Okay guys. Mari kita sambung cerita Melbourne Trip yang tertangguh begitu lama. :p
22.10.2010
Kami merancang untuk ke Great Ocean Road (GOR) pada hari ini. Perjalanannya memang jauh. Apa yang menarik di sini? Hanya satu perjalanan yang panjang di persisir laut. Kira untuk tengok view laut dan kebanyakan orang akan stop di 12 Apostles. Apa itu 12 Apostles? Nanti kita tengok apa itu gerangannya.
Sepanjang perjalanan di GOR, ada banyak lookout points yang menarik dan banyak small towns yang boleh kita berhenti dan berehat kejap. Memandangkan trip ni dah lama mungkin ada sana sini info aku terlupa. :p
Pagi2 kami dah bangun menyiapkan bekalan makanan yang diketuai oelah Chef Amy. Banyak ok bekalan yang kami bawak.
Dan kami sewa Kia Carnival untuk trip ini.
Bekalan makanan. nyummeh..
On the way to GOR
First stop – Anglesea town.
Toilet di Anglesea. Asal berhenti je carik toilet.
Having coffee break. =)
Another stop untuk lunch. Konon2 nak duk tepi pantai, tapi ramai plak budak sekolah tengah blaja surfing.
sempat berposing atas surf board. =)
lunch time. tapi agak memenatkan sbb angin kuat giler kat cni.
@ Memorial Arch – The Great Ocean Road. Tugu ni peringatan atas susah payah orang2 sana menyiapkan jalan The Great Ocean Road sampai tempat ni menjadi famous.
Cape Patton Lookout
Ni dah tak ingat kat town mana.. Adegan lompat mesti ada. :p
Sempat meninjau2 dalam salah satu sevenir shop kat pekan ni.
Next stop – Maits Rest Rainforest. Berjungle trekking kejap. 20 mins dah boleh pusing satu round. Itu pon kalau tak sibuk bergambar macam kitorang.
@Castle Cove – another stop to view the sea.
another stop untuk isi minyak.
Akhirnya setelah beberapa stops, sampai la kami di destinasi yang dituju oleh semua. Twelve Apostles. Sejarah dia, sila google. :p Twelve tu bermakna 12 batu yang menakjubkan kat situ. Memandangkan sini adalah tepi laut, dan ditemani hujan, adalah amat sejuk. Jaket aku plak tertinggal dalam kereta. Memang pemalas untuk aku lari pi amek. Last2 mintak belas ihsan zed pinjamkan shawl dia. hik hik.
Nampak batu yang tercacak tu. Tu beberapa dari 12 batu yang dimaksudkan.
on the way back, tgk ada org shooting. gila hape tak pakai baju.. time ni dh nak sunset.
Dah abes tengok batu2 tu, kami bergerak pulang. Tapi kali ni ikot jalan dalam. Lupa plak, sepanjang perjalanan pergi tu, aku ternampak seekor koala yang comel tengah melepak di atas pokok. Excited kejap. hehehe..
singgah membeli barangan dapur untuk esok plak.
Kami ada berhenti untuk solat jamak zohor ngn asar kat salah satu town kat GOR. Pastu on the way balik, jamak magrib dan isya’. First time solat di tepi2 jalan camtu. Biasala first time pi negara yang tade kemudahan surau. hehee..
Ok. sampai apartment, melepak di bilik depan sambil menonton cerita yang zed akan berlari depan tv menghalang kami menontonnya. hehe..
Akhirnya, tamat upload gambar untuk trip GOR. banyak giler gambar.












































