19 July 2009
Hari kedua kami di Redang. Bermalasan di atas katil sambil melayan lenguh yang tersisa dari snorkeling hari sebelumnya.
Agenda kami hari kedua ini masih sesi snorkeling. Tak ingat di pulau mana tapi kali ni, kami terus terjun dari bot ke laut. Cuak ok. Well, I survived right. Agak ketinggalan untuk bergerak ke arah diorang sume. belum sempat nak sampai ke arah mereka, nasib baik la staff kat resort tu selaku pembawa snorkeling kami baik hati tuk tarik aku dan nana untuk menikmati keindahan laut. sungguh seronok ditarik ok. tak perlu bersusah payah berenang. hehee..

mari2, sape nak berkenalan..
bersama mat yo (agaknya la), staff resort yang banyak tlg kitorg.
sesudah bersnorkeling, kami pulang ke resort untuk makan tengah hari dan berehat sebentar sebelum menyambung sesi snorkeling. biasalah wangers kalau dah bermalasan, tentu la dah malas nak kuar. last2 nana dan zed je yang pegi, itu pun hampir terlepas bot. tak lama kemudian kami terima pesanan sms dari nana.
keluarga kuda laut kirim salam kat korang.
biasa lah. kalau pakej ni kan kita pergi beramai2. adalah satu family ni menjadi perhatian kami semua. =p kami yang tinggal ni memanfaatkan masa kami dengan berenang2 di tepian sahaja. gambar di bawah saja dapat dipaparkan, gambar lain takot drang tak approved. =p
Lepas berenang, kami terasa ingin makan aiskrim memandangkan cuaca yang panas itu. Makan aiskrim sambil menunggu nana dan zed balik dari sesi snorkeling mereka. Kemudian kami bergerak balik ke resort untuk tea break.
Lepas tea break, aku sorang balik ke bilik dan yang lain terus sambung berenang. Masa kat bilik sorang2 tu aku dah terbayang macam2. Then aku dengar bunyi wisel dan orang bising2. tapi aku buat tatau dan terus mandi dan bersiap tuk join diorang kat pantai.
On the way tu, aku tengok keadaan kelam kabut, dari jauh aku nampak orang duk berkerumun sesuatu. Aku dah cuak. Mata melilau cari budak2 tu. Rupa-rupanya ada orang lemas. Dan dia tak dapat diselamatkan. Malam tu, suasana bertukar muram. kami takde semangat walaupun dinner malam tu adalah barbeku. Tanya polis yang datang berkenaan kemalangan tu. Semuanya tidak bersemangat lagi. Balik bilik dan terus tidur menunggu hari esok.



