Melby Baby – Part 4 – Phillip Island Trip

24.10.2010

Hari ke-empat di Melbourne. Hari untuk pergi melihat penguin yang comel, kangaru yang comel dan koala yang comel. :)

Kami bertolak selepas breakfast dan memasak bekalan. Dalam jam 8 pagi, kami bergerak. Bercadang untuk singgah di Factory Outlet yang terletak di Moorabbin, suburb of Melbourne. Nak ke sana, kami perlu menghala ke Dandenong. Kenapa yang ni aku masih ingat? Sebab kami menghabiskan 1 jam lebih duk pusing area Dandenong ni mencari the exact location. Beberapa kali turun kereta bertanya orang. Last sekali, ternampak 2 budak lelaki dan ayah dia duk mowing rumput kat luar rumah. Baik ok pacik dan anak2 dia. Siap lukis direction then siap bagi landmark. Dan borak2 dengan aku and amy.

Akhirnya, atas tunjuk jalan drang, kami berjaya sampai di FO Moorabbin tu. FO ni, kecik sikit dari South Wharf, tapi semua outlet lebih kurang je. Ada la yang lain 2,3 outlet. Dah  abes shopping dengan masa yang limited, sebab kami nak teruskan perjalanan ke Phillip Island untuk  melihat haiwan2 yang comel. =)

berhenti kat Pet shop nak tanya jalan.

 Sebelum sampai Phillip Island ni, kami jumpa Maru Fauna Park. Masuk konon nak tanya2. Tapi macam sibuk je staff dia, and tengok tempat tu macam kecik je. So, tak jadi, then kami truskan perjalanan.

Jambatan menyeberangi ke Philip Island

Berhenti tuk solat zuhur+asar

Lepas berhenti solat, kitorang teruskan perjalanan dan sampai la ke Phillip Island. Berhenti kat Information Centre dia tuk tanya pasal tiket dan others information of the park.

banyak sevenir dalam information centre ni

singgah kat Pannys – Chocolate Factory

Depan sikit dari Information Centre tu, ada Kilang Coklat – Pannys. Apa yang menarik kat sini, dia jual coklat. Belum menarik lagi? Dia adalah kilang coklat yang mana, kita boleh tengok sendiri macam mana coklat dihasilkan. Tapi ada harga la. Kami tak tengok sebab nak kejar masa memandangkan ada 2 tempat lagi nak pegi. Pannys ni ditutup pada jam 6pm. Selain jual coklat, dia ada cafe jugak. Yang paling menarik, owner dia adalah Malaysian. =)

Dah beli2 kat Pannys, teruskan perjalanan ke Wildlife Park. Kat sini macam mini zoo. Haiwan dia semua Australian nya haiwan. Gajah ke, harimau ke semua tu takde. Kat sini ada kangaru,koala dan beberapa lagi. Satu lagi tempat yang boleh tengok binatang adalah Koala Conservation Centre. Tapi, bak kata staff kat Info Centre, conservation centre ni macam hutan je, so nasib la kalau boleh nampak koala duk atas pokok2 tu ke tak. Sebab tu, kitorang pegi Wildlife Park ni je. Kompem akan nampak koala. dan sebab ada haiwan2 lain jugak.

Tiket untuk tengok penguin dan koala conservation centre boleh dibeli kat info centre tu atau di tempat itu sendiri. Tapi untuk wildlife park, kena beli kat tempat ni saja. Admission fee, tak ingat. tapi tak sampai AUD20 seingat aku. Admission fee termasok sebungkus makanan tuk kasik haiwan2 dalam tu. Kami sampai kat sini dalam jam 4 petang. Dia kata dalam 530 ptg camtu, dia nak tutup. So, pusing cepat2 dalam tu. Tapi around 1 hour and so, even taking our own sweet time sambil bagi haiwan makanan, boleh cover satu park tu.

muka saya eksaited.

see! banyak koala bermalasan.sayangnya tak boleh pegang. jauh sangat.

 

wombat. bulu dia sangat kasar. ni dia tengah syok makanan yang kitorg kasi.

kangaroo ni nampak kitorang datang je, dari jauh dah melompat datang. aku super excited.

bagi dia makan.

ada baby dalam pouch dia.

yang ni pandai. siap pegang tangan.

dangoes – serigala like

angsa kot.

Sementara nak tunggu jam 6 petang, kami singgah kat the Nobbies Centre ni. Kat sini free je. Melihat view laut dan sea birds yang banyak.

dalam bangunan ni ada cafe dan jual cenderamata.

on the way ke Penguin Parade dari the Nobbies Centre. Tapi memang banyak la signboard ni kat tepi2 jalan. berhati2 tau bawak keta bile nampak signboard ni. sebab memang banyak haiwan2 ni tersesat kat tepi jalan raya.

Penguin Parade – dinasihatkan sampai sini jam 6 petang.

Lepas dah jalan2 kat Nobbies tu, kami gerak ke tempat Penguin Parade. Make sure dalam jam 6 petang dah ada kat sini. Untuk parking yang dekat, senang beli tiket dan sempat beli souvenier. Tips: pakai la baju yang super tebal sebab anda akan duduk menghadap laut di saat senja. Sejuk giler weh.. beku badan. huhu..bawak jugak sarung tangan.

Gambar pantai yang penguin tu akan naik.

Time penguin naik, tak dibenarkan amek gambar. Takut penguin takut. Bising pun tak boleh. Kami duduk menghadap laut tu dlm 1 jam jugak la tunggu penguin naik. Beku muka dan badan. huhu..

Biler penguin dah naik, excited tak tercakap. comel je tengok penguin2 tu kedek2 naik masok kat sarang dia. bila dia nampak movement ke orang bising2 ke, mesti dia berhenti taknak naik. Kadang2 tak paham orang yang tak paham bahasa. Padahal announcer siap cakap dalam pelbagai bahasa kot nak suruh drang paham.

Dapat tengok penguin secara dekat, masa tu drang dah masok kawasan sarang drang. sangat comel. Penguin kat sini adalah the smallest penguin in the world. Dah abes tengok tu, sempat beli fries dan drive pulang. Saya puas hati impian tengok penguin dan wombat serta koala dan kangaru tercapai. Alhamdulillah. =)

Untuk tau dengan lebih lanjut pasal Phillip Island, layari lah, http://www.visitphillipisland.com

OK. sambung cerita esoknya. Pondok warna warni. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s