Karaoke and Movie Sessions

Jumaat -25 Dec 09

My parents’ 27th Anniversary. Aku tak wish atau celebrate seperti biasa sebab satunya gaji tak masuk lagi dan my mind was just not in the place at that moment. Well, i have to made up with them one day. Sebab tu gak aku tak dapat ikot Amy,Nana and Lynda ke Singapore. Bajet tade dan hati tidak tenang. huhu..

malam itu aku main badminton. ok, i’m addicted now. kalau boleh aku nak main tiap2 hari. aku nak sampai aku hebat main badminton. huhu..

Masa lepak2 lepas game, Wan ajak Sepul layan karoks atau movie the next day. And sorang lagi shiftmates drang, G pun nak ikot lalu ajak aku. Memandangkan aku suka juga karoks dan aku naaakkk sangat tengok Avatar, aku pun dengan suka hati nak ikot. hehehe..

Sabtu – 26 Dec 09

Lastly, G tak jadik ikot sebab dia ada open hz kawan dia. Jadi tinggal la aku, Wan dan Sepul. Sebelum tu, sesudah subuh, aku dh memulakan operasi membersihkan bilik aku. Heh, giler puas hati aku tengok bilik aku nih.

Dalam jam 130 ptg, aku gerak ke Alamanda.Sampai kat Alamanda, baru aku realized aku tertinggal purse kat umah. Selamba aku pecut Si Omel otw ke alamanda tanpa ada lesen kan. Nak patah balik, duit takde nak bayar parking plak. Terpaksa la tunggu team wonder pets datang membantu. huhu.

Seb bek dura membuatkan aku terpk tuk call mama yang kebetulan attended wedding kat area situ. Lucky me. They were still in that area. Pinjam duit mama sikit.

Cadangnya mau nonton cerita Avatar, tapi biasa lah, it’s weekend! penuh la show tu. jadi kami tengok citer Sherlock Holmes. Jam baru menunjukkan angka 2.30 ptg. Show kol 5:15. Lepak Rasa untuk mengisi perut. Kemudian, pergi melayan karoks selama sejam=RM28 tuk bilik kecil.muat la dalam 5 orang kot. Drang ni karoks, nyanyi sorg2. aku jadi segan. aku kan biasa kena nyanyi beramai2. huhu..

Jam 4:15 kami siap menyanyi tapi aku still rasa tak puas. Kalau dah kena penangan Red Box, mungkin tempat lain tak best sgt kot. Kami berlegar2 di  ruang tengah alamanda sebab ada MPH nye sale. Then drang nak main games kat arcade. Lama giler aku tak main mende2 tu semua. Aku tertarik tengok budak2 main yang dance mat tu. agak hebat la budak2 tu main, kompem hari2 lepas skolah drang main.

boys will always be boys huh?

Wan tuka coins RM10. banyak giler..lepas semua coins abes, masa pon dah tiba tuk kami masuk panggung. masa masuk, movie dah start.. on time sungguh. aku tak brapa boleh nak fokus sebab hidung aku buat hal la plak. blockage. demmit.. dah la sejuk panggung tu. tambah ngan hujan lebat nya.

habis je wayang, kami trus lepak di Old Town sebelum masing2 membawa diri ke destinasi masing2.

dan hingga hari ni, tekak aku saket dan hidung aku still mengalami blockage. hah..tak suka~!!

Weekend yang memberangsangkan. Jumaat cuci sendri Omel itu inside out. Sabtu bersih dan kemas bilik aku. Ahad rehat dan marathon Grey’s Anatomy Season 6. That what we called time for ourselves. =)

Santau

Rabu yang lepas, konon2 nak tengok Avatar tapi seperti biasa aku suka melepak2 dulu sebelum gerak nak bersiap. Dah tau show kol 12, lagi nak mandi kol 1130am..

Sampai dalam kol 12. tiket tuk time tu dah sold out. takde makne aku nak tengok show lepas tu sebab aku keja malam. lantas aku mengambil keputusan untuk tengok Santau. sebab ada orang kata lagi takot dari Jangan Pandang Belakang yang mana aku tak rasa scary sangat. ok, aku tengok JPB pun time kuar kat tv dan aku tertido. :p

Aku ingat tak ramai yang menonton tapi ramai gak la. show blum start masa kami masuk. org2 yang duk belakang aku ni bising nye tak ingat. aku tak suka sangat sebab pasti mengganggu konsentrasi aku nanti. tengok citer hantu kena fokus baru la feel.

cerita baru bermula ada salah sorang dari mereka dah terkejut. mula2 aku ingat dia sengaja. tapi lama2 aku perasan yang dia ni melatah. adeh la.. mesti penat dia asek terkejut2. dan aku penat gelak je. jadi secara totalnya, cite tu tak menakutkan sangat aku, sebab aku takleh nak fokus. asyik dengar mamat tu melatah je.

tapi belum try tengok dalam suasana senyap. mungkin agak menakutkan?

secara overall nya, cite ni biasa saja. pelakon ok. walaupun ada part2 yang menyakitkan hati je aku tengok nya. adegan2 yang biasa lihat dalam crita hantu pun ada. sila baca ini untuk review yang lebih lengkap ye. aku tak reti nak ulas, aku tulis apa yang aku rasa saja.

janganlah sesekali guna ilmu santau ni. kalau jeles pon, do channel it to the positive way. not the negative way. nak makan, baca la doa, sekurangnya bismillah.. kita tak tau, bila2 je orang boleh kenakan kita. nauzubillah hi min zalik…

Berkorban Apa Saja

Tuah: Sebenarnya kedatangan saya ke Pahang ialah untuk mengambil tuan puteri menjadi permaisuri Sultan Melaka.

Teja:  Saya tidak percaya Tuah

Tuah:  Pada mulanya saya tau bagaimana perasaan tuan puteri kepada saya. Tapi hidup saya cuma dengan satu tujuan saja. Berbakti kepada raja saya.

Teja:  Mana ada tempat lagi dalam hati saya untuk sultan itu. kerana hati saya sudah penuh dgn memuja kau saja tuah.

Tuah: itu mudah saja tuan puteri. saya boleh berikan tuan putri sirih jampi.makan la malam ini. besok pagi, tuan puteri akan melupakan saya

Teja: tak mau.tak mau.. saya tak mau melupakan tuah.

Tuah: itulah saja satu jalan tuan puteri. makanlah, kalau tuan puteri sungguh2 kasihkan saya.

Teja: kalau saya takmau makan?

Tuah: saya akan menanggung kesal seumur hidup

Teja: berkorban apa saja. harta ataupun nyawa.mintak la sirih itu.


-petikan filem Hang Tuah, lakonan P.Ramlee (Hang Tuah) dan Zaiton (Tun Teja)

====================================================

gila apa berkorban apa saja untuk orang yang tak tau mengenang budi kita. bagi aku, tuah terlalu taat membuta tuli. tak guna taat pada manusia. kita hanya perlu taat setia pada Allah.

====================================================

cerita ni adalah salah satu my favorite movie lakonan P.Ramlee. dan Zaiton sungguh cantik. =)

Movies’ Talk

Akhir-akhir ni banyak gak aku tengok movie. ada yang dah lama ditayangkan dan ada juga yang baru je ditayangkan di pawagam. Dari mana aku patut mulakan?

Aku start ngan yang bagi aku memang totally 100% not worth for the money.

Jennifer’s Body

Yang ni ramai nak tengok sebab Megan Fox yang hawt. Well, for me..dia hot yang cheap. tak boleh lawan Angelina Jolie nye ke’hawt’an. jangan marah para peminat Megan Fox. haha..

Aku cuma copy movie ni dari adik aku. aku tak boleh nak bagi sinopsis sangat sebab aku tak berapa nak tgk citer ni sangat. banyak fast forward je sebab:

1) bosan dengan jalan crita yang tetiba muntah minyak itam.

2) rasa menyampah dengan skrip yang macam sampah.

3) crita nya sungguh predictable. dan sungguh la tak rasa takot or suspen langsung. *yawn*

nak bagi bintang ke tanak ye? dari 5, aku bagi 1 je la.. sux big time!

The Box

aku tak ingat kenapa aku tengok movie ni. mungkin sebab dh lama tak tengok movie lantas belasah tengok je apa yang tengah ditayangkan. pilih crita ni sebab ada cameron diaz dan james marsden. hello~! both of them are good actors kot. tapi crita? amat menghampakan. sila google sendiri.

tak paham crita ni. nak kata saintifik tak brape nak saintifik la. tapi pelik2 la crita ni dan tak paham perjalanan crita dia. tapi paham apa yang nak disampaikan cuma terdapat beberapa scenes yang tak dipahami.

bintang? 2 kot.. bosan!

sekarang aku nak komen bagi filem yang aku suka. =D

Bolt

heh…cerita ni dah lama kuar. aku baru tengok. =p. kenapa cerita pasal haiwan tak pernah menghampakan. saya suka walaupun ceritanya predictable. tapi memang best la cerita ni.

bintang? 4.. =)

Planet 51

aku tengok crita ni sebab show untuk new moon dan ninja assassin dah full. so, tengok je la crita ni.

taktau cerita ni best ke tak. tapi memandangkan kartun dan selalunye kartun jarang la nak hampakan kita, so layan je la.

crita dia ok. ade elemen klaka. itu yang aku suka. =)

bintang? 4 jugak.

Ninja Assassin

asalnya nak tengok new moon, tapi tak sempat, beli second choice movie. ninja assassin. lakonan rain. aku suka crita macam ni. darah memercik sana sini. takde belas ehsan langsung. worth for the money.

aku kasi 4 bintang jugak. =D

New Moon

akhirnya, sehari lepas tengok ninja, aku tarik adik aku tengok new moon. lama ok crita ni. dah la aku tak tdo lagi baru balik keje mlm. gigihkan jugak la layan crita ni. agak slow dengan banyak cakap2. tapi part jiwang2 itu memang rasa di hati ini. wahh.. hehee..tak banyak aksi vampire lawan werewolf. huhu.

suka Jacob. =D suka, suka dan suka the character itu compared to Edward.

lepas ni nak start baca buku dia plak. bintang, aku kasik 3.8. sbb slow. ngantok. tunggu sambungannya..huhu..

The Time Traveler’s Wife

Finished reading this book a moment ago. Puas hati sebab aku menghayati. Sedih dan kasihan pada Clare dan Henry. Terdapat parts yang aku terlalu menghayati rasa sedih yang sampai terasa sebak sampai mengeluarkan air mata.

A month ago,aku checked best seller novels and no wonder buku ni top of the list. Siap dah ada movie dia. Tak sabar nak tengok bulan 10 nanti. Sape nak ikot? Tapi rasa agak tak sabar sampai aku rasa nak download je. huhu..

Mulanya aku tak berniat pon nak baca apa lagi beli sebab aku tak suka cerita sci-fi sangat. pening kepala dengan terms yang digunakan. ingatkan sci-fi sebab time travel kan. rupa-rupanya bukan. memang layan buku ni. aku dapat habiskan tak sampai sebulan pun. bagi aku yang kejap2 letak buku dan sibuk layan tv series ni.

Pada peminat buku, try this one. =)

the-time-travelers-wife

Cekidaut:

The Movie and also the novel

Quotes from the book.

” I won’t ever leave you, even though you are always leaving me.”

“I love. I have loved. I will love”

Author: Audrey Niffenegger

Broken

Layan la video klip ini. Soundtrack The Time Traveler’s Wife.

The broken clock is a comfort, it helps me sleep tonight
Maybe it can stop tomorrow from stealing all my time
I am here still waiting though i still have my doubts
I am damaged at best, like you’ve already figured out

I’m falling apart, I’m barely breathing
With a broken heart that’s still beating
In the pain, there is healing
In your name I find meaning
So I’m holdin’ on, I’m holdin’ on, I’m holdin’ on
I’m barely holdin’ on to you

The broken locks were a warning you got inside my head
I tried my best to be guarded, I’m an open book instead
I still see your reflection inside of my eyes
That are looking for a purpose, they’re still looking for life

I’m hangin’ on another day
Just to see what you throw my way
And I’m hanging on to the words you say
You said that I will be OK

The broken lights on the freeway left me here alone
I may have lost my way now, haven’t forgotten my way home

by Lifehouse

Love in the Time of Cholera

51 years, 9 months and 4 days. That is how long I’ve loved you.

Cerita ni pertama kali aku tengok masa Redang trip hari tu. apa yang aku quote di atas tu la yang menyebabkan aku taknak berganjak dan terus menonton cerita ni.

mampukah seseorang mencintai insan lain selama itu? hurmm..

that movie actually diadaptasi dari novel, El amor en los tiempos del cólera.

Sila tanya Pacik Google yer sinopsis cerita ini.bagi aku cerita ni begitu menyentuh perasaan dan sungguh la romantik. mungkin novelnya lagi best. jadi pada mereka yang suka romantik movie or novel, boleh la try cerita ini. =)

 lovecholera_436280n

 

 

 

District 9

200px-District_nine_ver2

Jumaat lepas gi tengok citer District 9 ngan Nana,Mek,Zed, Saf and their fren,Wawa. Nana dapat tiket free. syok syok. berkobar2 nak tengok sebab producer dia Peter Jackson yang directed citer Lord of the Rings tu.

Kami masuk dah lambat sikit, cita dah start. Mula2 aku tak berapa minat dengan cara penceritaan sebab macam buat documentary gitu. dengan camera goyang2 suma.

Tapi bila dah layan, timbul rasa tertarik di hati untuk layan cita ni. padahal nana dah kata, kalo tak best, kita kuar je. bak kate saf, cita ni jijik dan macam2 lagi. kenapa jijik? sebab darah merata2, kepala bersepai, badan bersepai. pergh.. mulut aku tak boleh diam everytime kepala dan badan berkecai.

mayba certain people tak suka cerita ni, tapi bagi aku cerita ni macam menceritakan kisah benar dalam real life. itu la diskriminasi dan itulah bagaimana manusia bertindak even sesama manusia. aku rasa manusia seperti itu sungguh kejam!

well, aku tak de la suka cerita ni macam sukanyeeee… tapi cerita ni memang menarik minat aku. dan pada sape yang suka tonton cerita macam ni, pegi la tengok. for me, it’s worth it. =)

District 9

District 6

Mari Beli Setem di Pejabat Pos

poster

Last weekend, aku pi tengok citer ni ngan Nana and Lynda. Banyak betul dugaan nak tengok citer nih. tapi memang berbaloi walaupun kami terlepas 30 minit pertama. ampon korang.

yang belom tengok, pi la tengok. and kalau korang nak gelak besar cam aku, dengar skrip tu btol2. sebab lawak dia lawak yang kene paham bukan lawak spastik yang gitu2 tu.

dan bagi watak orang2 indonesia tu, kira bagos. skrip memang ikut style drang cakap. bukan main taram je. and memang betul cara drang nak try ckp malaysia tu. ki il ki il (KL..KL)

erm.. cuma ada beberapa part yang aku cam tak paham dalam cerita tu. tapi takpe la, orang kata nak dijadikan cerita kan.

overall, aku suggest korang pi tengok cerita ni dan aku bagi 4 stars out of 5. boleh?

Transformers

Aku takde apa nak update. Cuma meh la aku kongsi pendapat aku yang tak seberapa ni pasal cite transformers yang kedua ni.

Sebelum ni, aku dengan semangatnya telah singgah di beberapa stesen Petronas tuk cari tshirt transformers yang kaler hitam tu. itu pun lepas aku tengok him pakai. semua stesen kata sold out.

dan hari rabu yang lepas, aku dengan semangatnya nak tengok citer tu kat alamanda. balik keja pagi tu, aku guling2 jap, then bangun kejut angah ajak dia pi gamble tengok show kol 10 pagi. jam dah menunjukkan 9:45am. aku trus pecut pi alamanda dan sempat tuk amek show kol 10 tu. seats pon dah depan2 gak. tapi still ok lagi.

pada pendapat aku, yang first lagi best dan memberi kesan dari yang terbaru ni. tapi dari segi lawan2 dan effect, yang terbaru much more better. cuma dari segi cerita, tak beri kesan yang mendalam sangat tuk aku seperti mana yang part 1.

tapi ini hanyalah pendapat aku saja. kepada yang belom tengok, slamat menonton. =)

kepada peminat2 megan fox, there are rumors saying she is actually a he..