Itinerary for Day 2:
8 am – breakfast @ McDonald – dekat bandar KK
9 am – ke Pasar Tamu Gaya
10 am – bertolak ke Kundasang
12 pm – sampai area Kundasang – Kinabalu Park
1 pm – sampai ke Kinabalu Pine Resort (15 min dari Kinabalu Park) – lunch di KPR
3 pm – Mesilau Dairy Farm
4 pm – Kundasang War Memorial
Dinner di KPR.
============================================
5 Jun 2011 – Ahad
Pagi tu, kami check out dari apartment dan terus ke bandar. Hari sebelumnya dah nampak McDonald, so kami pun breakfast kat situ je. Lepas breakfast, kami ke Tamu Gaya – pasar pagi yang jual macam-macam dari makanan,pakaian sampai haiwan peliharaan. Pasar ni memang di tengah bandar KK dan sangat besar. Kami pun tak habis ronda sebab papa dah tak larat, ditambah lagi dengan panas. Sangat seronok untuk tengok apa yang ada kat pasar tu. Oh, di sini agak susah cari parking kalau datang matahari dah tinggi. Dengarnya, pasar ni start pukul 6am. Ok, jom layan gambar2 yang aku capture kat pasar tu.
Baju longgok – dari pakaian dalam sampai la pakaian luar. ada jugak cadar, selimut. ala2 bundle je aku tengok.
kerongsang, gelang mutiara, rantai etc
sayur2 , buahan
puppy
kittens
hamsters
corals - perhiasan
of course aku cari baju I Love Sabah – RM25 untuk yg ada sticker kuning tu. RM20 yg takde sticker tu. sticker tu menandakan kualiti baju tu bagus sikit.
kuih muih
sangat besar @ panjang pasar ni…
Ok, dah puas jalan kat Tamu Gaya, kami berangkat ke Kundasang pulak. Dari bandar KK, ikut signboard Ranau atau Tamparuli yer. Kami tak singgah jambatan Tamparuli sebab dah terlepas.
. Jambatan tu memang kat tepi jalan besar je. Nanti nampak jambatan gantung yang sangat panjang. Dah nampak jambatan tu, ikut je signboard ke Ranau. Jalan naik ke Kundasang ala2 jalan ke Cameron Highlands. Masa perjalanan bergantung kepada pemanduan. Kalau ada lori kat depan, aha.. amik sket la masa. Kalau aku drive, memang taktau la sampai jam berapa. :p Papa drive adalah dalam 2 jam lebih sket dah sampai ke Pekan Kundasang. First stop – Kinabalu Park. Sepanjang perjalanan naik ke Kundasang ni memang akan ada signboard Kinabalu Park. So, takkan terlepas.
Nak masuk, kena bayar entrance fees. Bayaran per person ye. Tak silap aku RM3 seorang. Either korang boleh park kereta kat bawah, dan jalan kaki atau drive pusing dalam tu. Nak jalan kaki, memang cheq tak sanggup la ye. Besar ok. Naik je kereta sebab memang boleh stop2 pun kat dalam tu. Oh ye, pada sesiapa yang nak panjat Gunung Kinabalu, pendakian start dari Kinabalu Park ni. Kena cari Timpohon Gate di mana kat sini la start point dia.
Beratur untuk beli tiket masuk
Matrix yang disewa dari Hertz
Berhenti kejap amek gambar- belakang tu Gunung Kinabalu
Ni jadual masa untuk pendakian naik Gunung Kinabalu.
Ni sebelum sampai pintu masuk taman Botani – dalam Kinabalu park
Dah lepas pusing2 dalam tu, teruskan journey to the hotel – Kinabalu Pine Resort. Dalam 10-15 minit dari Kinabalu Park. Before tu, akann sampai ke Pekan Kundasang dulu. Time aku pergi ni, tengah ada construction – nak besarkan jalan. Pekan Kundasang ni sangat la kecil – macam takde ape sangat pun. Adalah bank dan kedai makan sikit. Kundasang War Memorial ni tepi je dengan bangunan2 kat pekan ni. Ni aku cerita later ye. Meh check in hotel dulu. Depan sikit je dari pekan kundasang, dah sampai ke KPR ni.
bilik ni berhadapan dengan reception
dah simpan barang, lunch dulu kat resort.
depan bilik
aku book block P – 2 bilik tingkat atas. block ni mengadap Gunung Kinabalu.
ni signage kat depan pintu masuk
Lepas lunch dan rehat semua, dalam jam 3 ptg, kami ke Mesilau Dairy Farm. Untuk ke farm ni, kena patah balik ke Pekan Kundasang. Kalau dari pintu masuk KPR ni, belok kiri ye. belok kanan akan ke Ranau. Dah sampai ke area construction besar tadi tu, belok ke kanan menghala ke bangunan2 Pekan Kundasang tu. Then, terus saja naik bukit. Before naik bukit tu, right beside bangunan2 tu, adalah Kundasang War Memorial at your right side. Terus je naik bukit tu, and akan nampak sign board farm tu. Memang rasa agak jauh sebab 2 lanes saja. Macam kat Kundasang Park, kena bayar dulu sebelum masuk ke kawasan farm tu. Sesi perah susu dah pun start. Tapi no worries – dalam pukul 4 still tengah sesi perah susu. lembu dia ada banyak kot. huhu..
ada sekor yang kaler brown plak.
lembu2 tengah diperah susunya. pekerja farm tu tengah bagi lembu makan.
boleh beli susu segar di sini. don’t worry, susu ni dah disterilkan.
kami beli susu ni – tak sempat nak rasa dah basi.
kami baru nak minum keesokannya. moral of the story, terus minum atau simpan dalam peti sejuk. kami tak simpan dlm fridge sbb kat KPR takde peti ais.. T_T
Dah bergambar bagai kat farm tu, kami turun balik dan singgah di Kundasang War Memorial kat Pekan Kundasang tadi tu. Tempat ni adalah untuk memperingati askar Australia dan British yang terkorban semasa penjajahan Jepun. Kat sini ada juga dipamerkan cerita tentang beberapa orang askar Australia yang terselamat dari tawanan Jepun. Selain tu, dalam ni ada taman yang cantik, tapi aku tak letak la dalam blog ni. Dah banyak sangat gambar pun. hehe.. Nak masuk ni pun kena bayar. Rm3 atau RM2 camtu la.. tak ingat dah aku. Tak mahal pun. Apa salahnya masuk tengok kan..
Oh, tempat ni tutup jam 5pm. Jangan lupa datang awal sikit.
Dah penat tengok lembu dan pergi War Memorial tu, kami pun balik ke resorts. Kat resort ni, ada bela arnab tau. Sesiapa yang bawak budak kecil atau orang yang suka binatang (macam aku), boleh la pergi tengok rabbits. Dah tengok @ main ngan rabbits, aku pun balik bilik dan rest sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. hehe.. Dinner? malas la nak drive ke Ranau. Pekan Kundasang plak macam tak menarik je kedai makan dia. Jadinya, makan je kat resort.
Then tido.. siap2 nak berjalan lagi esok. weehooo…
rabbit ni je jinak – tak meronta bila orang pegi. baik je.. comel plak tu.. hehe..
Sambungan:
Part 4












































