ribu = RM31.50 seorang. Ada bermacam jenis lauk dan kira sedap la jugak.

Boleh makan sambil mengadap gunung. Walaupun sejuk tapi terik dia tak tahan la. hehe..

Selepas kenyang, masing2 dah ada tenaga balik. So, kami singgah ke kebun kopi. Kat sini ada jual kopi luwak. Ala, biji kopi yang diambil dari najis luwak (musang) dan diproses. Mahal ok kopi ni. And dah nampak biji kopi tu fresh dari najis tu, jijik plak aku. hehe.. Kami jugak diberi minuman free untuk dirasa. Tapi kalau nak rasa kopi luwak kena bayar. Semua cakap, takpe, takpe. Jadi, kitorang cuma rasa hot coklat, teh halia, teh ginseng, kopi bali, teh lemon.

ni la luwak = musang. comel kan.

tak close up – najis luwak yang ada biji kopi.

cik zahrah tukar profesion jadik tukang masak kopi. sempoi adik yang bagi je si zed ni amek alih.

testing session.

sini kedai jual produk2 diorang.

Dah lepas pusing dalam kebun kopi tu, kitorang nak amek gambar plak, salah satu spot yang sgt famous among tourist. Padi bukit kat Tegalalang. Kawasan ni on the way je untuk kitorang balik ke Kuta.

ada banyak kedai2 jugak. Ada satu kedai tu boleh jual baju RM10 = 2 helai. murah ok.

Cantik2

Ni Padi bukit nya. Sayangnya time ni takde pokok padi. And kalau nak jalan kat bawah tu boleh gak, tapi biasa la wangers ni. Malas. :p

Dah sampai kat Ubud, kitorang pegi ke Monkey Forest. Tak masuk pun sebab hanya ada monyet2 je. Amy dah ketakutan. Seb bek masih boleh capture gambar kitorang kat bawah ni. :)

Ni Pasar Ubud. Patutnya suruh Pak Guntur stop kat sini. Macam banyak gak barang2 menarik. Tapi tak berhenti pun. :(

Dah kat area Kuta, nampak orang-orang ni berarak kat jalan. Acara keagamaan Hindu.

Dah jam 6pm macam tu.Matahari kat sini macam sejam lebih awal dari Malaysia. Kami pegi pulak makan seafood kat Jimbaran. Kat sini, berderet restoran. Pilih je nak makan kat kedai mana. Ala, yang macam kat Umbai. Sini lagi cantik la. :) Kawasan ni tak jauh dari airport. Nampak la flight turun naik. Dan view sangat la cantik.

Ada jugak orang nyanyi2. Seperti biasa, hulur tips yer.

Sebelum ada makanan.

Selepas ada makanan. Kelapa dia sangat besar.

Ini la kami order. Satu set untuk 2 orang makan. Kitorang order 3 set. Sangat kenyang. Ada macam2 set. Kami amek yang paling murah. 1 Set = IDR 600,000 = RM 210. Total seafood+nasi+air = IDR 2,151,650, lebih kurang la RM800. RM100 sorang.

ada jugak performance. Nama restoran yang kita makan, Tiram Cafe.

OK. Dah sudah dinner. kami bergerak pulang. Dan sempat singgah ke Krishna. Sini tempat beli souvenir, t-shirt, baju, kerepek apepe je la. Sangat besar kedai dia. Kemudian pulang ke villa. budak2 ni sempat lagi terjun tiruk lagi ke pool. aku sangat tak larat langsung aja tidur. zzzzzz….

 Sambungan:

Part 3

Part 4

Getaway #5 – Berjimba di Bali – Part 1

Mood lebih kepada untuk bercerita pasal trip aku dan the other travel junkies ke Bali. Jadi skip banyak la sangat getaway ok. hehe..

2 Julai 2011

Jam 3:45 petang, kami bertolak ke Bali. Wee… disebabkan kelaparan, beli nasi briyani atas flight. Not bad gak nasi briyani Airasia ni. Dah makan, tak boleh nak tido sangat sebab travel siang so nikmati je la panorama di atas awan.

Sampai di Bali jam 6:30 petang lebih kurang. Hari sudah gelap. Walaupun jam sama dengan Malaysia, tapi matahari dia lebih sejam ke depan. Jadi, jam 6 petang dah macam jam 7 petang di Malaysia. Even dah makan atas flight, rasa lapar tu still ada, lepas staff Grania Villa tu picked up kitorang, kitorang mintak dia bawakkan pegi makan. Jadi, kami singgah di Ayam Tulang Lunak, Malioboro.

ayam lunak telur asin

Peringatan ye, di Bali ni restoran nak makan tak semudah di Bandung. tak semua halal.

Dah kenyang, kami terus check in kat villa. Super eksaited tengok villa kami. Macam orang jakun explore villa kami dan villa adik amy.Budak2 ni terus terjun dalam private pool. Aku? biasa la, tak suka air. ahaha.. dah penat mandi manda, semua ape lagi tidur.

Zed yang uruskan villa ni, so aku tak berapa sure macam mana berurusan. Aku tau total untuk vila kami = rm2100, 4 hari 3 malam + breakfast +transport airport return. Itu dah termasuk, 2 extra bed. Jadi dibahagi 6 = RM350 seorang.  :)

Ni address Villa ni.

Grania Bali Villas (http://www.graniabalivillas.com/)

Address: Jl. Dewi Saraswati III/35

Sambungan:

Bali – Part 2

Bali – Part 3

Bali – Part 4