Dilema Cinta

Perbualan jam 1 pagi:

Girl : Honestly, i mean HONESTLY. Why you tinggalkan i?

Guy : I tak pernah tinggalkan you. I selalu ada untuk you. Walaupun I busy, tapi I ada je untuk you.

============================

Perbualan jam 2 pagi:

Girl: You, sekarang ni i tengah ngorat you ni.

Guy : Hahaha.. tapi I tak de duit.

Girl : So, bila you dah ada duit nanti. You mengorat lah I pulak. Kalau i ngorat you time tu, nampak sangat i mata duitan.

Guy: Tu la. Tunggu la I dah ada duit, ada kereta Mercedez.

Girl : Ok. I tunggu you sampai you ada duit.

 

Ini adalah cereka semata-mata. Cereka = cerita yang direka. Sekian, terima kasih.

Melby Baby – Part 5 – Brighton Beach and Yarra River

24.10.2010

Hari ini kami mau berjalan lagi di sekitar Melbourne. Pagi2, kereta dah dipulangkan. Oh, lupa nak bagitau, kami sewa kereta dari Hertz. Memang bagus condition kereta tu dan amat berpuas hati. Kami akan naik tram – public transport macam LRT cuma railnya atas jalan raya. bukan cam LRT kat Malaysia.

Singgah di 7 Eleven berhampiran apartment kami untuk membeli tiket tram ni. Kat Melbourne ada 2 tram. satu, old tram yang macam old skool je tu, ha.. yang tu free saja. tapi kawasan liputan tak besar compared to yang kena bayar ni. Korang boleh beli tiket sama ada kat 7 Eleven (yang bersepah kat Melbourne), kat tram stops, dan juga dalam tram tu sendri. Pagi ni, kami mau ke Brighton Beach yang ada rumah kotak bermacam warna tu.

Railway dia atas jalan raya je.

Ini jadual tram.

Actually, kami amek tram no 96 yang sampai ke St Kilda Beach. Tapi tuk Brighton Beach takde tram.

Mulanya nak jalan kaki je ke Brighton Beach. Walaupun sebelah je ngn St Kilda Beach, tapi jangan lah gigih sangat. Jauh dan taktau jalan, akan membuang masa anda.

Tapi sempat la bergambar sepanjang perjalanan gigih kami sebelm decided tuk amek cab saja. Tambang, walaupun takde la jauh sangat tapi lebih AUD10 tak silap aku. Cab dia semua ada meter dan GPS.

Inilah beach yang kami tuju.Middle Brighton Beach.

Ha.. gambar2 seterusnya ni la sebab kami nak datang sini. Semata-mata pondok warna warni ni. Apa salahnya pergi kan, dah alang2 ke Melbourne. Pondok ni sebenarnya bathing huts. Tak tau apa ada kat dalam sebab berkunci. Mungkin tempat letak personal belongings kalau nak pergi mandi manda kat pantai. Ada la beberapa orang duk bersantai kat tepi pantai ni. Censored. hehee.. Pantai tak berapa cantik, for me. Dan kena berhati2 sebab tahi anjing ada di antara pasir2 tu. Layan je la kami bergambar. =)

Lepas bergambar kat pondok2 tu, kami call taxi tuk pegi next destination kami – DFO kat Harbor Town. Sempat la bergambar2 lagi. Aksi di atas – konon2 Mek tu artis. konon je la..

DFO Harbor Town – ada 1 kedai souvenir kat sini. Aku beli yang signboard yg lekat dalam keta, AUD5 untuk 1, AUD20 tuk 5. Tak silap la. Dan kira ada macam2 lagi souvenir yang ada kat sini, dan takde kat Victoria Market.

Ni lah tram yang free tu.

Lepas shopping, kami balik apartment tuk solat dan makan serta rehat2. Penat kot duk berjalan kaki je. Dah petang2 sikit, kami explore the other side of Melbourne plak. Still naik tram, lepas tu rasa agak2 nak singgah kat tempat tu, kami pun turun.  Kawasan ni, kebanyakan macam kawasan tempat tinggal students. dan di sini banyak restoran Italian. Ada jugak yang halal.

Nama park ni Piazza Italia – Argyle Square. ramai italian duk sini kot..

Lepas penat berjalan, kami naik tram dan balik ke Apartment kami. Walaupun 1 block away, kami still nak naik tram sebab penat sangat berjalan. Kat sini sanggup la nak berjalan kan, sebab sejuk. Kalau kat Malaysia, harapan la nak jalan kaki.. Lepas dah berehat, merenggangkan kaki dan solat semua, kami pun bereksplorasi lagi. Kali ni kami ke Yarra River. Dekat saja dengan city. Kat 7 Eleven yang kami beli tiket tram tu, ada sorang mamat ni nyanyikan lagu untuk nana sebab nana pakai kasut warna merah. Red shoes, red shoes.. :p

Alexander Garden

Ada cruise jugak kat sini. Tapi malam2 macam ni takde la.

Kat sini ada macam2 office. IBM pon ada.

 

Victoria University

Dah berakhirnya eksplorasi kami pada malam itu. Fireworks takde pada malam itu. Sedey.. Ok, esoknya adalah hari terakhir kami di Melbourne. Dah sedih dah.. sob sob..

“Makan Beradab” Farhana Abdullah – 11 Jan 11

11 Januari 11 – Selasa

Hajat di hati nak makan alisara kat Puchong tu selepas nak dekat 4 tahun tak pegi kan, pastu ofismate aku asyik cakap dia makan kat situ. argh.. teringat2 seafood perdana dia. sedapnya..

Berjumpa dengan nana, zed dan saf di area Restoran Syed kat sbelah Alisara yang lama. Memandangkan aku tak tau mana kedai alisara yang baru, terpaksa la drang tunggu aku. ehehehe.. semangat berkobar-kobar ni nak menjamu selera di Restoran Alisara. Sampai je, frustnya kami. Alisara tutup. Tutup! aduh..

Akhirnya, kami menuju ke Williams kat Kelana Jaya. Ah.. dah terbayang Blueberry Yogurt.. nyummeh.. =) William pon William la.. Jadinya, kami order mashed potato – RM5, spageti seafood arabiatta, nasi goreng ketam dan chicken chop. dan air pulak, blueberry yogurt, strawberry banana, teh o ais dan teh o. total harga RM84. makan sampai kenyang. Sape yang tak pernah makan kat sini, kena tau, portion makanan kat sini amatlah banyak, kiranya 1 dish tu boleh kongsi 2-3 orang. (kalau perut cam kitorang). Kalau memang kuat melantak, boleh la makan 1 dish tu sorang2. tapi buat macam kebanyakan orang yg datang sini buat, order 2,3 dish, makan ramai2. =)

Aku berazam tuk makan kat Alisara jugak. hehehe..

mashed potato

chicken chop

nasi goreng ketam

spageti seafood arabiatta

depan – blueberry yogurt

belakang – strawberry banana

Post It #1

Boleh tak kalau aku nak buat entri ala-ala Post It. Post It ni kan selalunya orang guna kalau nak buat nota2 kecil. Kiranya reminder the old fashioned way.

Walau pun aku jarang la nak baca or update blog aku ni, tapi sementara bersemangat waja, boleh je kan aku nak buat style camni. Lagipun, once the things to do tu being written down, slalunya aku akan ingat walaupun tak tengok pun nota tu.

Here goes the list:

 

1. Beli bateri phone – walaupun ramai dah suruh aku tukar phone je, tapi tunggu la dulu.

2. Servis keta dan bawak minyak itam siap2. – mungkin before balik BP awal bulan depan.

3. Renew pasport lepas CNY. - skarang ni kompem ramai orang sebab nak dekat CNY. sebaik after CNY kena trus renew, kalau tak, tak lepas aku nak tuk percutian tahun ni. ehehehe..

Ni je yang aku ingat kena buat at the moment. Kalau ada lagi item yang nak kena tambah, aku update lagi. =)

Melby Baby – Part 4 – Phillip Island Trip

24.10.2010

Hari ke-empat di Melbourne. Hari untuk pergi melihat penguin yang comel, kangaru yang comel dan koala yang comel. :)

Kami bertolak selepas breakfast dan memasak bekalan. Dalam jam 8 pagi, kami bergerak. Bercadang untuk singgah di Factory Outlet yang terletak di Moorabbin, suburb of Melbourne. Nak ke sana, kami perlu menghala ke Dandenong. Kenapa yang ni aku masih ingat? Sebab kami menghabiskan 1 jam lebih duk pusing area Dandenong ni mencari the exact location. Beberapa kali turun kereta bertanya orang. Last sekali, ternampak 2 budak lelaki dan ayah dia duk mowing rumput kat luar rumah. Baik ok pacik dan anak2 dia. Siap lukis direction then siap bagi landmark. Dan borak2 dengan aku and amy.

Akhirnya, atas tunjuk jalan drang, kami berjaya sampai di FO Moorabbin tu. FO ni, kecik sikit dari South Wharf, tapi semua outlet lebih kurang je. Ada la yang lain 2,3 outlet. Dah  abes shopping dengan masa yang limited, sebab kami nak teruskan perjalanan ke Phillip Island untuk  melihat haiwan2 yang comel. =)

berhenti kat Pet shop nak tanya jalan.

 Sebelum sampai Phillip Island ni, kami jumpa Maru Fauna Park. Masuk konon nak tanya2. Tapi macam sibuk je staff dia, and tengok tempat tu macam kecik je. So, tak jadi, then kami truskan perjalanan.

Jambatan menyeberangi ke Philip Island

Berhenti tuk solat zuhur+asar

Lepas berhenti solat, kitorang teruskan perjalanan dan sampai la ke Phillip Island. Berhenti kat Information Centre dia tuk tanya pasal tiket dan others information of the park.

banyak sevenir dalam information centre ni

singgah kat Pannys – Chocolate Factory

Depan sikit dari Information Centre tu, ada Kilang Coklat – Pannys. Apa yang menarik kat sini, dia jual coklat. Belum menarik lagi? Dia adalah kilang coklat yang mana, kita boleh tengok sendiri macam mana coklat dihasilkan. Tapi ada harga la. Kami tak tengok sebab nak kejar masa memandangkan ada 2 tempat lagi nak pegi. Pannys ni ditutup pada jam 6pm. Selain jual coklat, dia ada cafe jugak. Yang paling menarik, owner dia adalah Malaysian. =)

Dah beli2 kat Pannys, teruskan perjalanan ke Wildlife Park. Kat sini macam mini zoo. Haiwan dia semua Australian nya haiwan. Gajah ke, harimau ke semua tu takde. Kat sini ada kangaru,koala dan beberapa lagi. Satu lagi tempat yang boleh tengok binatang adalah Koala Conservation Centre. Tapi, bak kata staff kat Info Centre, conservation centre ni macam hutan je, so nasib la kalau boleh nampak koala duk atas pokok2 tu ke tak. Sebab tu, kitorang pegi Wildlife Park ni je. Kompem akan nampak koala. dan sebab ada haiwan2 lain jugak.

Tiket untuk tengok penguin dan koala conservation centre boleh dibeli kat info centre tu atau di tempat itu sendiri. Tapi untuk wildlife park, kena beli kat tempat ni saja. Admission fee, tak ingat. tapi tak sampai AUD20 seingat aku. Admission fee termasok sebungkus makanan tuk kasik haiwan2 dalam tu. Kami sampai kat sini dalam jam 4 petang. Dia kata dalam 530 ptg camtu, dia nak tutup. So, pusing cepat2 dalam tu. Tapi around 1 hour and so, even taking our own sweet time sambil bagi haiwan makanan, boleh cover satu park tu.

muka saya eksaited.

see! banyak koala bermalasan.sayangnya tak boleh pegang. jauh sangat.

 

wombat. bulu dia sangat kasar. ni dia tengah syok makanan yang kitorg kasi.

kangaroo ni nampak kitorang datang je, dari jauh dah melompat datang. aku super excited.

bagi dia makan.

ada baby dalam pouch dia.

yang ni pandai. siap pegang tangan.

dangoes – serigala like

angsa kot.

Sementara nak tunggu jam 6 petang, kami singgah kat the Nobbies Centre ni. Kat sini free je. Melihat view laut dan sea birds yang banyak.

dalam bangunan ni ada cafe dan jual cenderamata.

on the way ke Penguin Parade dari the Nobbies Centre. Tapi memang banyak la signboard ni kat tepi2 jalan. berhati2 tau bawak keta bile nampak signboard ni. sebab memang banyak haiwan2 ni tersesat kat tepi jalan raya.

Penguin Parade – dinasihatkan sampai sini jam 6 petang.

Lepas dah jalan2 kat Nobbies tu, kami gerak ke tempat Penguin Parade. Make sure dalam jam 6 petang dah ada kat sini. Untuk parking yang dekat, senang beli tiket dan sempat beli souvenier. Tips: pakai la baju yang super tebal sebab anda akan duduk menghadap laut di saat senja. Sejuk giler weh.. beku badan. huhu..bawak jugak sarung tangan.

Gambar pantai yang penguin tu akan naik.

Time penguin naik, tak dibenarkan amek gambar. Takut penguin takut. Bising pun tak boleh. Kami duduk menghadap laut tu dlm 1 jam jugak la tunggu penguin naik. Beku muka dan badan. huhu..

Biler penguin dah naik, excited tak tercakap. comel je tengok penguin2 tu kedek2 naik masok kat sarang dia. bila dia nampak movement ke orang bising2 ke, mesti dia berhenti taknak naik. Kadang2 tak paham orang yang tak paham bahasa. Padahal announcer siap cakap dalam pelbagai bahasa kot nak suruh drang paham.

Dapat tengok penguin secara dekat, masa tu drang dah masok kawasan sarang drang. sangat comel. Penguin kat sini adalah the smallest penguin in the world. Dah abes tengok tu, sempat beli fries dan drive pulang. Saya puas hati impian tengok penguin dan wombat serta koala dan kangaru tercapai. Alhamdulillah. =)

Untuk tau dengan lebih lanjut pasal Phillip Island, layari lah, http://www.visitphillipisland.com

OK. sambung cerita esoknya. Pondok warna warni. =)

Melby Baby – Part 3 – South Wharf & St. Kilda Beach

23.10.2010

Hari ketiga. Breakfast di apartment. Pepagi dah dikejutkan dengan budak2 berjalan dan menyanyi dan berpakaian halloween.. OMG.. it’s early morning dan weekend.. Dan keluar dari apartment ke South Wharf agak lambat sebab masing2 kemalasan disebabkan perjalanan lebih 7 jam ke GOR. Dinasihatkan nak pi shopping, kuar la seawal mungkin – seawal kedai bukak, baru puas hati dan sakit kaki nak soping.

South Wharf ni adalah salah satu DFO (Direct Factory Outlet) yang famous kat Melbourne ni. Masih di dalam bandar Melbourne. Operation hour tak silap, 9am – 5 or 6 pm. Kat Malaysia mane de kedai tutup kol 6pm. Tapi rata2 kedai kat Melbourne memang tutup around 6pm. Jangan harap la nak masuk kedai baju ke kasut ke lepas time ni. Jadi do plan your time wisely yer. South Wharf ni memang besar. Seharian duk dalam tu memang tak cukop untuk kaki soping macam aku. =)

Rembat la barang satu dua. Tapi paling lama dalam kedai perfume. Macam2 perfume ada. Set Elizabeth Arden yang 5th Avenue 100ml, lotion and mini dpt lebih kurang RM120. Murah ok. Jeans FCUK, AUD29.90 = RM90.. hehehe.. Tapi bukan latest stock la kan. Tapi still ok la.

Banyak lagi la brand kat South Wharf ni. Cotton On yang baru membiak kat Malaysia, Guess, CK, Nine West, Armani, Nike, Adidas.. banyak la lagi. Satu shop yang bagi aku paling murah kat situ, Rivers. Itu Australian brand. Memang murah la. Beli tuk dua2 adik aku kasut ngn baju. Akak nye takde ape.. huhu..

Selama 5 jam kitorang dlm tu, tu pon sebab kedai nak tutup. Parking? memang mahal. AUD20. kami pulak silap tak baca notis, kalau soping situ bleh free parking. Jadi rajin lah bertanya pada staff kat situ ye. Sbb hari kitorg pergi ni drang tak tanya. Second time pergi baru tanya.

Layan dulu gamba before sambung citer pasal St Kilda Beach.

Melbourne Aquarium ~ tak sempat nak pergi

sungguh teruja.. wee~!!

orang yang paling awal abes, paling byk beli.. :p

Tengok, sampai kedai dah tutup pon. heheh.. ok, kita sambung perjalanan kita ke St Kilda Beach. Salah satu beach yang famous kat Melbourne ni. Pertamanya, bagi yang tak tahan sejuk macam aku, sila la pakai jaket yang tebal sikit. Sejuk giler beb kat tepi pantai. lagi2 angin tiup ‘sepoi2 bahasa’ kan. huhu..

bertanya arah sebab dah berpusing kami cari jalan ke beach itu

sempat bergambar di kaki lima

scene 1: nana melintas jalan..

scene 2: nana patah balik tuk amek gambar dan sempat ber”posing”

kesejukan ini

anjing ni bawak botol mineral pastu buang dlm tong sampah.. pandai ok

luna park – mini theme park yg ada kat beach ni

sejak minum coffee/hot choco kat melben, balik mesia asek nak minum je.. addicted okeh

ada gak booth main baling2 cam kat funfair tu.. erk actually luna park ni cam funfair gak tapi dia tak pindah randah macam kat sini.

dalam tram, panas sket duk dalam ni

kitorang cam tak paham nape minah omputih ni tak bergerak walaupun dh nampak kitorg try to conquer area tu nak amek gambar.

ni dah sampai town. otw nak balik apartmen. ada ‘gingerbreadman’ sempena halloween.

 Oh.. dah abes dah citer part 3. Kalau tak de kereta, dari Melbourne town, boleh jugak naik tram bernombor 96 tak silap aku. tram tu akan berhenti betul2 depan Luna Park, then jalan kaki sikit sampai la kat St Kilda Beach. Kami tak dapat nak explore banyak kat beach tu,macam jeti dia and kedai2 tepi beach sebab time tu dah malam and kesejukan. heheh..

lepas berseronok di Luna Park, kami pun pulang ke apartment. lepas solat, kami pegi makan kebab kat area berdekatan. Dari apartment kitorang boleh berjalan kaki saje ke mana2. bawah banyak gila kedai. dan amy beli nandos. ayam di situ halal even kedai tu tak de tanda halal, try tanya kat cashier halal ke tak. brape harga kebab? standard macam malaysia, AUD11. plish don’t convert sebab nanti anda akan pengsan. hahaha..

after makan, kami pun pulang. malam masih muda tapi bila teringat malam minggu tak berani nak kuar.. sebab ramai orang mabuk berkeliaran. dari bilik kami dah boleh dengar orang menyanyi2 kat bawah kemabukan. jadi, kitorang duk main uno card sampai bosan sebab amek masa yang lama untuk menang.

ok, itu je untuk part 3.see you in the next part ~ Part 4 – Phillip Island Trip bebeh.. :)

Azam Awal Tahun Baru

Ini adalah salah satu azam awal tahun baru saya. Kenapa awal tahun je? Sebab aku pasti dah tengah2 tu mesti dah slow update entri aku. Not 100% malas tapi sebab nanti kerja buat aku stress. Bila aku stress, aku asyik nak tido je. Pastu takde mood langsung. Sebab itu yang berlaku tahun lepas. Macam2 isu dah account yang aku handle ni. Naik menyampah pon ada lah. Tiap2 minggu meeting. Naik jeluak aku aih.. Tapi claim masyuk. heheh..

Ok, malas nak citer pasal kerja lagi. Cuma nak bagitau, azam awal tahun baru, mau rajin hapdet blog walaupun entri mengarut. Tapi blog aku kan mostly on the vacation aku pegi, tempat makan yang aku jejak, dan perasaan aku yang tak terluahkan melalui  bicara normal. hehehe.. sebab itu, aku tak berani nak publictize blog aku ni. gila hape.. kadang2 pendapat aku tu boleh buat orang tersentap kot. *siapa yang terasa la*

Mostly individu2 yang aku maki2 tu tak baca la blog aku ni. melainkan dia bloghopping dan terjumpa blog aku ni, wa talak bleh wat apa la kan. naseb ko la labu kena maki hamun aku ni. tapi tu pon aku maki berlapik hokey.. :)

Jadi saya akan terus memblog pasal vacation+makanan+wedding dan skang tambah anak2 kawan saya. :) ape lagi nak bebel kat sini. takde la kot.

ok. selamat tahun baru. :)

P/s: hepi besdei to Encek Mulim – 3rd January dan hepi besdei to ex-shiftlead aku, Encek Kanai – 4th january. terima kaseh kerana pernah mewarnai hidup saya. =)

2010 – WordPress Review

Bawah ni, review dari wordpress untuk blog aku sepanjang tahun 2010. Walaupun towards the end of year, aku macam malas sikit memblog, tapi sebab sumbangan di awal tahun, blog aku kiranya sihat.. :)

===============================================

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 3,900 times in 2010. That’s about 9 full 747s.

In 2010, there were 40 new posts, growing the total archive of this blog to 392 posts. There were 302 pictures uploaded, taking up a total of 325mb. That’s about 6 pictures per week.

The busiest day of the year was July 1st with 78 views. The most popular post that day was Jalan-jalan Kenduri Kahwin.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were realitadiaries.blogspot.com, lovemeheart.blogspot.com, en.wordpress.com, tidoz.blogspot.com, and ngahaha.org.

Some visitors came searching, mostly for bayou alamanda, stylista, gambar david villa, kesah myres, and kaka.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Jalan-jalan Kenduri Kahwin January 2010

2

Dinner @Bayou,Alamanda May 2009
3 comments

3

Tuesdays with Morrie November 2009
2 comments

4

Stylista March 2009

5

X.O.X.O – Gossip Girl September 2009
2 comments

It’s 2011.

Kita sudah menginjak ke tahun baru dan tak lama lagi bakal menginjak ke usia baru. Oh tidak! tak boleh trima kenyataan. hehehe..

Azam tahun lepas dah tercapai? Ada yang sudah, ada yang tidak. Sambung lagi la tahun ni bagi yang tidak tercapai tu. Nak listkan terlalu banyak. Simpan dalam hati je la yer.

Tahun ni dibuka dengan penuh kegembiraan. Wangers mendapat seorang lagi little wangers. Welcoming baby cikcik to the world. Gambar lom amek lagi. Nanti dah amek, akan diuploadkan ye kalau mummynya izinkan. =)

Congrats juga pada my dearie Niena for her newborn baby pada bulan lepas dan anniversarynya yang pertama tahun ni.

Aku juga bersyukur tahun lepas aku dimurahkan rezeki untuk jejakkan kaki ke Melbourne dan Beijing. diberi kesihatan yang baik. serta family dan kawan2 yang sentiasa ada bersama aku.

Aku berharap tahun ini aku dapat melaksanakan beberapa perancangan yang telah dibuat. Allah kurniakan kesihatan yang baik untukku dan keluarga. dan berharap kawan2 ku sentiasa ada buat aku. oh, serta dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh. hehehe.. ok, fine.. bertemu jodoh tu sebenarnya top of the list. :p

Ok.. tu je untuk pembukaan bicara tahun 2011. Tak dapat juga mensetelkan hutang entri tahun lepas. akan aku uploadkan juga nanti. :D