Karaoke and Movie Sessions

Jumaat -25 Dec 09

My parents’ 27th Anniversary. Aku tak wish atau celebrate seperti biasa sebab satunya gaji tak masuk lagi dan my mind was just not in the place at that moment. Well, i have to made up with them one day. Sebab tu gak aku tak dapat ikot Amy,Nana and Lynda ke Singapore. Bajet tade dan hati tidak tenang. huhu..

malam itu aku main badminton. ok, i’m addicted now. kalau boleh aku nak main tiap2 hari. aku nak sampai aku hebat main badminton. huhu..

Masa lepak2 lepas game, Wan ajak Sepul layan karoks atau movie the next day. And sorang lagi shiftmates drang, G pun nak ikot lalu ajak aku. Memandangkan aku suka juga karoks dan aku naaakkk sangat tengok Avatar, aku pun dengan suka hati nak ikot. hehehe..

Sabtu – 26 Dec 09

Lastly, G tak jadik ikot sebab dia ada open hz kawan dia. Jadi tinggal la aku, Wan dan Sepul. Sebelum tu, sesudah subuh, aku dh memulakan operasi membersihkan bilik aku. Heh, giler puas hati aku tengok bilik aku nih.

Dalam jam 130 ptg, aku gerak ke Alamanda.Sampai kat Alamanda, baru aku realized aku tertinggal purse kat umah. Selamba aku pecut Si Omel otw ke alamanda tanpa ada lesen kan. Nak patah balik, duit takde nak bayar parking plak. Terpaksa la tunggu team wonder pets datang membantu. huhu.

Seb bek dura membuatkan aku terpk tuk call mama yang kebetulan attended wedding kat area situ. Lucky me. They were still in that area. Pinjam duit mama sikit.

Cadangnya mau nonton cerita Avatar, tapi biasa lah, it’s weekend! penuh la show tu. jadi kami tengok citer Sherlock Holmes. Jam baru menunjukkan angka 2.30 ptg. Show kol 5:15. Lepak Rasa untuk mengisi perut. Kemudian, pergi melayan karoks selama sejam=RM28 tuk bilik kecil.muat la dalam 5 orang kot. Drang ni karoks, nyanyi sorg2. aku jadi segan. aku kan biasa kena nyanyi beramai2. huhu..

Jam 4:15 kami siap menyanyi tapi aku still rasa tak puas. Kalau dah kena penangan Red Box, mungkin tempat lain tak best sgt kot. Kami berlegar2 di  ruang tengah alamanda sebab ada MPH nye sale. Then drang nak main games kat arcade. Lama giler aku tak main mende2 tu semua. Aku tertarik tengok budak2 main yang dance mat tu. agak hebat la budak2 tu main, kompem hari2 lepas skolah drang main.

boys will always be boys huh?

Wan tuka coins RM10. banyak giler..lepas semua coins abes, masa pon dah tiba tuk kami masuk panggung. masa masuk, movie dah start.. on time sungguh. aku tak brapa boleh nak fokus sebab hidung aku buat hal la plak. blockage. demmit.. dah la sejuk panggung tu. tambah ngan hujan lebat nya.

habis je wayang, kami trus lepak di Old Town sebelum masing2 membawa diri ke destinasi masing2.

dan hingga hari ni, tekak aku saket dan hidung aku still mengalami blockage. hah..tak suka~!!

Weekend yang memberangsangkan. Jumaat cuci sendri Omel itu inside out. Sabtu bersih dan kemas bilik aku. Ahad rehat dan marathon Grey’s Anatomy Season 6. That what we called time for ourselves. =)

Santau

Rabu yang lepas, konon2 nak tengok Avatar tapi seperti biasa aku suka melepak2 dulu sebelum gerak nak bersiap. Dah tau show kol 12, lagi nak mandi kol 1130am..

Sampai dalam kol 12. tiket tuk time tu dah sold out. takde makne aku nak tengok show lepas tu sebab aku keja malam. lantas aku mengambil keputusan untuk tengok Santau. sebab ada orang kata lagi takot dari Jangan Pandang Belakang yang mana aku tak rasa scary sangat. ok, aku tengok JPB pun time kuar kat tv dan aku tertido. :p

Aku ingat tak ramai yang menonton tapi ramai gak la. show blum start masa kami masuk. org2 yang duk belakang aku ni bising nye tak ingat. aku tak suka sangat sebab pasti mengganggu konsentrasi aku nanti. tengok citer hantu kena fokus baru la feel.

cerita baru bermula ada salah sorang dari mereka dah terkejut. mula2 aku ingat dia sengaja. tapi lama2 aku perasan yang dia ni melatah. adeh la.. mesti penat dia asek terkejut2. dan aku penat gelak je. jadi secara totalnya, cite tu tak menakutkan sangat aku, sebab aku takleh nak fokus. asyik dengar mamat tu melatah je.

tapi belum try tengok dalam suasana senyap. mungkin agak menakutkan?

secara overall nya, cite ni biasa saja. pelakon ok. walaupun ada part2 yang menyakitkan hati je aku tengok nya. adegan2 yang biasa lihat dalam crita hantu pun ada. sila baca ini untuk review yang lebih lengkap ye. aku tak reti nak ulas, aku tulis apa yang aku rasa saja.

janganlah sesekali guna ilmu santau ni. kalau jeles pon, do channel it to the positive way. not the negative way. nak makan, baca la doa, sekurangnya bismillah.. kita tak tau, bila2 je orang boleh kenakan kita. nauzubillah hi min zalik…

Kasut Gedik

Dah lama aku usha kasut ni. Usha je la.. Tapi tadi dah alang2 nak beli kasut, beli je la kasut ni. Kasut ini kelihatan gedik. Takpe2. sekali skala gedik tak salah bukan. Asalnya aku nak beli kasut hitam, tapi my eyes just kept on looking at these shoes. Hati tak senang kalau tak beli. Lantas, aku beli je untuk puaskan ati.

first time try kat Sogo.

akhirnya, aku beli jugak kat Alamanda

gedik tak? hehehe…

 

Ok, am getting ready nak pi Terengganu ni. Hatiku dup dap dup dap.. Tak keruan ok.. arghhh… cuak plak travel sorg2 ni.. :p

Kisah Hari Raya Aidiladhaku

Pada raya haji tahun ni, aku balik ke kampung aku di Batu Pahat. Tak banyak mende buat pun sebab aku balik pun lepas solat raya, jadinya segala makanan dah siap sedia. Tinggal aku makan je. Takde banyak aktiviti raya ni kalau nak dibandingkan dengan raya puasa.

Kali ni balik amek baju kurung yang siap dijahit dan anta yang baru. kerja aku itu la, tempah baju kurung je. pakainya tidak pun..huhu..

bersama kazen aku, Reen..

kazen2 aku sibuk nak memancing ikan kat parit..

gambar 2 di atas adalah permata baru famili kami. kazen aku yang kecik -Firdaus dan Zakuan..

macik2 aku dah sibuk2 tanya bila drang nak dapat cucu. ah..aku tertekan~!! =(

Keesokannya, aku dan amy serta nana memanjangkan langkah kami ke JB untuk mencari barang2 mereka. Jadi takde photo kami sangat atau pemandangan ye. sebab kami masuk shopping malls saja.. lain kali plak.

ikan dan burung ni, digoreng on the spot. pilih dulu baru dia gorengkan.

wangers tanpa makan memang tak sah.

Kami sampai di JB dalam jam 11 pagi. perut dah berkeriuk2 minta diisi. terus cari tempat makan. akhirnya kami singgah di Singgah Selalu. lauk dia memang sedap. tapi aku tak sure harganya. rasanya sedikit mahal. correct me if i’m wrong.

Kemudian kami teruskan ke shopping malls dengan misi mencari barang. Aku lupa la tempat2 yang kami pergi tu. Banyak sangat kot.

dah makan nasi, sempat makan donut Krispy Kreme. sedap.

 

Lepas penat membeli belah, hari pun dah malam. Apa lagi, kami pun singgah di Gazebo Place tuk makan malam. Makan lagi.. =) Tempatnya ok. Ramai orang gak. Makanan dia not bad. Terjadi kisah lucu bila kami lupa bayar otak-otak yang dah dimakan. Adik yang jual tu ikut kami ke kereta bgtau yang kami tak bayar lagi. Terus nana bayar RM5 suh dia keep the change je sebab kami dah malu. huhu..

 

tomyam campur.

 

ayam lemon.. nice~!!

ikan kerapu masak pedas

Esoknya, Ahad, aku tumpang nana pulang ke KL memandangkan family aku hari Sabtu dah balik. Singgah beli pau di Muar. Sedap makan panas2. Sepanjang perjalanan aku rasa tak selesa, perut memulas. Rasa nak muntah sebab cuaca panas sangat. Dan aku kan senang mabuk. Adeh la.

macam2 ada – daging, ayam atau kacang

dalam tu ada telur puyuh sekali. aku kurang suka sket. sebab aku tak mkn telur kuning..

tengok la Mek makan. sedap Mek? heheh..

Sampai rumah dalam jam 6 petang. Bersiap untuk pi kerja. Malamnya aku demam. dengan ditambah aircond yang sejuk di opis.huhu…

Overall, trip yang best. mau jalan2 lagi di JB. tapi bukan untuk soping. saya nak tengok sunset dari Masjid Sultan Abu Bakar yang nampak Tambak Johor. Nice~!!

Celebrating Her Last Days Being Gadis

This entry adalah untuk menceritakan kisah makan-makan untuk Dura. Makan-makan sempena dia mengira hari-hari berakhir zaman solonya. Ye, entri ini terlalu lambat kerana sekarang, dia sudah bergelar puan dan sedang melayari bulan madunya di Langkawi. hahaha..

Thanks to Jack for playing his part brilliantly sampai dura tak suspect anything.

Petang tu, aku ke TPM untuk berjumpa seseorang. call punya call, tak angkat2, jadi lepak dalam kereta sambil call this one particular person. saya suka =).  seharusnya sesudah temujanji itu aku patut ketemu shuk tapi sebab shuk super busy dan tak angkat phone terpaksa kensel sebab aku dah kena gerak ke Midvalley untuk menyiapkan tempat agenda.

Bertemu Ema untuk  mencari hadiah untuk Dura. Cari punya cari, akhirnya kami berjumpa sesuatu yang istimewa untuknya. Kemudian, bertemu Amy dan bergerak ke Amarin Heavenly Thai, lokasi makan-makan kami kali ini.

Kami semua sudah siap order makan dan sabar menanti tetamu spesel kami.

 itu dia! Surprise doot~!!

si dia yang dirai~!

lauk-lauk yang dipilih..

ini hadiah kami untuknya..jangan lupa pakai ye doot~!

celebrate skali besdei Mek and Saf.. yg 2 lagi tu sebagai props saja.. :p

 Makanan dia memang bes. tapi disebabkan makan sambil berborak, bergosip dan bergelak ketawa, tentunya cepat kenyang. tapi seriously, makanan dia mmg nice sangat. private room tu, kami booked. room tu free tapi dengan syarat, bill kena above RM500. kalau tak sampai, kena caj Rm50. bill kami tentunya lebih RM500 ye. tapi berbaloi. dengan waiter nye yang baik walaupun agak blur.

selain meraikan dura, kami meraikan juga besdei mek dan saf yang jatuh pada 11 dan 13 november. alang2 kan. =)

sepatutnya kami ada photo sessions kat luar Midvalley ni. tapi disebabkan masing2 dah kepenatan, kami kensel sesi itu dan terus pulang ke SD. dan akhirnya, dura berjaya tidur di SD buat pertama kalinya. seperti biasa bila dah berkumpul ramai2, mula la sesi luahan hati. malangnya aku terlelap sebelum sempat aku dengar update mereka. huhu…

ketika aku post entri ni. dura dah pun selamat menjadi isteri kepada ahzarizaq. nanti aku post entri wedding mereka ya. sampai sini dulu. daaa~!!

Apabila Ketandusan Idea

Apabila aku ketandusan idea, semua cerita aku humbankan di draft saja.

Argh.. tangan terasa ingin menaip dan mencurahkan apa yang terjadi, tetapi otak aku enggan berfikir kata-kata yang elok disusun untuk dijadikan sebuah cerita menarik untuk dibaca.

Aduh.. banyak lagi kisah indah untuk dikongsi bersama korang. Wedding Adura dan tentunya wedding Lynda yang tertangguh lamanya kisah itu.

Ini akan ditambah lagi dengan kisah jalan-jalan di safari bersama famili aku. Belum lagi kisah aku ke Terengganu esok. Whoa.. bulan ini penuh dengan aktiviti. Aku suka! tapi aku penat. dan selepas ini, aku memerlukan satu weekend yang amat panjang untuk diri aku sendiri. =)

Berkorban Apa Saja

Tuah: Sebenarnya kedatangan saya ke Pahang ialah untuk mengambil tuan puteri menjadi permaisuri Sultan Melaka.

Teja:  Saya tidak percaya Tuah

Tuah:  Pada mulanya saya tau bagaimana perasaan tuan puteri kepada saya. Tapi hidup saya cuma dengan satu tujuan saja. Berbakti kepada raja saya.

Teja:  Mana ada tempat lagi dalam hati saya untuk sultan itu. kerana hati saya sudah penuh dgn memuja kau saja tuah.

Tuah: itu mudah saja tuan puteri. saya boleh berikan tuan putri sirih jampi.makan la malam ini. besok pagi, tuan puteri akan melupakan saya

Teja: tak mau.tak mau.. saya tak mau melupakan tuah.

Tuah: itulah saja satu jalan tuan puteri. makanlah, kalau tuan puteri sungguh2 kasihkan saya.

Teja: kalau saya takmau makan?

Tuah: saya akan menanggung kesal seumur hidup

Teja: berkorban apa saja. harta ataupun nyawa.mintak la sirih itu.


-petikan filem Hang Tuah, lakonan P.Ramlee (Hang Tuah) dan Zaiton (Tun Teja)

====================================================

gila apa berkorban apa saja untuk orang yang tak tau mengenang budi kita. bagi aku, tuah terlalu taat membuta tuli. tak guna taat pada manusia. kita hanya perlu taat setia pada Allah.

====================================================

cerita ni adalah salah satu my favorite movie lakonan P.Ramlee. dan Zaiton sungguh cantik. =)

Movies’ Talk

Akhir-akhir ni banyak gak aku tengok movie. ada yang dah lama ditayangkan dan ada juga yang baru je ditayangkan di pawagam. Dari mana aku patut mulakan?

Aku start ngan yang bagi aku memang totally 100% not worth for the money.

Jennifer’s Body

Yang ni ramai nak tengok sebab Megan Fox yang hawt. Well, for me..dia hot yang cheap. tak boleh lawan Angelina Jolie nye ke’hawt’an. jangan marah para peminat Megan Fox. haha..

Aku cuma copy movie ni dari adik aku. aku tak boleh nak bagi sinopsis sangat sebab aku tak berapa nak tgk citer ni sangat. banyak fast forward je sebab:

1) bosan dengan jalan crita yang tetiba muntah minyak itam.

2) rasa menyampah dengan skrip yang macam sampah.

3) crita nya sungguh predictable. dan sungguh la tak rasa takot or suspen langsung. *yawn*

nak bagi bintang ke tanak ye? dari 5, aku bagi 1 je la.. sux big time!

The Box

aku tak ingat kenapa aku tengok movie ni. mungkin sebab dh lama tak tengok movie lantas belasah tengok je apa yang tengah ditayangkan. pilih crita ni sebab ada cameron diaz dan james marsden. hello~! both of them are good actors kot. tapi crita? amat menghampakan. sila google sendiri.

tak paham crita ni. nak kata saintifik tak brape nak saintifik la. tapi pelik2 la crita ni dan tak paham perjalanan crita dia. tapi paham apa yang nak disampaikan cuma terdapat beberapa scenes yang tak dipahami.

bintang? 2 kot.. bosan!

sekarang aku nak komen bagi filem yang aku suka. =D

Bolt

heh…cerita ni dah lama kuar. aku baru tengok. =p. kenapa cerita pasal haiwan tak pernah menghampakan. saya suka walaupun ceritanya predictable. tapi memang best la cerita ni.

bintang? 4.. =)

Planet 51

aku tengok crita ni sebab show untuk new moon dan ninja assassin dah full. so, tengok je la crita ni.

taktau cerita ni best ke tak. tapi memandangkan kartun dan selalunye kartun jarang la nak hampakan kita, so layan je la.

crita dia ok. ade elemen klaka. itu yang aku suka. =)

bintang? 4 jugak.

Ninja Assassin

asalnya nak tengok new moon, tapi tak sempat, beli second choice movie. ninja assassin. lakonan rain. aku suka crita macam ni. darah memercik sana sini. takde belas ehsan langsung. worth for the money.

aku kasi 4 bintang jugak. =D

New Moon

akhirnya, sehari lepas tengok ninja, aku tarik adik aku tengok new moon. lama ok crita ni. dah la aku tak tdo lagi baru balik keje mlm. gigihkan jugak la layan crita ni. agak slow dengan banyak cakap2. tapi part jiwang2 itu memang rasa di hati ini. wahh.. hehee..tak banyak aksi vampire lawan werewolf. huhu.

suka Jacob. =D suka, suka dan suka the character itu compared to Edward.

lepas ni nak start baca buku dia plak. bintang, aku kasik 3.8. sbb slow. ngantok. tunggu sambungannya..huhu..

Season Break

Kalau tv series ada season break mereka, boleh tak aku nak buat season break gak? :p memang kena maki ngan dura sebab terover perasan.

aku dah update pasal Sabah. cuma tinggal wedding lynda dan bachelorette dura. yang part dura tu, kena tunggu aku dapatkan gambar dari nana. yang lynda plak. sebab kalo bleh nak gambar lagi. :p

tapi mungkin akan berehat sebentar minggu ini kerana agak busy mengadap bakal ratu sehari yang akan melangsungkan majlisnya hujung minggu ni. cuak tak adura? hehehee..

trip aku ke JB plak tak banyak nak update sebab sibuk menemani mereka sibuk bershopping. tak pegi mana2 tempat nice untuk capture gambar menarik pon. =( maybe next time, i guess.

ade apepe lagi yang aku lupa nak update? tolong peringat ye.. makaseh..

malam ini sesi bermain badminton..