Awkward

Dah lama sangat la aku tak buat apa2 entri. Sangat busy. (?) Agak la. Last week, one whole week sibuk turun naik tren pegi Amcorp Mall sebab ada training solaris 10. Kepenatan berjalan. training nya ok je. Akibat penat keterlampauan, Jumaat malam tu aku muntah dengan super hebat. Dah la baru lepas makan pasta yang pedas kat Delicious. Bayangkan la betapa peritnya tekak tu. Dan seharian hari Sabtu tu aku tersadai kat rumah kelesuan. Wasted.

Dalam duk rumah tu, aku layan la tengok tv sambil tuka2 channel. Tertengok la satu MTV new series, Awkward. Macam best je, so, aku terus search kat internet dan download. Hehe. Layan gak tengok citer ni. Paham la kan kalau MTV, mesti la pasal teenagers. (walaupun aku tak berada dalam kategori teenager lagi).

About Awkward.

  1. Narrated in the first-person voice of Jenna’s blog posts, “Awkward.” captures the humor within the struggles and experiences everyone can relate to from their formative years. The series picks up in the aftermath of the accident as she must deal with a new not-so-fun stigma, while at the same time managing the other daily drama that comes with being a teenager. From a secret relationship with a popular guy, to being undermined by a mean girl, and parents who just don’t get it-Jenna’s misfortune will eventually serve as the catalyst for amazing change, but it’s not without some missteps and mishaps along the way.

 

Situasi Jenna macam lebih kurang aku je. Ada boyfriend, tapi we did not go out publicly. It was not just like a normal couples do. Sad? Yes. Sometimes, aku rasa macam pathetic giler. Boyfriend aku bukan artis, ape lagi VVIP yang nak rahsia2 sangat. Sedih okeh. Tapi all been said, kitorang tak kekal lama. Mungkin itu la salah satu sebabnya dia nak berahsia. Supaya, he can leave me anytime he wants. Well, the story already 3 years back but the scar wound is still there. Kenapa tak move on? Well, trying and still hoping for someone will rescue me from this misery. Ape pun. i still like Matty in this series. =)

credit: imgfave.com/view/1584566

 

 

 

 

Heyho, Cotton Lovers~!

Salam semua kepada cotton lovers di mana saja anda berada. Meh la aku nak pomot blogshop aku ni kat semua. Aku pakat2 bersama member wangers ku, Puan Safrina yang juga minat cotton. Pada sesapa berminat, jangan la malu2, segan2 nak order cotton dari kami ya. Buat masa ni kami ada cotton Vietnam. Ha, kau.. dah pegi Vietnam, aku demam cotton Vietnam la plak. <Tenkiu Cik Tishah atas tunjuk ajar/dorongan> love~!

Untuk batch pertama ni, ada 2 part, yang ready stock/in hand dan pre-order. Untuk yang ready stock, kami ada 3 pasang je. Ni dah ada dalam tangan. Untuk yang pre-order, boleh la pilih dari gambar yang kami upload tu. Need more info? Just visit our blogshop ye. =D

http://pecintacotton.blogspot.com/

 

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432.

Dah bulan November dah. Bulan October punya entri ada satu je. Ya ampun, malasnya la aku kan nak update blog. Bukan apa, busy keja, busy ke sana sini, busy tido dan busy melayan emosi tak stabil ni. hahaha… abaikan.. dah tua2 ni, biasa la ye..

Ok, di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat menunaikan ibadah korban untuk semua dan semoga Allah memberkati segalanya. =D

Tahun ni tak balik kampung, beraya di rumah saja. Dan memandangkan masa raya puasa aritu tak sempat nak bergambar satu family, kali ni kitorang pun amik kesempatan bergambar berfamili.

 

Getaway #4 – Sabah Trip 2011 – Part 4

Ini last entri untuk trip ke Sabah. Akhirnya.. ahaha, nampak sangat malas sangat nak taip kan.

 Itinerary Day 4:

Breakfast

Pulau Manukan

Check-out

Jalan-jalan di bandar

Airport.

=======================================================

7hb Jun 2011

 Hari ni hari last kat Sabah. Sungguh sedih. Plan nak ke pulau hari ni, tapi macam mendung semacam je. Haih… takpe la, teruskan jugak la plan ni, mengharapkan, tak hujan. Before tu, breakfast di hotel. Pilihan breakfast ada banyak dan aku dah kekenyangan walaupun belum cuba semuanya.

Kemudian, terus ke Jesselton Port untuk ke pulau. Tak jauh pun dari hotel kami, dalam 5-10 minit macam tu je driving dalam keadaan trafik yang biasa. Dah sampai tu, kita beli pakej dulu ye. Ada banyak agent yang kita boleh pilih, compare2 la harga and apa yang ada dalam pakej tu. Memandangkan hanya adik aku je nak bersnorkel and cuaca pun not on our side, and some more, nak kejar ke airport, kami amek pakej ke Manukan Island je. Harga? hmm,, tak berapa nak ingat. Takde la mahal sangat. Korang boleh compare pukul berapa bertolak, balik jam berapa, semua tu kena compare la dalam semua agent. Unless korang tak kisah pasal masa, tak de masalah. =) Dah pilih agent mana, kena bayar pulak tax/service charge kat kaunter lain.  Semua harga per person ye.

Ok, dah excited nak pegi. Mendung kan cuaca. *sigh*. redha je la.

 time ni ok lagi.

 sangat mendung. Angah je la yang berenang2 di tepian. sayangnya, sebab hujan, ikan2 sembunyi taknak keluar bermain2.

berjalan-jalan di sekitar pulau, ternampak kelonsong bom. betul kan ni kelongsong bom.. hehe

 

actually, aku memang teringin buat mende alah ni. tapi keadaan tak mengizinkan. so, next time je la.

Dah sejam kami kat sini, dan tak banyak aktiviti boleh buat sebab hujan dan juga sebab kena balik semula untuk check-out, kami pun bergerak pulang ke Kota Kinabalu.Masih lagi hujan. Sampai kat hotel, terus mandi dan pack2 barang untuk check-out. Nasib baik boleh late check -out. around 1pm macam tu dan takde extra charge. Kemudian, kami terus ke Jeti balik tuk makan kat Restoran Nasi Padang Ibu ni. Cuaca dah bertambah ok time ni. Sangat best kalau untuk bersnorkel time macam ni. Ok, lepas makan, kami bergambar2 di sekitar jeti.

 

 

Tetiba plak papa sakit perut, ye la, ayah aku tu perutnya agak sensitif, jadi makan pedas2 memang sakit perut. Sementara tunggu tu, aku ngan Angah pun berjalan la dari jeti nak ke Pasar Filipina sambil singgah kat satu bangunan ni yang dah dirobohkan. Kat sini, terdapat grafiti2 menarik. Berjalan kaki ke Pasar Filipina agak memenatkan tapi, cuaca mendung je, takde la rasa kepanasan sangat.

 

menarik grafiti2 ni..

dah sampai pun kat Pasar Filipina ni.. belikan baju untuk cousins dan brooch untuk makcik2 aku.

Dalam jam 5pm, dah gerak ke airport terminal 1 untuk pulangkan kereta sewa dan amik teksi ke terminal 2 untuk flight pulang. Agak lama duduk dalam airport tu. sepatutnya flight jam 10+pm tapi flight delayed. Jadi kena tunggu nak dekat jam 11pm baru boarding. Sampai di LCCT, jam 1++am. Selamat sampai di KL. Satu percutian yang penat tapi sangat best. =D Tutup cerita Trip ke Sabah. Kita jumpa lagi di entri yang lain. < banyaknya la akak pending cerita > huhu…