Count down for 2012!

Beberapa jam lagi nak 2012. Nak buat imbasan 2011 tak? Aku nak, tapi malas. :p Untuk azam tahun baru 2012 (macam biasa lah), itu esok atau lusa atau tulat la aku up kan.

Sebab tajuk pun count down 2012, meh la aku cite sikit2 apa yang dah jadi lately.

1) Patah hati sebab ex boifie nak tunang. sob sob.

2) Apa lagi, wa cantas la rambut panjang mengurai aku ni, kasik pendek. Kata broken hearted. hehehe..

3) Ingatkan akan meroyan lelebih, tapi sikit2 je la meroyannya. Mungkin sebab dah lama break kot, hati tu dah kuat sikit. Thanks Allah.

4) lain, asek ngadap laptop je la ni.. ok sudah.. nanti update azam tahun baru aku.. :)

Semuanya Berakhir

Tak tau nak cerita ke tak. Maybe not in full just want to make a note here. My ex is getting engage. with who? dengan pompuan yang sangat menyakitkan hati aku even aku tak kenal dia. Why i’m mad? ye la, bak kata sesetengah orang, he is just your ex. Well, sebab the last time i met him was after raya. And he really treated me like the old days. Second, konon dulu kata, takkan akan suka ngan pompuan ni. and dulu selalu cakap, aku tak patot jeles pon relationship dia ngn pompuan ni, sebab dia anggap pompuan ni kakak and boss je. WTH!!! sekarang ni, kau nak kawen dengan pompuan ni pulak????? dulu bukan main kata aku jeles tak bertempat kan…. haih.. ntah la… saket ok hati ni..

Last note to him.
ikut la apa u want to do with your life. i can’t be your friend even though kita asalnya kawan. wish you happy? sorry, i’m not ready for that.

Awkward

Dah lama sangat la aku tak buat apa2 entri. Sangat busy. (?) Agak la. Last week, one whole week sibuk turun naik tren pegi Amcorp Mall sebab ada training solaris 10. Kepenatan berjalan. training nya ok je. Akibat penat keterlampauan, Jumaat malam tu aku muntah dengan super hebat. Dah la baru lepas makan pasta yang pedas kat Delicious. Bayangkan la betapa peritnya tekak tu. Dan seharian hari Sabtu tu aku tersadai kat rumah kelesuan. Wasted.

Dalam duk rumah tu, aku layan la tengok tv sambil tuka2 channel. Tertengok la satu MTV new series, Awkward. Macam best je, so, aku terus search kat internet dan download. Hehe. Layan gak tengok citer ni. Paham la kan kalau MTV, mesti la pasal teenagers. (walaupun aku tak berada dalam kategori teenager lagi).

About Awkward.

  1. Narrated in the first-person voice of Jenna’s blog posts, “Awkward.” captures the humor within the struggles and experiences everyone can relate to from their formative years. The series picks up in the aftermath of the accident as she must deal with a new not-so-fun stigma, while at the same time managing the other daily drama that comes with being a teenager. From a secret relationship with a popular guy, to being undermined by a mean girl, and parents who just don’t get it-Jenna’s misfortune will eventually serve as the catalyst for amazing change, but it’s not without some missteps and mishaps along the way.

 

Situasi Jenna macam lebih kurang aku je. Ada boyfriend, tapi we did not go out publicly. It was not just like a normal couples do. Sad? Yes. Sometimes, aku rasa macam pathetic giler. Boyfriend aku bukan artis, ape lagi VVIP yang nak rahsia2 sangat. Sedih okeh. Tapi all been said, kitorang tak kekal lama. Mungkin itu la salah satu sebabnya dia nak berahsia. Supaya, he can leave me anytime he wants. Well, the story already 3 years back but the scar wound is still there. Kenapa tak move on? Well, trying and still hoping for someone will rescue me from this misery. Ape pun. i still like Matty in this series. =)

credit: imgfave.com/view/1584566

 

 

 

 

Heyho, Cotton Lovers~!

Salam semua kepada cotton lovers di mana saja anda berada. Meh la aku nak pomot blogshop aku ni kat semua. Aku pakat2 bersama member wangers ku, Puan Safrina yang juga minat cotton. Pada sesapa berminat, jangan la malu2, segan2 nak order cotton dari kami ya. Buat masa ni kami ada cotton Vietnam. Ha, kau.. dah pegi Vietnam, aku demam cotton Vietnam la plak. <Tenkiu Cik Tishah atas tunjuk ajar/dorongan> love~!

Untuk batch pertama ni, ada 2 part, yang ready stock/in hand dan pre-order. Untuk yang ready stock, kami ada 3 pasang je. Ni dah ada dalam tangan. Untuk yang pre-order, boleh la pilih dari gambar yang kami upload tu. Need more info? Just visit our blogshop ye. =D

http://pecintacotton.blogspot.com/

 

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432.

Dah bulan November dah. Bulan October punya entri ada satu je. Ya ampun, malasnya la aku kan nak update blog. Bukan apa, busy keja, busy ke sana sini, busy tido dan busy melayan emosi tak stabil ni. hahaha… abaikan.. dah tua2 ni, biasa la ye..

Ok, di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat menunaikan ibadah korban untuk semua dan semoga Allah memberkati segalanya. =D

Tahun ni tak balik kampung, beraya di rumah saja. Dan memandangkan masa raya puasa aritu tak sempat nak bergambar satu family, kali ni kitorang pun amik kesempatan bergambar berfamili.

 

Garden Lifestyle Store and Cafe – Alamanda Contest

Alhamdulillah, aku salah seorang pemenang untuk Garden Lifestyle Store & Cafe – Alamanda Contest. :) Macam mana aku masuk contest ni? Senang saja, aku salah seorang peng-like page facebook  Alamanda, and duk belek- belek page alamanda tu, ada lah contest ni sempena promosi Garden Cafe Alamanda. Every day, akan ada satu soalan berkaitan dengan cafe ni. Soalan untk hari yang aku jawab ni adalah, ada berapa jenis teh berbased kan bunga yang ada dalam menu cafe ni. Tak silap aku, aku letak 5.. main letak je tu.. sebab seingat aku dalam menu dia takde la banyak sangat list teh dia. Main agak2 je la. Alih2, last week, aku tengok nama aku tersenarai sebagai pemenang. Alhamdulillah lagi. Yeay, dapat la voucher RM50 untuk dibelanjakan kat sini. :) Love it~!! 

see my name – Day 9

voucher rm50.. :)

Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 1

Ini trip kedua aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Dulu ngan dak2 SGG, skang ngan family pulak. Kali ni sangat super pack. Hasil bacaan dari forum Cari, aku berjaya membuat satu itinari yang berbaloi. =)

4 Jun 2011 – Sabtu

Itinerary untuk hari pertama:

9 pagi – sampai KK airport - amek teksi dari terminal 2 ke terminal 1. - settle urusan sewa kat Hertz. dan drive ke Monsopiad Cultural Village.

12 tgh – lunch di Sri Penang, check in di Likas Condotel. rest.

5 pm – lebih kurang la. keluar  ke bandar KK. Pasar Filipina, Pasar ikan masin – dinner

===============================================================

Sekali lagi adik kena tinggal sebab dia dah start belajar kat MMU Cyberjaya. malam sebelumnya aku keja malam, malas nak amek cuti. Jadi, balik sangat rushing dari ofis jam 5 pagi. tak sempat buat apa, capai beg yang dah ready trus gerak pi LCCT. yg lain2 suma dah ada kat sana. flight kami jam 6:45 pagi. nak buat camna, nak sangat tiket murah. hehe.

Lepas makan dalam flight – pre-booked meals. aku terus tido tapi sangat tak selesa sebab kerusi tak dpt nak di baringkan sikit. sampai kat epot terminal 2 KK jam 9 pagi lebih kurang, sementara tunggu beg, ternampak ada map jalan2 KK. free saje, amek je la kan. map ini sangat berguna ok. amek airpport teksi ke terminal 1 sebab nak amek keta sewa – Hertz. Bayar rm30 tuk pegi ke terminal 1. aku rasa macam mahal je tapi itu la standard price.

Kami sewa kereta Matrix – RM 88 satu hari. Kereta masih baru ok. so, dah punggah beg2 masuk dlm kereta, then off we go!! Destinasi pertama, Taman Kebudayaan Monsopiad.

Perjalanan dari Terminal 1 ke Taman Kebudayaan ni tak la jauh sangat. Tapi kena tau ke mana hendak pergi. Luckily, kami dah study directions sebelum ke KK. Sebab memang tak boleh nak mengharapkan signboard sebab signboard Taman ni hanya ada bila dah dekat. Perjalanan tanpa sesat mungkin dalam 30 minit dari Terminal 1.

Tips, map yang aku ambil di Terminal 2 memang sangat membantu. Map yang kami print dari google juga membantu. Mata sentiasa alert untuk signboard Taman ni yang sangat sedikit.

Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Park kereta dan bayar. RM20 untuk warga emas dan RM55 untuk dewasa. Harga ini termasuklah minuman, tour guide dan persembahan kebudayaan. Kalau di Kuching ada Cultural Village jugak, tapi itu lebih kepada semua kaum yang di Sarawak. Tapi Monsopiad Cultural Village ni tertumpu kepada Monsopiad, seorang pahlawan di daerah ini. Dan ada jugak dipamerkan budaya orang Kadazan-Dusun kat sini.

Persembahan kebudayaan bermula jam 11 pagi. Sementara tunggu nak start tu, ada welcoming drinks untuk kami.

 

welcoming drinks – coffee and tea

tarian berbagai suku di Sabah

bergambar bersama performers

Dah lepas menonton persembahan, tour guide akan panggil semua pengunjung yang ada dan memberi penerangan pasal asal usul Cultural Village ni. Kemudian, kami di bawa ke House of Skulls. Kat sini, mereka simpan tengkorak2 mangsa Monsopiad. Bak kata tour guide tu, tengkorak yang dipamerkan tu real. Ada jugak barang2 lain yang dipamerkan dalam rumah ni.

banyak ok tengkorak ni.

Actually, nak ke rumah ni kena melintas jalan dari Cultural Village tu. Dah tengok dalam rumah tu, patah balik masuk dalam Village tu balik. Ingatkan dah takde ape dah, jadinya kami pun berjalan sikit merentasi jambatan gantung ni. Tak sempat nak sampai kat hujung tu, tour guide tu panggil balik sebab tak habis lagi tour dia. ahaha.. tu la, takde penerangan yang jelas lagi. huhu..

Lepas House of Skulls, the next stop adalah penerangan tentang arak tradisional Kadazan-Dusun ni. Dia ada bagi test. Pada yang muslim, jangan nak gatal2 sangat la nak try kan. hehe..

Then proceed to the next one. Yang ni, dia tunjuk macam mana nak dapatkan sagu dari pokoknya. Then dia tunjuk jugak ulat sagu. huhu…ada jugak orang makan ulat ni. yikes~!

Kemudian, the next session – dia tunjukkan macam mana nak main permainan tradisional Sabah. Ada lastik (yang ni Semenanjung pun ada), sumpit, dan jalan atas kayu macam Angah dalam gambar ni.

susah sebenarnya bagi siapa yang tak biasa.

Section games tu adalah yang last. Lepas tu boleh la nak meronda dalam kawasan village tu. Kat situ pun ada Souvenier shop kalau nak beli cenderahati. Dah snap gambar barang 1,2, kami teruskan perjalanan ke hotel kami, Likas Condotel. Agak jauh dari bandar. Tapi takde masalah sangat sebab kami sewa kereta. Bagi yang tak menyewa kereta, condominium ni macam tak berapa sesuai saja sebab jauh dari bandar. Sebenarnya, aku book Marina Court Apartment but sehari sebelum bertolak ke KK, agent ke owner called bagitau unit yang kami book tu tengah renovate. Jadinya dia pindahkan kami kat Likas Condotel ni. Alhamdulillah, condo ni cantik jugak la walaupun dari luar tak berapa memberangsangkan. Unit dia sangat cantik interior dia. Ada 3 bilik, 1 master bedroom dan 2 bilik. Astro, seterika, dapur semua ada. Kat condo ni pun ada swimming pool. The downside was, lift dia cuma 1 je beroperasi. bayangkan la ada berapa tingkat tapi 1 lif je berfungsi. dan tiada breakfast ye. Sebelah condo ni ada mall tapi macam tak berapa nak hidup je.

 Lepas berehat sejam,2.. kami pun ke Bandar KK. Ke pasar ikan masin dan pusing2 dalam Pasar Filipina untuk tengok2 barang yang dijual. Sebaik azan maghrib, kami ke sebelah Pasar Filipina untuk dinner, ikan bakar. Tapi untuk sesiapa yang inginkan ikan bakar yang sedap, bukan di sini ye. Sebab ikan kat sini, dah di bakar siap2 jadi isinya tak la lembut. Kat sini macam pasar malam. Ada jual macam2 selain gerai2 makan. Gerai makan ada ikan bakar, mee goreng, nasi goreng, chicken wings (yang memang famous kat sini) dan macam2 lagi. Lepas makan, bergerak pulang ke hotel. Ingatkan nak layan Akademi Fantasia. tapi tertido plak depan tv akibat kepenatan dan tak cukup tidur. Kita sambung ke episod keesokan harinya.

 Sambungan:

Part 2

Part 3

Part 4

Salam Ramadhan 1432

cred to testifriendster.net

Pejam celik, pejam celik, dah seminggu kita berpuasa. Aku baru nak wish salam ramadhan kepada semua yang berpuasa..

Ucapan klise dari aku untuk semua: Semoga ramadan kali ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. yang berpuasa tu, alhamdulillah.yang tak berpuasa sebab tak boleh berpuasa, nanti kita ganti puasa. yang tak berpuasa sebab konon tak tahan lapar, tapi keja asyik melepak depan tv je, sila la ganti puasa dan bertaubat ok.. sekian… selamat beramal.. hehe..