Ini last entri untuk trip ke Sabah. Akhirnya.. ahaha, nampak sangat malas sangat nak taip kan.
Itinerary Day 4:
Breakfast
Pulau Manukan
Check-out
Jalan-jalan di bandar
Airport.
=======================================================
7hb Jun 2011
Hari ni hari last kat Sabah. Sungguh sedih. Plan nak ke pulau hari ni, tapi macam mendung semacam je. Haih… takpe la, teruskan jugak la plan ni, mengharapkan, tak hujan. Before tu, breakfast di hotel. Pilihan breakfast ada banyak dan aku dah kekenyangan walaupun belum cuba semuanya.
Kemudian, terus ke Jesselton Port untuk ke pulau. Tak jauh pun dari hotel kami, dalam 5-10 minit macam tu je driving dalam keadaan trafik yang biasa. Dah sampai tu, kita beli pakej dulu ye. Ada banyak agent yang kita boleh pilih, compare2 la harga and apa yang ada dalam pakej tu. Memandangkan hanya adik aku je nak bersnorkel and cuaca pun not on our side, and some more, nak kejar ke airport, kami amek pakej ke Manukan Island je. Harga? hmm,, tak berapa nak ingat. Takde la mahal sangat. Korang boleh compare pukul berapa bertolak, balik jam berapa, semua tu kena compare la dalam semua agent. Unless korang tak kisah pasal masa, tak de masalah. =) Dah pilih agent mana, kena bayar pulak tax/service charge kat kaunter lain. Semua harga per person ye.
Ok, dah excited nak pegi. Mendung kan cuaca. *sigh*. redha je la.
time ni ok lagi.
sangat mendung. Angah je la yang berenang2 di tepian. sayangnya, sebab hujan, ikan2 sembunyi taknak keluar bermain2.
berjalan-jalan di sekitar pulau, ternampak kelonsong bom. betul kan ni kelongsong bom.. hehe
actually, aku memang teringin buat mende alah ni. tapi keadaan tak mengizinkan. so, next time je la.
Dah sejam kami kat sini, dan tak banyak aktiviti boleh buat sebab hujan dan juga sebab kena balik semula untuk check-out, kami pun bergerak pulang ke Kota Kinabalu.Masih lagi hujan. Sampai kat hotel, terus mandi dan pack2 barang untuk check-out. Nasib baik boleh late check -out. around 1pm macam tu dan takde extra charge. Kemudian, kami terus ke Jeti balik tuk makan kat Restoran Nasi Padang Ibu ni. Cuaca dah bertambah ok time ni. Sangat best kalau untuk bersnorkel time macam ni. Ok, lepas makan, kami bergambar2 di sekitar jeti.
Tetiba plak papa sakit perut, ye la, ayah aku tu perutnya agak sensitif, jadi makan pedas2 memang sakit perut. Sementara tunggu tu, aku ngan Angah pun berjalan la dari jeti nak ke Pasar Filipina sambil singgah kat satu bangunan ni yang dah dirobohkan. Kat sini, terdapat grafiti2 menarik. Berjalan kaki ke Pasar Filipina agak memenatkan tapi, cuaca mendung je, takde la rasa kepanasan sangat.
menarik grafiti2 ni..
dah sampai pun kat Pasar Filipina ni.. belikan baju untuk cousins dan brooch untuk makcik2 aku.
Dalam jam 5pm, dah gerak ke airport terminal 1 untuk pulangkan kereta sewa dan amik teksi ke terminal 2 untuk flight pulang. Agak lama duduk dalam airport tu. sepatutnya flight jam 10+pm tapi flight delayed. Jadi kena tunggu nak dekat jam 11pm baru boarding. Sampai di LCCT, jam 1++am. Selamat sampai di KL. Satu percutian yang penat tapi sangat best. =D Tutup cerita Trip ke Sabah. Kita jumpa lagi di entri yang lain. < banyaknya la akak pending cerita > huhu…





















