5 Julai 2011
Hari terakhir kami di Bali. sob..sob.. dah terasa sedih. walaupun sudah start merindui family kat malaysia. hehe.. kali ni, kami bangun makin lewat dan suruh Pak Guntur datang lewat sikit. sempat la Nana dan terjun 50 round kat kolam tu.
dan kami bergambar kenangan di Villa itu.
di depan villa. pejabat villa ni kecik je sebab dai just manage 4 buah villa.
Destinasi pertama kami adalah GWK. Garuda Wisnu Kencana. actually, aku pun taktau apa yang ada kat sini. tapi sehari sebelum tu, aku ada tengok rancangan hiburan kat tv indonesia ni. sorang artis drang ni pegi bercuti kat bali and dia tunjuk la tempat2 yang dia pegi termasuk la GWK ni.
actually, GWK ni satu hala ke Uluwatu. Tapi disebabkan timing kitorg lari semalamnya, jadi tak dapat nak pegi. Jadi, pada sesiapa yang nak pergi GWK dan Kecak Dance kat Uluwatu, buat la dalam hari yang sama. Beli tiket, masa nak masuk ke parking. 50krp seorang = rm18.
kat sini pun ade performance barongan + kecak. free saja. tapi kecilan.
Ok. jom kita tengok apa yang ada dalam GWK ni. untuk pengetahuan, tempat ni sangat besar. kami tak explore habis. Tiket jangan lupa ye. nanti nak scan untuk masuk. macam kalau nak naik LRT semua tu.kami masuk je terus dah ready nak bergambar kat fountain ni. Kat sini ada flying fox, ATV and Segway. Kena la bayar ye kalau nak main semua mende ni. Kami tak main pun sebab tak tahan matahari terik.
ni la segway.
amek gambar ala2 kaver album gitu..
penat.. :p
Mula menapak naik tangga ini. Tu dia, patung Garuda. Terdengar dari loud speaker, staff dia tengah cerita pasal patung ni. Biasa la kami, tak dengar sangat pun. Yang aku tau, patung ni ambil masa nak siap buat dan tak lama lagi akan dipindahkan kat tempat lain. Dan kalau tengok dekat2, tak silap aku diperbuat dari emas rasanya. Itu yang aku dengar la. tak pay attention sangat. hehe..
ni pulak em.. patung dewa. tak ingat apa nama.
Dah habis jalan2 dalam tu, kitorang pun gerak nak pegi lunch kat the first restaurant yang kitorg makan masa sampai hari tu. Lepas lunch, kami singgah solat kat masjid. Masjid dia agak tersorok sikit dalam rumah2 orang. tak macam temple dia yang banyak je tepi jalan. Lepas je solat, kami terus ke bandar Kuta. untuk ke Hard Rock Cafe dan jalan2 di kawasan sekitar. Tapi tak sempat ke tempat memorial pengeboman tu. sebab Pak Guntur just dropped and kitorg jalan sendri. malas nak jalan2 sebab penat dan takut tersesat ntah ke mana2.
tengah nak solat
cred to amy: memorial pengeboman bali.
Jam sudah menginjak jam 5 petang. flight kami jam 9 mlm. so, inilah last place kitorg kat bandar Kuta. Kuta beach. oh, tak sempat jugak nak jejak pantai Kuta. hanya sempat kat jimbaran je. huhu. sempat lagi bergambar. Then, Pak Guntur terus hantar kami ke airport. Dan Pak Bambang, staff vila datang hantar beg2 kitorang ke airport. surau di airport bali bagi aku kecik je. nak tunggu naik flight agak lama, cari la makanan dalam international boarding hall tu. susah nak cari yang halal.
makan je la fries and minum air mineral. then dlm flight makan lagi. touch down di LCCT jam 11 malam. yeay! accomplished trip ke bali. if ada yang mengajak untuk pergi lagi. i will say, yes!
muka kepenatan.

























jom repeat bali lagi !!!! aku sgt suka !!!!
ahaha.. aku pun.. tapi kali ni mcm nak jalan2 kat kuta.. explore.. aritu bandar kuta tak abes round pon.. huhu..