Tertunggak

Duk belek2 album yang ada dalam simpanan hard disk aku ni, baru realized, banyak rupanya aku tak update dalam blog. Itu la akibatnya kalau buat-buat takde masa. Jadi, supaya aku tak lupa event atau perkara2 yang telah berlaku dalam hidup aku ni, aku letak la 2,3 keping gambar. kalau aku ada masa @ tak malas, aku stori mori ok. :D

bersenam di Taman Pertanian Bukit Cerakah.

selamat pengantin baru puan hidayu.. <3

 

lyny’s wedding and kelantan trip

tanjung balau trip

Lat the Kampung Boy theater..

Tahniah Encik Meru~!

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Encik Meru aka nama sebenarnya, Amru Addailami. Kawan persekolahan di kala usia menginjak remaja.

Menarik di wedding ini:

1- Jumpa ramai teman-teman persekolahan

2-Wife Meru anak Jalaludin Hassan yaw.

3-Di saat aku menulis entry ni baru aku teringat. Adik him pernah jumpa aku di epot beberapa tahun yang lepas. erk, dia masih ingat ke ek? aishhh…

Nah.. gambar-gambar buat tatapan..

pasangan pengantin yang comel

bersama bapa pengantin perempuan

girls yang hadir

mari bergambar bersama Aznah Hamid y’all

kat pelamin pasti ada 1 shot

=)

Kami lambat sampai disebabkan kereta Ben digesel dengan budak penghantar pizza. Heh, malas nk komen masalah attitude budak kurang matang. Dah salah mintak maaf je la. Ni duk kecoh sikit2 calar.

Sebaik park kereta, kereta kancil putih berenjin bising berhenti di depan Si Comel ku. Hmmm..

On the way back, sempat lepak dengan Mulim and the gang kat food court area Ampang Jaya tu gak. Pastu Ben yang kebetulan tertinggal kunci kat keta aku, bersama yang lain pun sampai dan lepak sekali. Lupa kejap yang aku kena keja malam tu.

Perasaan bercampur gaul. Haihh.. oklah. Selamat Pengantin Baru untuk Meru dan wife. semoga berbahagia selamanya.. :)

Next wedding will be Ayu’s di Kuala Berang. Here I come, Terengganu. :)

Tik Tok Tik Tok

Eh, dah lama aku tak update blog ni kan. Ye la, akhir-akhir ni agak sibuk. hampir setiap hari kena datang opis tu. isu macam-macam. training la meeting la. aku perlukan cuti yang lama yang tak diganggu oleh deringan telefon yang suruh aku datang opis.

Last weekend, adik Amy selamat melangkah ke alam perkahwinan. Congrats! :D

Oh, dan selamat hari raya buat semua. :) Maaf zahir batin. Harap segala salah dan silap dapat dimaafin.

Tak lupa juga, tahniah buat my dearie Liana kerana selamat menukar status dari single to married.

 

Well, bila aku rasa super rajin, aku update my raya session, wedding Liana dan kenduri session di Batu Pahat. Other than that, I will think later.

Itu sahaja buat kali ni. Bukan apa, sekadar coretkan sesuatu untuk menunjukkan aku masih hidup dan masih cara akan blog kesayangan ini.

Misundersto0d

Jangan menilai seseorang dari luaran. Cantik tak semestinya baik. Tak cantik tak semestinya tak baik. Ok, takde kaitan dengan luaran.

Cuma nak cerita pasal kawan-kawan aku. salah satu yang kalau korang nak tau, aku ni jenis suka berkawan dalam kelompok yang ramai. Ala.. konon-konon macam happening gitu. :p bukan nak mencanang kat satu kampung aku ada ramai kawan. tidak, tidak. aku tak punya ramai kawan. kawan-kawan aku yang ramai ni la kawan aku.

Tapi selalunya kalau perempuan ni berkawan dalam sepuluh orang dalam satu group, maka adalah mata-mata yang memandang serong. ehem..ehem.. adakah anda jeles? jadi, mostly aku dan kawan-kawan aku yang ramai ni akan di-misunderstood oleh segelintir manusia.

Pertama, kawan-kawan masa aku belajar di Besut. Kami berkawan dalam 10 orang camtu. Dari form 1 sampai form 3. Even aku dah pindah muar, kami still together as friends. Pastu kami gedik-gedik la bagi nama kat group kami ni. masa form 1 nama lain, form 2 nama lain, form 4 nama lain. hahaha. tanak la kongsi nama-nama tu kecuali satu ni.

LERFT HIRNS ~ adalah gabungan nama kami semua. banyak kenangan kami bersama. dan aku still bersyukur sebab kami semua masih berkawan dan kami tidak seperti mereka yang pandang serong pada kami umpama kami ni geng jahat kat sekolah. padahal, kami selalu buat hal sendiri dan bergaul juga dengan orang lain.

bila idea orang lain nak boikot pegi prep beramai-ramai, kami juga yang kena. letih mak~!

pose masing2. tapi sekarang ni ayu2 belaka dah.. hiks..

tapi takpe, semua itu menjadi kenangan, dan kami pun masih kami dan masing2 mempunyai hidup yang kiranya menjadi. =D

dari cerita zaman kanak-kanak peralihan remaja, beralih kepada zaman awal di MMU. entah dari mana idea tu datang, kami menamakan diri kami:

WANGERS ~ ni pun banyak ceritanya. some has left the friendship. some are there to be part of the friendship. ni pun adalah yang seperti tak puas hati pada kami. ada ke patut, occupation dalam friendster mamat ni ialah Wangers clan destroyer. erk.. hello, kau pun aku tak kenal siapa. nak tumpang glamer la tu. haa.. padan muka korang, aku duk berlagak kat sini. :p

ha.. ni je la gambar yang complete sume ada. kalo idak, payah nak complete. :p

and kami masih bertahan sampai sekarang. i thank Allah for the love i have from all my friends. kerana ada tikanya hamba Allah ini tidak lah sempurna.

Ok. jadi tau kan kenapa perlunya kawan yang ramai. bayangkan ada seorang je kawan, kalau gaduh dengan yang seorang tu, mana lagi nak mengadu nasib? yes, we still have family. tapi tak semua perkara kita share ngan family kan. dan tak semua perkara kita share dengan boyfriend/husband kan.

sedangkan lidah lagi tergigit. adik beradik pun bercakaran, apa lagi kawan-kawan. biasalah kecil hati, terguris perasaan, teremosi tak tentu pasal. tapi kita kena accept each other dan jangan pendam perasaan sendiri. mau makan diri tu nanti.

akan aku usahakan gambar terbaru LERFT HIRNS ye.. payah sgt nak cukopnye..

The Weddings to Remember (III)

This entry has been in my draft for so long. Need time for the perfect words to describe the wedding. Need a totally full attention and feels to make the words turn sweet. Well, before i keep on babbling with a not-so-related stuff, lets begin with the story.

This is the story of where two of my best two girls ended their single lives with the men they love. We are close friends and it’s coincidence that both of them married one day apart of each other.

Well, I would love and honoured to congratulate my dear Niena and Illia for their next step of lives. May both of you have blissful wedded lives with your partners. And hoping that even both of you are already in the different phase of lives, our friendship will remains forever. *Nicely put? * :p Not enough but it is 1 o’clock in the morning. What do you expect with me writing my eyes half open. :p

For celebrating Niena’s, me together with Aida and Liana had our roadtrip to Dungun with me driving. Cool eh? I’m driving along the way to Kemaman. What an accomplishment for me. Beb, aku tak pnah drive jauh2. Made a stop in Kemaman since I’m craving for satar and otak2. Had plenty of them. Haa.. the best. :)

Checked in at Mayang Sari Dungun. And a moment later, jumped back into the car and did keropok-hunting. Ahh.. sotong celop tepong yang mengujakan diri ini. Aku suka. Then went to Niena’s to help her with the preparations.

 

 

 

The next day was the day 1st January 2010. After had our breakfast dengan suasana hujan renyai2, we went to Niena’s for her solemnization. Duk sibuk2 berborak dalam bilik, tak sedar pun she’s already been married to Encik Duqi.

jejaka2 photographer merangkap schoolmates ytb dulu.

Dah selesai menjamu lauk kenduri yang super sedap, kami pulang ke hotel tuk berehat=tido. Syok diselubungi aircond dan hujan yang lebat. =) After got rested, we went back to Niena’s to help her and the most important agenda was makan. First time i tried laksa kelantan. Laksa penang yang ada pun sedap. Semua lauk ni masak sendri. Terbaik! =D

Esoknya, after breakfast, kami bersiap untuk ke majlis resepsi Niena. Time ni jumpa ramai kawan-kawan lama. Aku suka. Kat majlis kahwin pun boleh bercerita cerita2 lama. :p

Dah lama sangat kat rumah pengantin, kami pun mengundurkan diri dan bergerak ke Kuala Terengganu pula. Tak sempat untuk ke pernikahan Illia. Esoknya, kami terus bersiap tuk pulang ke KL dan singgah kejap jumpa Illia walaupun tak sempat tengok dia naik pelamin.

 

Niena pun sekarang dah berbadan dua. =) jadi aunty lagi la aku. Semoga mereka kekal bahagia bersama pasangan masing-masing.

some pictures credit to artarch photgraphers. =)

Futsal, Baybeh~!

Dah lama aku tak main futsal. Serius lama. Maybe 5,6 tahun kot. Rindu zaman2 aktif futsal dulu.

Semalam, 24 April 2010. Secara paksa dan rela, aku join Tournament Futsal HP di Subang Grand. Hati berdebar2, sakit dada, sakit perut, semua adalah sebab tak mau memalukan diri sendiri di hadapan ramai orang yang agak kenal.

Aku join ni pun sebab dak2 tu letak nama aku alasannya sebab aku selalu buat aktiviti sukan ni dan drang wajib ada sorg pompuan dlm 1 team. Kalo tak, takde maknenya nak amek pompuan main. huhu… Berentam FC sungguh la budak2 ni. Tak brapa nak berjaya la sebab kitorang, Berentam FC 1 dan 2 sampai takat suku akhir je. Tapi time group round, Berentam FC 2 iaitu team aku, agak mengagumkan la sebab menang semua game. =D

Habis game, belasah makan. Kemudian lepak ngan orang kat Tmn Equine tu kejap update life masing2 then jumpa Lyny, makan lagi. Balik, kepala berdenyut2 and semua isi perut keluar semula. Lepas tu rasa lega yang amat dan dapat tido sampai malam dan seterusnya masuk kerja, OT. whoa.. hebat tak hebat? kaki aku mula rasa saket2, sebab stretching tak cukop.

Rindu nak main sungguh2 hati. Wangers, marilah kita main futsal lagi. Ibu mengandung jadi pompom girl je kat tepi tu. hiks…

Almost There.

13 March 2010 – Aldrin’s wedding in Johor Bahru.

Aku nekad untuk terus straight ke JB after keja malam sbelum itu. Thanks to my opismate, Lyny sebab sudi temankan aku pergi sana. Sampai sana terus cari hotel yang dah dibook berhampiran rumah pengantin. Rose Cottage di Taman Perling. Kira ok la untuk budget hotel and kebetulan hotel tu baru lagi. Tapi breakfast tak seperti hotel yang biasa kami stay selama ni.

Dah siap tukar2 baju semua kami terus ke rumah pengantin yang cuma belakang hotel tu je, tapi jenuh nak cari sebab kebanyakan sign jalan tu nombornya ditampal kertas iklan. apa  hal la manusia2 ni. nasib la ternampak sang pengantin tengah bergambar dengan motonya. Sampai je semua opismate yang lain nak berangkat pulang.

congrats to Aldrin and Suryani.

Makan memang performed. Kerana kekenyangan dan aku yang tak cukup tdo ni, terus hanyut tido lena sampai petang ditemani tv yang terbukak entah siaran dari mana. Malamnya kami jalan2 kat Danga Bay. Ye la, aku pun tak pernah merasa suasana malam Danga Bay. Ingatkan nak join dak2 yang lain makan, tapi sebab tak jumpa Zon yang disebut2 kat mana, terus nekad tuk makan kat Singgah Selalu je yang opposite Danga Bay. Lepas rasa air milo tabur yang sedap kat situ, kitorang pi bersiar-siar di Danga Bay bersama2 opismate yg sebelum ni tak penah nak bersembang pon.

baling bang..jangan tak baling..

Keesokannya plan asal kami nak ke Singapura, tapi memandangkan budget yang tak kesampaian dan hanya berdua je dan kami pun tak pernah jejak ke Singapura tu, makanya kami tangguhkan je. sob sob. tengok dari jauh je la Singapura itu. =( Jadinya, kami hanya pusing2 dan memotretkan bangunan yang ada di bandar JB itu sahaja.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Masjid Sultan Abu Bakar

Kemudian, kami gerak ke Melaka tuk jumpa adik Lyny dan tukar balik Si putih ngan si comel yang aku tukar sebelum sampai JB. Banyak menda baru kat Melaka since the last time aku kat sana.Interesting.

Berharap dapat datang Melaka tuk jalan2 saja. Aku kan suka sejarah2 ni. hehehe..

Semoga aku dapat jejakkan kaki jua ke negara dilanggar todak itu. simpan duit,simpan duit.. =p

Mari Beronggeng di Broga Hill

Tarikh: 12 Februari 2010 – Jumaat

Destinasi:Bukit Broga, Semenyih

Seawal 4:30 pagi aku dah keluar rumah dan picked up ofismate kat ofis. Tunggu lagi 2 orang kat tol Bukit Kajang. Sampai di kaki bukit jam 5 pagi. Gelap woo..dinasihatkan sesiapa nak pergi sini seawal jam 4 pagi, datanglah dengan berkumpulan, jangan lah sorang2, apepe jadi susah.

Dan hari yang terbaik untuk pergi adalah during weekdays sebab tak ramai orang. Kalau weekends, mak aih, aku tengok dari gambar2 orang lain, penuh kawasan bukit tu. Terlalu crowded sampai aku rasa macam tak boleh nak bergerak dan pilih spot terbaik tuk bergambar.

Sebelum memulakan perjalanan tu, berkenalan dengan 2 orang students universiti.

Perjalanan ke atas agak mencabar stamina aku. Disebabkan suasana sejuk, tak rasa sangat kepenatan tu. Selain stamina, pendakian bukit tu mencabar gak la sebab ada sesetengah kawasan tu agak curam. Pakailah attire yang sesuai ye kawan2. =)

Sampai di check point pertama, dah start berfoto sesi bagai sejak sun rise.

Kemudian teruskan lagi ke check point seterusnya hingga ke puncak.  Ya-ta~!! ok, sungguh gedik~!

 

tak larat dah nak panjat gunung tok wan ni.

pemandangan check point dari puncak

dah puas bergambar kat puncak, kami mula turun tuk pulang. menggigil ok kaki ni nak turun. bayangkan la betapa penat naik tak hilang, lepas tu kena kontrol kaki tuk turun bukit plak.

nak naik puncak kena lalu batu ni.siap ada tali tu.

Ni anak2 tangga turun naik bukit ni.

Sampai di bawah dalam jam 9 pagi camtu, sebab lepak kat atas agak lama duk bergambar tak ingat kan. Trus gerak ke pekan Semenyih tuk minum pagi.

Mari aku komen dan bagi pendapat.

Kira puas hati la untuk orang yang seperti aku yang agak berat tuk melakukan aktiviti macam ni kan. Puas hati sebab berjaya sampai puncak dan amek banyak gambar walaupun kamera aku tak secanggih kamera member2 aku ini. Hehehe..

Esoknya kena lah bersiap sedia untuk sakit kaki yang amat. Tapi yang bestnya, lepas aku main badminton. sakit kaki dah hilang. Hahahah..hebat sungguh.

Lagi satu, nak naik atas tu bawak la makanan tuk alas perut dan air yang mencukupi. Dan jangan la buang sampah merata2 kat atas tu, sapa nak kutip sampah2 tu. Terdapat gak orang yang tak menghargai keindahan alam sekitar.

Dan kalau larat,naik lah sampai ke puncak, baru puas hati. Dan aku prefer pergi time weekdays bila semua orang kerja. Takde la sesak sangat bukit tu. Dan pergi la seawal yang mampu, sebab bila turun nanti takde la panas sangat. =)

Disebabkan aku upload gambar broga kat facebook, ada opismate aku bising dan perli2 aku kononnya takmo datang kerja dengan alasan sakit, tapi panjat broga boleh plak. Terus aku perli balik, aku kata sakit malam rabu, ni dah hari jumaat, ingat aku masok wad ke ape. dan salah diorang tak call aku. lagipon bukan time aku kerja pun. tuk OT je lagipun. kecoh kalah pompuan.~!!

Latihan Persembahan

Aku tahu cerita ni dah lapuk, basi dan memang dah tak hot la kalau nak cerita sekarang. Tapi aku nak cerita gak.

9 hb Januari. Wah..dah sebulan lebih rupanya cerita ni terperuk. Aku pun tatau latelyrasa malas menyelubungi rasa. Tapi perasaan dalam tu bercampur baur, meronta tuk dilontarkan keluar. Ok la. Aku perlu mencuba untuk menjadi lebih rajin dan lebih berkeyakinan untuk menjadi penglipur lara. Apa yang aku merapik daa..

Cerita kali ni pasal rehearsal full dress anugerah juara lagu 2009 di stadium putra bukit jalil. berbekalkan pertolongan nana, aku dan beberapa wangers dapat gak menyaksikan full dress rehearsal ini secara langsung. 

Mari aku komen.

1) Suara masing2 memang undoubtful memang sedap sangat dari dengar kat radio. Yang band2 tu, biasa je tapi music mereka memang syok layan.

2) Baju siti lagi cantek time rehearsal. dan aku rasa stacy lagi ok bajunya time rehearsal dari the actual day.

3) aku rugi tak tengok time hujan perform sebab time tu aku kuar jumpa opismate dan ex opismate aku yang baru sampai dan baru lepas makan burger harga rm2 yang harganya turun ke rm1 lepas drang beli. sebab time kat tv, camera tak tunjuk kat raingers yang duk menari2 depan stage itu.

4) aku tak paham sebenarnye kenapa shila kuar last skali after faizal nyanyi. aku ingat dia nak nyanyi sebaris dua lirik.

itu je aku ingat apa aku nak komen. overall, puas ati tengok drang nyanyi live.

Siti memang cantek. Baju time rehearsal lagi cantek dari time the actual show

Memang best drang ni nyanyi – CT dan Lan (vokalis the typewriter)

Stacy. Ada kurang sket performance dia kali ni.

Hujan

Faizal Tahir yang bertongkat

Kenapa Nana yang macam excited lebih ?

kami + mereka

Terima kasih Nana for the opportunity..to zed, thanks for the piccas..