23.10.2010
Hari ketiga. Breakfast di apartment. Pepagi dah dikejutkan dengan budak2 berjalan dan menyanyi dan berpakaian halloween.. OMG.. it’s early morning dan weekend.. Dan keluar dari apartment ke South Wharf agak lambat sebab masing2 kemalasan disebabkan perjalanan lebih 7 jam ke GOR. Dinasihatkan nak pi shopping, kuar la seawal mungkin – seawal kedai bukak, baru puas hati dan sakit kaki nak soping.
South Wharf ni adalah salah satu DFO (Direct Factory Outlet) yang famous kat Melbourne ni. Masih di dalam bandar Melbourne. Operation hour tak silap, 9am – 5 or 6 pm. Kat Malaysia mane de kedai tutup kol 6pm. Tapi rata2 kedai kat Melbourne memang tutup around 6pm. Jangan harap la nak masuk kedai baju ke kasut ke lepas time ni. Jadi do plan your time wisely yer. South Wharf ni memang besar. Seharian duk dalam tu memang tak cukop untuk kaki soping macam aku. =)
Rembat la barang satu dua. Tapi paling lama dalam kedai perfume. Macam2 perfume ada. Set Elizabeth Arden yang 5th Avenue 100ml, lotion and mini dpt lebih kurang RM120. Murah ok. Jeans FCUK, AUD29.90 = RM90.. hehehe.. Tapi bukan latest stock la kan. Tapi still ok la.
Banyak lagi la brand kat South Wharf ni. Cotton On yang baru membiak kat Malaysia, Guess, CK, Nine West, Armani, Nike, Adidas.. banyak la lagi. Satu shop yang bagi aku paling murah kat situ, Rivers. Itu Australian brand. Memang murah la. Beli tuk dua2 adik aku kasut ngn baju. Akak nye takde ape.. huhu..
Selama 5 jam kitorang dlm tu, tu pon sebab kedai nak tutup. Parking? memang mahal. AUD20. kami pulak silap tak baca notis, kalau soping situ bleh free parking. Jadi rajin lah bertanya pada staff kat situ ye. Sbb hari kitorg pergi ni drang tak tanya. Second time pergi baru tanya.
Layan dulu gamba before sambung citer pasal St Kilda Beach.
Melbourne Aquarium ~ tak sempat nak pergi
sungguh teruja.. wee~!!
orang yang paling awal abes, paling byk beli.. :p
Tengok, sampai kedai dah tutup pon. heheh.. ok, kita sambung perjalanan kita ke St Kilda Beach. Salah satu beach yang famous kat Melbourne ni. Pertamanya, bagi yang tak tahan sejuk macam aku, sila la pakai jaket yang tebal sikit. Sejuk giler beb kat tepi pantai. lagi2 angin tiup ‘sepoi2 bahasa’ kan. huhu..
bertanya arah sebab dah berpusing kami cari jalan ke beach itu
sempat bergambar di kaki lima
scene 1: nana melintas jalan..
scene 2: nana patah balik tuk amek gambar dan sempat ber”posing”
kesejukan ini
anjing ni bawak botol mineral pastu buang dlm tong sampah.. pandai ok
luna park – mini theme park yg ada kat beach ni
sejak minum coffee/hot choco kat melben, balik mesia asek nak minum je.. addicted okeh
ada gak booth main baling2 cam kat funfair tu.. erk actually luna park ni cam funfair gak tapi dia tak pindah randah macam kat sini.
dalam tram, panas sket duk dalam ni
kitorang cam tak paham nape minah omputih ni tak bergerak walaupun dh nampak kitorg try to conquer area tu nak amek gambar.
ni dah sampai town. otw nak balik apartmen. ada ‘gingerbreadman’ sempena halloween.
Oh.. dah abes dah citer part 3. Kalau tak de kereta, dari Melbourne town, boleh jugak naik tram bernombor 96 tak silap aku. tram tu akan berhenti betul2 depan Luna Park, then jalan kaki sikit sampai la kat St Kilda Beach. Kami tak dapat nak explore banyak kat beach tu,macam jeti dia and kedai2 tepi beach sebab time tu dah malam and kesejukan. heheh..
lepas berseronok di Luna Park, kami pun pulang ke apartment. lepas solat, kami pegi makan kebab kat area berdekatan. Dari apartment kitorang boleh berjalan kaki saje ke mana2. bawah banyak gila kedai. dan amy beli nandos. ayam di situ halal even kedai tu tak de tanda halal, try tanya kat cashier halal ke tak. brape harga kebab? standard macam malaysia, AUD11. plish don’t convert sebab nanti anda akan pengsan. hahaha..
after makan, kami pun pulang. malam masih muda tapi bila teringat malam minggu tak berani nak kuar.. sebab ramai orang mabuk berkeliaran. dari bilik kami dah boleh dengar orang menyanyi2 kat bawah kemabukan. jadi, kitorang duk main uno card sampai bosan sebab amek masa yang lama untuk menang.
ok, itu je untuk part 3.see you in the next part ~ Part 4 – Phillip Island Trip bebeh..






























