Quick Update #1

Hey, dah 4 bulan aku tak update blog. ish ish.. pemalas ekau yer. Bukan apa, sangat busy, kalau tak busy, rasa macam nak tido je. (teruk anak dara sorang ni). Banyak mende jadi in my life rite now. Pening2. First untuk tahun ni, last January aku dan teman2 wangers kesayanganku melawat Jakarta. Secondnya, aku sudah menjadi MBA student kat UKM. this week last week for this sem. Lagi about 1 year nak harungi hidup sebagai student. adeh!

ketiganya, my ex. *cough*cough* dah selamat menjadi suami orang. orang itu bukan aku. nama pun ex. orang kata let it go. will be will be, eventually. keempatnya, met another loser guy sumore he’s a jerk. dem yuh!!! ok, sabar. kelimanya, insya Allah, semoga Allah permudahkan segalanya, aku akan menunaikan umrah bulan 6 ini. excited! dan mengharapkan ketenangan di sana dan di bawa pulang ketenangan itu. semoga aku dapat menunaikan ibadah ku dengan sempurna. *amin*.

keenam? eh, ade lagi ek.. keenam, hemm… takde ape lg kot. yang akan datang, akan diupdate akan datang punya entry. hehe.. will try to be more rajin to update blog kesayangan hamba ini.. =)

Membuli atau Dibuli – Part 1

Aku baca kisah anak RCW kena “buli” ni aku nak bagi pendapat la. Duk baca kat forum, duk kutuk kata MRSM ramai pelajar samseng la apa la. Aku pun pelajar MRSM. Motip aku nak bagi tau satu dunia? hahaha..

Bagi aku, mana2 ada pembuli ni, bukan MRSM je. sekolah pondok ka, sekolah maahad ka, sekolah harian biasa ka, sekolah sains ka, ade je pembuli. Jangan la nak diskriminasi sangat la. Dah pernah melalui pengalaman diskriminasi masa kat Muar dulu. Boleh pulak nak bezakan budak ex-MRSM (form 1-3 dari MRSM lain) dengan budak biasa. Meh aku cerita. <– nak tunjuk yang aku ni garang orangnya time sekolah dulu.. hehehe..

Time kat MRSM Muar – dah jadi senior

Bila dah jadi senior, suka la buat meeting untuk junior, pastu marah2. Memandangkan aku baik la jugak dengan ketua dorm aku time tu, aku bagi pendapat, kalau nak marah junior, jangan panggil budak2 senior yang lain. Biasa la kalau dah pegang title senior, kau ingat kau hebat kan. buat meeting antara AJK tertinggi dengan junior saja. yang tak berkenaan tak perlu nak panggil.

Tapi satu hari ni, drang buat la kat halaman asrama Tun Teja secara besaran. Boleh la pulak sorang senior ni (batch aku la ni), bangun and jerit, “pada junior ex MRSM sila bangun.” time tu aku baru je sampai kat asrama TT ni. minah ni duk berleter la cakap ada sorang junior ex MRSM ni tak bagi salam kat dia masa dia lalu depan bilik junior ni. Ayat dia camni, ” First time akak lalu, awak bagi salam. Second time akak lalu, awak tak bagi salam langsung”. Wahhh!! kau ingat kau sape? PM ke? aku terus la backing junior ni. See, aku seorang senior yang baik okeh. Aku pun dengan garang nye sound senior aka batch aku ni. “Perlu ke kau nak sebut ex-MRSM? kau tu sekarang bukan belajar kat MRSM ke? nanti kau keluar bukan jadi ex-MRSM gak ke? Kalau tak suka sgt, tak payah belajar kat sini. ” pastu aku sambung lagi, “yang kau lalu sepuluh kali nak pi bergayut tu buat ape? dah bilik budak tu depan phone, everytime kau lalu tu nak bagi salam. kau jawab tak salam tu? ke buat muka sombong, berlagak kau.? ” haaa… minah tu terus terdiam. semua junior pandang aku. AJK pun tengok aku. member2 aku kat tepi dah cakap,” rilek,rilek”. terus aku kata, “tak guna nak tegur mende sampah macam ni.” terus aku blah.. hehehe.. garang tak aku? member2 aku tak sangka okeh aku boleh sound camtu, kuat kot aku jerit sebab minah tu duk kat bilik dia kat atas. bagi aku, mende kecik ko nak jadi kan besar apa hal. huhu…

Time kat MRSM Muar – masih junior

Para junior disuruh beratur sebab form 5 nak salam sebab nak exam. tapi kami pulak yang kena jalan, sambil kata, “maaf kak.” pastu baru drang cakap, “akak maafkan. akak pun minta maaf. doakan akak spm ek.” agak2 korang rasa aku nak doakan tak? :p tentu la tak. boleh pulak sorang senior aku ni, aku memang bengang tahap gaban kat dia. aku salam je, tak cakap maaf. (aku ego ok). dia pegang tangan aku, “eh, nurul. tak mintak maaf pon.” wahh.. sape nak amek spm time tu. ko ke aku? sape yang suka sound2 aku pasal mende tak masuk akal. ko ke aku? kalau kat Besut ni, mau aku baling kasut. hahahaha… ok, takde la sampai macam tu. i’ve been well trained kot kat Besut dgn mende2 sampah ni. aku senyum je la. dlm hati aku,”aku ke kau nak spm ni.?” aku cakap sori smbil gelak2. pastu truskan jalan. so, aku nekad, time aku jadi senior, biar senior yang jalan and mintak maaf. kita yang nak exam, kita la yang salam dan minta maaf. perlu ke nak jaga ego kau sebagai senior tu? dan aku berjaya buat senior salam junior time aku senior. :D

Eh, aku nak buat entri pasal anak RCW. lain entri la ek. :p

P/S: mok, if you read this, here are a few reasons kenapa Muar tak terpahat sangat dalam hati ni. :p

Dah Nama Pun Politik

Aku malas nak letak kat fesbuk. kang sama ade orang yang sentap atau aku yang sentap. Aku penah rasa bengang kot ada orang tu upload kutuk kerajaan kat fb. Ok, fine. nampak sangat la kan aku pro gomen. so wat, orang lain pro pembangkang, ada aku kisah? haha.

Meh la aku nak cakap, aku dah muak pasal angkat sumpah, video sex, video watever. korang tau tak, dah namanya politikus, memang la kena pandai kaver salah sendiri dan menegakkan apa yang dia nak jadi tegak. time takde kuasa, boleh la cakap berdegor2, bagi kuasa sikit tengok ko boleh jadi yang lebih baik ke tak?

Bukan aku nak galakkan angkat sumpah, tapi dah kalau orang tu nak angkat sumpah laknat, biarlah. Dia patut tau serba sikit hukum agama ni, walaupun banyak buat maksiat. Angkat2 sumpah ni bukan main2, apa lagi sumpah laknat. Sedangkan menipu pun dah berdosa. Ape lagi bersumpah, lagi2 dengan nama Allah. Kalau nak ikot kan, orang tu angkat sumpah camne pun, kalau dah buat maksiat sana sini, kalau aku la, aku tak percaya. Dan aku rasa, orang2 Malaysia ni tak bodoh. Tapi jangan la jadi bodoh dengan buat chaos kat masjid. Duk tolak2, terjerit2 macam orang takde akal dalam masjid. Tau tak, orang lain duk gelak kan korang.

Lepas tu nak letak dalam facebook bagitau satu dunia pendapat korang. Time ni la nak letak2 hadis segala kat facebook tu. Tak puas hati satu perkara, baru nak gali hadis nak letak kat facebook tu. Tak nak cari ke camne nak solat dengan betul? camne bacaan Al-Quran yang betul? tak nak share pulak camne nak jadi muslim yang baik.

Selain ahli politik, aku tengok, kalau lelaki tu, letak la segala ceramah agama ke hadis ke yang menjelaskan pasal perempuan atau isteri yang baik. tapi kenapa tak nak kongsi macam mana nak jadi lelaki atau suami yang baik? atau menjadi anak yang baik. atau menjadi seorang muslim yang baik? kenapa kena cari hadis / sunnah / quote from Quran untuk menegur orang lain tapi bukan untuk peringatan diri sendiri? memang bagus memberi pengetahuan kepada orang tapi perlu la betulkan diri sendri dulu. 

Ada member aku ni, kalau dulu bercinta dengan perempuan tak bertudung, tak pernah pulak nak sound2 orang tak bertudung. tapi bila dah break dengan perempuan tu, wah.. bukan main ko sound pompuan tu tak pakai tudung. bukan ke itu namanya hipokrit?

Pikir2 la ye.. sekian.

P/S: aku pon tak sempurna.

Azam Awal Tahun Baru

Ini adalah salah satu azam awal tahun baru saya. Kenapa awal tahun je? Sebab aku pasti dah tengah2 tu mesti dah slow update entri aku. Not 100% malas tapi sebab nanti kerja buat aku stress. Bila aku stress, aku asyik nak tido je. Pastu takde mood langsung. Sebab itu yang berlaku tahun lepas. Macam2 isu dah account yang aku handle ni. Naik menyampah pon ada lah. Tiap2 minggu meeting. Naik jeluak aku aih.. Tapi claim masyuk. heheh..

Ok, malas nak citer pasal kerja lagi. Cuma nak bagitau, azam awal tahun baru, mau rajin hapdet blog walaupun entri mengarut. Tapi blog aku kan mostly on the vacation aku pegi, tempat makan yang aku jejak, dan perasaan aku yang tak terluahkan melalui  bicara normal. hehehe.. sebab itu, aku tak berani nak publictize blog aku ni. gila hape.. kadang2 pendapat aku tu boleh buat orang tersentap kot. *siapa yang terasa la*

Mostly individu2 yang aku maki2 tu tak baca la blog aku ni. melainkan dia bloghopping dan terjumpa blog aku ni, wa talak bleh wat apa la kan. naseb ko la labu kena maki hamun aku ni. tapi tu pon aku maki berlapik hokey.. :)

Jadi saya akan terus memblog pasal vacation+makanan+wedding dan skang tambah anak2 kawan saya. :) ape lagi nak bebel kat sini. takde la kot.

ok. selamat tahun baru. :)

P/s: hepi besdei to Encek Mulim – 3rd January dan hepi besdei to ex-shiftlead aku, Encek Kanai – 4th january. terima kaseh kerana pernah mewarnai hidup saya. =)

Kerana Cinta atau Kerana Harta

Ini hanya pendapat dan pandangan aku. Kalau ada yang tidak bersetuju, terpulanglah kan.

Beberapa minggu lepas,I came across a post in Facebook on a guy was calling a radio deejay for Doctor Love segment. Oh, which radio, not sure about that. Tak pernah la pulak aku dengar segmen2 camtu.

His problem was he just broke up with his fiance because she met someone much better in term of financially than him. And this so called Doctor Love so what ever, called up the girl and asked why she left that “poor” guy.

Pompuan ni bila dah stranger tanya macam tu, mengamuk la kan. Duk marah-marah kenapa lelaki tu nak beritahu semua orang pasal masalah diorang. Tambah lagi Doctor konon Love ni dok provoke kata yang pompuan ni jenis mata duitan la sebab tinggalkan ex-fiance dia yang hanya penjual burger je. Lepas tu berlagak yang dia ni deejay. Erk? Deejay je. kalau kau dah tak laku. ada orang kisahkan kau bekas deejay. skarang jadi deejay pun aku tak kenal.

Kisahnya kenapa pompuan ni tinggalkan tunang dia adalah sebab tunangnya tu hanya lah penjual burger. Takde kereta. Hanya ada motor. Dan dia bertemu dengan orang yang lebih baik dari segi kewangan dari tunangnya.

Jadi pada dasarnya, kita akan melihat pompuan ini seorang materialistik. Dan kesalahan hanya terletak pada pompuan tu. Tapi bagi aku, mungkin ada salah dari pihak lelaki juga. Dari komen2 yang aku baca semua kata pompuan tu la yang teruk. Tapi kita secara jujurnya tak tahu apa masalah sebenar mereka.

Ini pendapat aku. Dan pendapat aku bukan untuk menyibuk hal mereka ni. Tapi untuk menclearkan pandangan lelaki yang mengatakan pompuan hanya pandang pada harta.

1. Kewangan juga penting dalam hidup zaman sekarang. Can not rely 100% untuk perasaan. Banyak kes yang suami duk pakai duit istri tapi masih ada hati lagi tuk nikah lain. Fikir lah mana letaknya maruah lelaki.

2. Untuk kes mereka ni, mungkin betul, pompuan tu materialistik. sebab ada je pompuan macam tu. so, sungguh kasehan la pada lelaki itu.

3. Mungkin lelaki tu sendri yang salah. Ada pompuan yang tak kisah lelaki tu kerja hanya penjual burger asalkan mempunyai keazaman dan usaha untuk majukan diri. Kita manusia, kena lah berusaha dari bawah. Mungkin awal kerja jual burger tepi jalan, lama-lama ada restoran makanan segera yang jual burger plak. we will never know. dari yang aku dengar sedutan panggilan ni, pompuan ni dah tak tahan sebab lelaki tu dah janji akan majukan bisnes, tapi apa hasil pon tak nampak. Kalau dah sampai bertunang, maknanya mereka dah kenal lama la. So, dalam tempoh tu, mungkin pompuan ni tak nampak lelaki ni berusaha untuk majukan diri sendri. Siapa tahu kan? Aku sebagai pompuan, tak berkenan sangat kalau lelaki tu tak de nampak ciri-ciri untuk majukan diri. Lelaki yang jenis bila dah kat comfort zone, dia tak nak move on. Tak boleh camtu. Nanti dah ada anak nanti macam mana.

4. Yang aku menyampah watak Doctor Love. Bagi aku, dia ni provoke lebih dan bias la kan. sebab dia lelaki. dia pulak emo lebih bila pompuan tu marah2. Bila pompuan tu tanya, kau ni siapa. Kata, aku keja deejay. Wah.. keja deejay tu hebat sangat ke? Sorry, selagi tak satu Malaysia kenal, jangan mimpi kau tu famous.

5. Kesimpulannya, dalam relationship, kena give and take. Kalau seorang je giving, sampai bila dia akan bertahan.

:: Aku tak kisah, janji ada nampak ciri2 berusaha majukan diri. Rezeki tu kurniaan Allah. Janji sudah berusaha. Kalau duk goyang kaki, melepak kedai kopi. Lepas tu harapkan duit datang bergolek, sorry la.

Misundersto0d

Jangan menilai seseorang dari luaran. Cantik tak semestinya baik. Tak cantik tak semestinya tak baik. Ok, takde kaitan dengan luaran.

Cuma nak cerita pasal kawan-kawan aku. salah satu yang kalau korang nak tau, aku ni jenis suka berkawan dalam kelompok yang ramai. Ala.. konon-konon macam happening gitu. :p bukan nak mencanang kat satu kampung aku ada ramai kawan. tidak, tidak. aku tak punya ramai kawan. kawan-kawan aku yang ramai ni la kawan aku.

Tapi selalunya kalau perempuan ni berkawan dalam sepuluh orang dalam satu group, maka adalah mata-mata yang memandang serong. ehem..ehem.. adakah anda jeles? jadi, mostly aku dan kawan-kawan aku yang ramai ni akan di-misunderstood oleh segelintir manusia.

Pertama, kawan-kawan masa aku belajar di Besut. Kami berkawan dalam 10 orang camtu. Dari form 1 sampai form 3. Even aku dah pindah muar, kami still together as friends. Pastu kami gedik-gedik la bagi nama kat group kami ni. masa form 1 nama lain, form 2 nama lain, form 4 nama lain. hahaha. tanak la kongsi nama-nama tu kecuali satu ni.

LERFT HIRNS ~ adalah gabungan nama kami semua. banyak kenangan kami bersama. dan aku still bersyukur sebab kami semua masih berkawan dan kami tidak seperti mereka yang pandang serong pada kami umpama kami ni geng jahat kat sekolah. padahal, kami selalu buat hal sendiri dan bergaul juga dengan orang lain.

bila idea orang lain nak boikot pegi prep beramai-ramai, kami juga yang kena. letih mak~!

pose masing2. tapi sekarang ni ayu2 belaka dah.. hiks..

tapi takpe, semua itu menjadi kenangan, dan kami pun masih kami dan masing2 mempunyai hidup yang kiranya menjadi. =D

dari cerita zaman kanak-kanak peralihan remaja, beralih kepada zaman awal di MMU. entah dari mana idea tu datang, kami menamakan diri kami:

WANGERS ~ ni pun banyak ceritanya. some has left the friendship. some are there to be part of the friendship. ni pun adalah yang seperti tak puas hati pada kami. ada ke patut, occupation dalam friendster mamat ni ialah Wangers clan destroyer. erk.. hello, kau pun aku tak kenal siapa. nak tumpang glamer la tu. haa.. padan muka korang, aku duk berlagak kat sini. :p

ha.. ni je la gambar yang complete sume ada. kalo idak, payah nak complete. :p

and kami masih bertahan sampai sekarang. i thank Allah for the love i have from all my friends. kerana ada tikanya hamba Allah ini tidak lah sempurna.

Ok. jadi tau kan kenapa perlunya kawan yang ramai. bayangkan ada seorang je kawan, kalau gaduh dengan yang seorang tu, mana lagi nak mengadu nasib? yes, we still have family. tapi tak semua perkara kita share ngan family kan. dan tak semua perkara kita share dengan boyfriend/husband kan.

sedangkan lidah lagi tergigit. adik beradik pun bercakaran, apa lagi kawan-kawan. biasalah kecil hati, terguris perasaan, teremosi tak tentu pasal. tapi kita kena accept each other dan jangan pendam perasaan sendiri. mau makan diri tu nanti.

akan aku usahakan gambar terbaru LERFT HIRNS ye.. payah sgt nak cukopnye..

Kosong

Aku jarang nak cerita pasal my deep feelings.Selalunya yang apa aku cerita adalah hanyalah di permukaan saja. Tapi biarlah kali ni aku nak cerita.

Lately, aku terasa kosong. Tak tau situasi apa yang sebenarnya buat aku rasa kosong. Pernah terfikir apa fungsi aku dalam masyarakat. Apa sumbangan aku untuk hidup aku.

Ini bukan mengeluh tapi macam terpikir, apa lagi yang boleh aku buat dalam mengharungi hidup ni. Kadang-kadang bila baca pasal orang yang selalu murung, hiba dan mengeluh pasal hidup mereka, aku selalu kata pada diri sendiri. Jangan jadi begitu. Tak elok kita mengeluh. Kalau baca orang yang punya cita-cita dalam hidup dan tau apa yang mereka mahukan dalam hidup dan sedang berada di landasan itu, hati aku terpalit sedikit cemburu. Kenapa mereka boleh ada tujuan hidup tapi aku tidak. Aku teringin untuk merasa gembira dengan apa yang aku lakukan.

Sekarang ni walaupun dah ada kerja, aku tetap fikir adakah ini yang aku mau. Adakah aku akan gembira dengan kerja ni. Atau aku hanya akan gembira sebab ada kerja. Sampai bila aku nak rasa begitu. Aku nak rasa gembira dengan kerja aku. Aku sentiasa berdoa supaya aku gembira dengan apa aku lakukan. dan aku selalu cuba untuk menggembirakan diri aku.

Mungkin salah aku sendiri untuk tidak mencuba mencari apa yang akan menggembirakan aku. Aku nak gembira dan berjaya. Atau gembira dengan jayanya.

Aku dah taktau apa lagi nak teruskan. sebab aku akan mengulangi ayat yang sama saja. Jadi, cukup sekadar ini luahan hati aku pada petang ini. Just let me have the moment to feel down.

Praying hard for me to love my work. and to enjoy my life. and to move to another phase in life. amin.

Hey, I can Write.

It has been two years i have been blogging. Feel tempted to read my own entries. hehe.. wow.. let me praise myself since there is no one wants to praise me. :p

Hey, i can write. Well, not excellently. but i do know how to write. *clap clap* for myself. pat on my back.

But lately, i realized that my entries are getting boring and dull. I mean in the sense of the writing. In the sense of the pics, I know I am the kind who throws all the pictures into the entries. Hey, ingat ini album gambar ke?

I just been thru my quarterly assessment. and am not proud with the scores for communications skill. well, what can i say. I’m suck in communications. Beb, nak pegi mintak hard disk pun Kanai kena tolong. Dem.. feel so pathetic.

Even my English teacher at Muar, Sir Ibrahim once told me. “Nurul, you are quite good in English. But you need to open your mouth and speak. Practice to talk in English. This way you will improve.” ok, so i added here and there. Well, that’s true. I do agree with that.

It’s not the language itself. It’s me. Even in Bahasa, I don’t talk much. but when i do, you will tapped your feet impatiently and keep your face straight to avoid bellowing at me, “Shut up!! you talk too much”. Hahaha..

Ok, i think i better stop now. See.. i just can’t stop rambling anything merepek. Dang~!!

Please learn to talk wisely.

Belasah je banyak kesalahan tatabahasa.

Telefon Bimbit Berkamera

Hari ni, lepas baca blog kawan-kawan, terasa kagom. Sebab ada yang gaya penulisannya sempoi. rilek. tapi best. nak macam tu jugak la. tapi aku tak pandai sangat bab-bab menulis sempoi dan rilek serta tidak kaku.

cerita mengarut aku kali ni, pasal minyak naik. heh. malas. bukan aku tak kisah. tapi kalau nak membebel pun, macam la kerajaan nak turunkan harga minyak tu.

tadi balik kerja, aku sempat bergolek-golek dulu sambil membelek-belek handphone. handphone aku tidak lah hebat. adalah camera tu sebagai extra function. Pastu teringat la zaman awal beli handphone tu. Gigih sungguh aku capture pemandangan guna camera handphone tu. Dan time tu sikit-sikit amek gambar diri sendri dengan gaya comel. walaupun hasilnya tak brape comel kan. wahahahaha.. bila teringat, cam malu la plak. tak tau kenapa. mungkin sebab sekarang aku lagi suka suruh orang amek gambar aku. sampai ada orang membebel-macam-aku-tak-dengar. “asyik aku je amek gambar. nanti takde sape nak amek gambar aku”. laa.. bila offer nak amek gambar kau, kau yang tak nak. kata tak suka amek gambar sendiri. jadi, salah siapa sekarang ni. tapi kalau dengan wangers, memang kena paksa gak salah sorang tukang amek gambar. kalau tak, semua nak jadi model. :p

ok, tadi aku nak cerita pasal amek gambar guna handphone kan. sambung balik setelah meleret kepada cerita lain. tapi sekarang, memang tak de maknanya nak amek gambar sendiri. kebanyakan gambar yang aku amek adalah makanan, food, makanan dan food. sampai officemate aku cakap, “ha, sat lagi tu nak pegi KL la tu. pegi makan pastu amek gambar makanan. pastu update fesbuk”.  i love food. =D

jadi, adakah tabiat suka capture gambar sendiri menggunakan handphone akan kembali lagi jika aku bertukar handphone? blackberry tak syok camera dia. camera satio memang mengujakan. 12 megapixel bebeh.

bercerita dengan gempak gempita macam nak tukar handphone. tapi by the time i really do change my phone, mungkin blackberry or satio ni are not the in-trend anymore. tapi ada sedikit kejelesan la tengok member-member duk berBBM antara satu sama lain. atau duk mengambil gambar yang cantik. ahh…

 ok. meh aku tepek gambar yang diambil dari camera handphone aku yang 10 megapixel kurang dari camera satio.

angah tengah nak makan.

orang beratur nak amek donut free sempena pembukaan Big Apple di Alamanda. It’s almost a year already (i guess)

senyum lebar sebab dapat donut free.

 

food junkies that i love

 Aku pun tak tau mana aku simpan gambar pemandangan dan gambar gaya comel yang aku capture dulu. hahahaha.. well, gaya comel tu memang embarrassing.. :p

Gila Bola

 

Sudah hampir sampai ke penghujung perjalanan siri Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kegilaan bola, cerita tentang bola yang asyik masyuk, riuh rendah hampir berakhir. Tak lama lagi akan berlangsungnya perlawanan final antara Holland dan Spain. Ah, aku frust tak dapat tengok pertarungan antara Argentina dan Brazil. dan jugak Germany tak layak ke Final. T-T

Penonton bola sepak kebanyakannya adalah lelaki, tapi tak kurang juga para wanita. Untuk wanita, boleh dikategorikan kepada beberapa kelompok. Yang pertama, yang betul2 meminati sukan itu sepertimana lelaki menghayatinya. Yang kedua, suka tengok the game and also the players. Ketiganya, yang hanya suka tengok players dan suka beraksi seksi terlampau di stadium yang penuh dengan lelaki2.

tak boleh ke drang pakai cmni je. ni tak, sume la nak tunjuk. cheap!

Oranje fans

Aku mungkin meletakkan diri aku di kategori kedua. Dua2 la. Aku suka great games, great players dan good looking players. hehehe..

Tipu la kalau aku tak layan tengok the players selain the games. Boleh ke tak nak tengok all the eyes candies ini. Hehe..

Kaka – Brazil

http://foodballcien.blogspot.com/2010/01/kaka-best-soccer-player.html

Buffon – Italy

Fernando Torres – Spain

http://boredrnotus.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

David Villa – Spain

Wesley Sneijder – Netherlands

David Beckham – England

my all time favorite – Michael Owen – England

http://festivaloffootball.wordpress.com/2009/10/01/michael-owen-appointed-apples-football-ambassador/

Tapi ape pun, tak guna kalau ada eyes candies tapi game bosan dan pemain pun main menyakitkan hati. For me, it will be more interesting with the combinations of great game+great players+with a lil bit here and there good looking lads chasing the ball around. hahaha..

Dan perkenalkan Paul the Octopus yang tukang ramal tuk Germany. Aku rasa tipu je tu, mesti ada orang bayar suh team yang Paul predicted kalah tu kalah. Bola sepak ni tak lepas dari judi2 ni.

 

Ni aku ngan shift lead aku ~ tersilap hari pakai jersi. Germany vs Argentina.