Itinerary Day 3:
9 am – Bertolak ke Poring Hot Spring
10 am – Sampai di Poring Hot Spring
11 am – Ke Sabah Tea Plantation
11.30 am – Fish Spa Tagal
12 pm – bertolak ke Kota Kinabalu
3:30pm – check in @Beverly Hotel
5:30pm – Keluar dinner @Kampung Nelayan Seafood
=======================================================
6hb Jun 2011
Bangun pagi untuk breakfast. Kalau bangun pagi-pagi, boleh la nampak puncak Gunung Kinabalu seperti di bawah ni. Ya Allah, sangat cantek. Nampak batu-batu kat puncak tu. Ada gak rasa teringin nak sampai puncak tu, tapi… hehehe… ada tapi la pulak. :p
Sayangnya, lepas breakfast nak amek gambar berlatar belakangkan puncak batu-batu tu tak tercapai sebab kabus / awan dah tutup.

Dah kenyang, jom kita mulakan aktiviti kita hari ni. Kami check out dalam jam 9 am. Buat keputusan terus check out sebab tak nak la rushing2 untuk balik sebelum pukul 12 kan. Destinasi pertama kita hari ni adalah Mata Air Panas Poring. Dari pintu masuk KPR tu, kita belok ke kanan, menghala ke Ranau. Ikut je signboard Ranau, along the way, ada jugak signboard Poring Hotspring ni. Memang korang tak akan miss la. Tak silap aku, perjalanan mengambil masa dalam 40 min lebih kurang dari KPR. Bila dah nampak stesen minyak Petronas belah kanan, depan sikit lagi sampai la ke Pekan Ranau. Besar jugak la Pekan Ranau ni – berkali besar dari Pekan Kundasang tu. Kat sini ada KFC. dah sampai Pekan Ranau, straight saja lagi. Dalam 10-15 minit sampai kat persimpangan masuk ke Poring Hotspring. Tapi, jangan ingat dah sampai, anda kena drive lagi dalam 15-20 minit ke dalam. Ikut je signboard yang ada. And ta-da, dah sampai ke destinasinya.


dah park kereta, beli tiket dulu.

gerai2 ni kat luar dari pagar Poring Hotspring ni
Nanti kat dalam tu dia akan check tickets, jangan dibuang plak tiketnya tu. Pastu akan jumpa jambatan gantung dengan sungai mengalir kat bawahnya. Jalan depan lagi baru la jumpa kawasan kolam air panas. Ada macam2 kolam air panas – yang besar, yang untuk celup2 kaki saja dan yang private bath room pun ada. pilih je nak yang mana. Disebabkan kami tiba pun dah pukul 10 lebih kurang, teramat la ramai orang dalam ni.


Ramai orang berendam dalam ni, tapi kitorang cuma celup2 je la kaki.


Ni tempat yang kolah kecik2 tu.

Ada macam2 lagi kat dalam tu. cuma larat tak larat je nak explore semua.

Dalam 20 minit mendaki, sampai la ke canopy walk ni. sangat puas hati. canopy walk ni ada banyak ye, dalam 3 atau4 camtu.


yang ni parents aku yang sampai. sementara aku ngan Angah duk jalan kat canopy walk, drang jalan sampai kat air terjun ni.
Dah puas berjalan kat Poring Hot Spring tu, kitorang bergerak pulak menuju ke ladang teh. Drive menuju ke jalan besar balik, dan instead of patah balik, kita teruskan lagi. ikut saja signboard sampai jumpa signage seperti di bawah ni. Depan sikit je akan sampai ke Fish Spa Tagal. Kiranya dari signage ni dah boleh nampak la kereta parking untuk ke Fish Spa tu. Nak sampai kat kilang dan kedainya, kena naik bukit sikit. Kat sini takde ape sangat nak tengok. Kat Cameron Highlands lagi better ladang teh nya. Tapi still, boleh nak merasa tea pancake dan air teh di sini.



tea pancake

Lepas meninjau ladang teh, kami singgah pulak kat Fish Spa Tagal. Untuk rendam kaki dengan ikan2 tu kena bayar. Takde la mahal sangat pun. Aku tak ingat la berapa bayarannya, mungkin dalam Rm3 per person untuk 15 minit. Bayar dulu kat bawah, then jalan kaki sikit sampai la kat tempat orang ramai menunggu giliran nak rendam kaki. Masa kami pegi ni ramai, so once dah sampai kat pintu masuk ke sungai tu, cepat2 pergi kaunter untuk amek no giliran dan boleh beli makanan ikan. Lepas tu, tunggu la giliran kita. Nanti dia akan buat announcement no giliran kita. Jadi tak perlu lah duk tunggu kat pintu masuk tu, bawak la bersabar dan duduk kat kerusi2 yang disediakan or jalan2 capture gambar sementara giliran kita sampai.


Pose je lebih. Bila ikan2 tu kat kaki aku, menjerit2 la aku..

Besar ok, ikan2 dia.. eiii…
Ok, dah bergeli geleman dengan ikan2 tu, kami pun bergerak turun ke bandar Kota Kinabalu pulak. On the way, hujan saja. Kena berhati-hati sebab kabus sangat tebal. Agak scary untuk aku – masih phobia sebab baru lepas episod eksiden aku. huhu..

Kali ni, kami tido kat Beverly Hotel. Dapat connecting room. Total RM 339.98, 2 rooms, 1 night, 2 breakfast + tax. Aku booked thru Agoda. Harga agoda ni ok la. Reasonable. Dah rest kejap, malam tu kuar untuk dinner di Kampung Nelayan. Well, kat sini price dia agak mahal. Sebab aku taktau mana lagi seafood yang murah. dan kat sini sebab ada persembahan kebudayaan. tu yang lagi bertambah mahal. T_T. Total kami makan untuk 4 pax dalam RM200. Tu pun amek tak banyak sebab tau mahal. huhu.. Dah kenyang, balik hotel dan bobom. Sok dah nak balik.



boleh pilih nak fresh or frozen


Sambungan:
Part 4