Harapan Negara

Title yang memang poyo.

Actually not in the mood to update anything, but then, dengan upcoming events yang super duper buat aku terbang sana sini, i think i better update selagi yang termampu.

Sejak bila kau mula main badminton ni?

Sejak aku rasa badan semakin berat. betul, tak tipu ok.

Kawan-kawan aku memandang aku semacam. mereka paham aku.

Lupakan niat asal aku. tapi memang aku teringin nak main badminton. kalau hari-hari nak main paintball, kopak la aku.

teringin gak nak main futsal, tapi kawan2 aku memang super busy. netball, my favorite sports lagi la kan.jadi main la badminton. ingatkan serve tak masuk, pukul tak kena. tapi alhamdulillah, aku berjaya gak. *beaming* so proud of myself.

lokasi pertama aku bermain badminton adalah di Desa Petaling. consider murah.

aku tatau apa yang dia cuba lakukan..

selepas semuanya behave..

masanya adalah pagi. lepas main 2,3 jam, pegi lunch kat kedai mamak. lapar giler. tapi tak boleh habis. makan ketika penat, memang tak elok. argh.. perut aku tak boleh terima sudah.

lepas makan, terus pulang ke rumah. saya kepenatan dan keesokannya, kaki mula menunjukkan reaksi yang tidak elok. esok nak main lagi ni. hurray! misi mengempiskan perut. =)

Hatiku Pergi

malam ni aku rasa tak best sangat. demam. perut tak selesa. mau keluarkan segala isi perut. menarik selimut dan tido saja.

tak mau pikirkan dunia ini.

mari kita berjiwangan di pagi hari.

hatiku telah pergi. bagai kaca di hempas ke batu? tidak.

macam mana mau bersemuka nanti? aku tak tau. pasti dari hati menjadi tegar, ianya lemah.  aku tak mau.

cukup lah hati. biarkan orang lain menjaga kamu. aku sudah penat.

Tuhan, kuatkan hati ini.

mau tarik selimut dan lupakan dunia buat seketika.

 

Sabah – Girls Just Want to Have Fun – Part 1

Have been planning this trip since June. Akhirnya berjaya mengharungi trip dengan bestnya. Thanks to my dear Ety for being the tour guide. =)

sesuai dengan tema kami.

13 November 2009

Amek niena kat airport early in the morning. Kemudian terus ke office sebab ada hal yang perlu diselesaikan sikit. Then, kami gerak ke Jalan TAR dan Sogo untuk mencari barang Niena. Time beli perfume, ada la sorang pakcik ni tegur niena. Aku dah sense something wrong. Tapi aku diamkan je. Cakap dalam hati je la.

Kemudian, kami cari seluar untuk berenang di sabah nanti. Dalam pada mencari tu, aku terdengar promoter tu cakap sesuatu, aku pandang niena, and niena pandang aku. lantas kami senyum dan niena, “Ko perasan tak? yang pakcik tadi ko perasan gak ke?” aku terus gelak tak ingat. bukan apa, tak sangka apa yang kami pikir memang sama. ingatkan masing2 buat tatau tu makna takde apepe, rupa2 nya masing2 pendamkan je. ish.. tak baik gelakkan orang. huhu..

tak jumpa apa yang dicari, kami terus ke Insaf untuk makan tengah hari. argh.. aku ingat nasi kandar. rupanya beriyani, saya taktau.. tapi ok la, cuma tengok bil, terkedu gak la sebentar.

kami teruskan perjalanan kami ke Midvalley. jumpa apa yang dicari dan terus bergerak pulang untuk bersiap ke airport. sesudah ready, picked up liana and ayu kat ERL dan terus ke LCCT.

jam 9:05. kami sudah menuju ke sabah. yeay~!! tido saja sepanjang perjalanan. tapi sedikit terganggu bila bau megi menusuk hidung. ahh.. dan flight attendant tu sibuk jual perfume plak. buka mata je terus dia offer bau perfume. layankan je. kemudian sambung tido terus. jam 12 tgh malam tiba di sabah. excited!

dragged our legs turun kapal terbang dan jalan penuh longlai ke balai ketibaan dan disambut oleh Ety. ingatkan nak makan kat Tanjung Aru, tapi dah tutup. singgah ke kedai beli megi dan terus pulang ke hotel dan celeb birthday Liana awal 12 hari dengan kek secret recipe. =) mata masing2 dah kuyu je. kemudian tido dan menunggu esok tiba untuk ke pulau. suka!

Spa-Q-ing and Makan-ing

Selepas acara dinner Dura malam semalamnya, keesokannya kami berspa-q ing untuk menemani cik adura kita sebagai salah satu yang tercatat dalam “what-to-do” list dia.

Pada asalnya, aku nak buat sekali, tapi lepas dikira campur bahagi darab semua, kewangan aku tidak kukuh bulan ini disebabkan telah bayar insurans kereta dan banyak lagi. Jadi aku bersama Mek melepak sambil melayan Gossip Girl dan Project Runway. Sampai tertido aku disebabkan kenyang menelan nasi kandar dan KFC. uh..hebat bukan. sampai perut buncit macam orang pregnant. haa..tidak suka!

Lepas mereka selesai, kami bergambar semua. Time ni baru aku realized betapa tidak cantiknya perut aku.

gambar yang kaver perot aku.. :p

tatau apa yang relevannya gambar ini. tapi ini ketika pencarian makan kami..

Kemudian, kami gerak ke Jalan TAR untuk menukar sejadah dura sebelum bergerak mencari makan malam. Akhirnya tibalah ke destinasi makan malam kami. Station 21 (ok, aku tak ingat no berapa sbnarnye) di Bangsar. Western. Sedap dan berbaloi-baloi.

mouth watering kan? setiap satu menu di atas RM9.90 saje..

Ketika kami sedang enak menjamu selera, tetiba Nana baru perasan yang berkodi2 miss calls dari Amy dan Lynda bertanyakan di mana kami kerana bonda dura duk mencari dia. Kebetulan fon dura dan aku masing2 off. dan tunangan dura pula tak dapat dihubungi. Tu la, makan sedap sangat dah tak dengar bunyi fon.

Selesai makan, kami bergerak pulang ke SD. Esoknya, bangun je dari tidur, nana ajak tengok Pisau Cukur. apa lagi. on saja memandangkan aku pun dah lama tak tengok wayang. kejut mek yang masih diulit mimpi dan bergegas ke Cineleisure.

feveret aku.. ayam panggang..

sambal yang sedap giler

Menjamu makan tengah hari di restoran feveret aku. Waroeng Penyet. ahh.. sayangnya, sup ekor dia tadak. frust sedikit. lepas makan, terus bergegas pulang untuk menonton Nona untuk melihat majlis perkahwinan Puan Lynda kita. tapi sekejap sangat clipnya. sungguh tidak puas hati. ok, aku tak puas hati sebab tak nampak aku. :p tapi time upacara batalkan air semayang, ada gak aku terselit. hohoho… petang sikit, aku bergerak pulang ke rumah. What a weekend! a nice one though. =D

Selamat Ulang Tahun ke-3

Selamat ulang tahun yang ketiga bersama si comel ku..

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun kami bersama.. =)

Alhamdulillah, setakat ni dia tak pernah meragam. Mengikut kata. Disenangi oleh kawan-kawan saya.Saya sayang sangat dia.

Dia hadir pun ketika hidup saya ceria dikalungi bunga-bunga rasa. Dia menambahkan keceriaan hidup aku. Walaupun sekarang bunga-bunga rasa itu sudah layu dan gugur, dia tetap bersama sambil menyanyi lagu-lagu kegemaran saya.

Semoga kami akan bersama lagi untuk tahun2 mendatang. =)

Kami bersama Si Comel saya. yang kaler oren merah itu.. =)

 

Banyaknya

banyaknya aku nak update, tapi malas nak taip. ah, macam aku ramai pembaca. takpe, semuanya untuk kepuasan diri sendiri. sebab aku suka mengarang. =)

semalam aku main badminton dengan opismates aku. penat giler. nasib baik lah mereka main penuh kesopanan dan kesusilaan bila time lawan ngan aku. kalau tak, abes la aku dibuli habis-habisan. story about that nanti la cerita. tunggu gambar dari salah sorang dari mereka. =D

ape lagi ye? oh ye. wiken ni mau pulang ke batu pahat untuk ambil baju-baju yang dah ditempah. dalam 8-9 pasang. ah,,,kopak aku. tu la gatai sangat tempah banyak2. takpe2, raya tahun depan dan depan tak perlu buat lagi dah. hehehe.kelmarin plak mak aku kate nak pi jakel kat BP tu. wahh.. godaan tinggi tu kalo aku jejak kan kaki ke sana. benci!

lagi, memandangkan BP adalah kawasan kuasaan wangers, uhuk uhuk.. aku mengikut perancangan warga BP untuk ke JB, di mana aku suggestkan ke Singapore. ada berani? nana, tolong usahakan misi anda itu. amek half day esok. hahahahaha.. mana mungkin nana buat begitu!

story untuk wedding lynda, nanti la dulu, banyak sangat cerita dan kisahnya. jangan sampai aku teruskan dengan wedding dura sudah. =p speaking of dura. lagi 10 hari dia akan bergelar isteri. dan next week, aku akan mengikut titah perintah dia dalam menjayakan hari bahagia dia. ah..doakan shift pattern aku tidak berubah.

lagi cerita? kerja? ehehehe.. tunggu la bagaimana.

lagi? nanti aku update cerita sabah itu. =)

lagi? dah tak terpikir buat masa ini. nanti apepe aku update saje. =p

That Redang Trip – Part 4

20 July 2009 – Mari pulang..

Selepas subuh, lepak menikmati suasana di pagi terakhir di Redang, bersama zed dan nana.

Time ni, aku ngan nana je gigih berjalan meneroka sedikit Pulau Redang tu.

monkey di depan bilik kami. sehari sebelum tu, masa tengah berehat2 di beranda, nampak pelanduk berlari berkejaran.

Uh..sungguh sedih meninggalkan Redang.. sob..sob..sob..

lunch di Pasar Payang.

Kami bertolak dari Redang ke mainland dalam jam 10 lebih. Sebuah van datang amik kitorang. Biasa la wangers, nyakat habisan abg driver tu.  Makan tengah hari di Pasar Payang sebelum memulakan acara membeli belah.

Memandangkan flight kami malam, kami jalan2 cari tempat tuk lepak. Dan kami singgah di satu kedai makan yang aku pernah makan once time CiBEC dulu.

Nasi minyak yang boleh tahan sedap.

Kemudian, kami teruskan ke Losong untuk apa lagi kalau bukan keropok lekor dan macam2 jenis keropok lagi. Banyak la yang kami borong sampai kena cari kotak tuk packed semua keropok2 itu. Even sampai sekarang, ada lagi keropok keping kat rumah aku. =p

Dah puas beli keropok sampai tak muat bonet kereta, kami gerak ke Pantai Tok Jembal untuk makan sotong goreng tepung dan sewaktunya dengannya sebelum pulang ke KL. Huu.. aku merindui itu semua. Then, sesudah selesai membersihkan diri dan sementara  menunggu flight kami, kami bergila-gilaan di depan lensa kamera. Zed, amat terlebih gula time ni. =p

see? amy melayan je kerenah kami.

banyak lagi aksi2 gila kami. tapi agak tidak sesuai untuk sesiapa berumur 18 tahun ke atas. ha ha ha…

abang pramugara yang peramah dan penuh nasihat.

cik 1: cita-cita aku masa kecik nak jadi pramugari.

abg pramugara terdengar sambil tersenyum

abg pramugara: saya dulu tak terpikir nak jadi pramugara. menyesal tak belajar tinggi2. awak semua belajar la tinggi2. tak payah jadi pramugari. bosan.

(lebih kurang la ayat tu.. =p )

kelihatan seperti student ke kami? hehe..

bye, bye Redang.. bye,bye Terengganu.. =(

Sikit info trip kami ni.

Pakej kami amek ni RM380. itu termasuk tempat tinggal, bot pergi-balik, entry fee to marine park, makan 6 kali sehari =D dan 3 kali snorkeling trip. alat2 snorkeling lain harga. tapi tak mahal sangat nak sewanya. bayar sekali je untuk 3 trip snorkeling tu. murah tak? makan pun sedap. berat aku naik 2kg time trip ni.

kalau nak pergi pulau, bawa la sun block yang elok dan sapu banyak2. kesan kegelapan masih tersisa lagi kat aku ni. huhu…

aku recommend tempat tinggal aku kat redang tu. staff ngan bos dia pon ok. bilik dan surrounding pun ok sebab dia tak terhimpit dengan resort yang lain. tapi, dari segi pertolongan kecemasan, kat pulau tu tak ramai yang mahir. dengar cerita, kat pulau tu pun cuma ada seorang je doktor.

Pesanan untuk semua (dan aku) :

Bersuka ria, bergelak ketawa tapi kena sentiasa beringat. jangan sampai lupa diri.

Semangat Malaysia

Tidak cukup orang lain mencerca dan menghina negara kita, perlu ke rakyat sendiri mencerca dan menghina negara mereka sendiri?

Pada aku, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kenapa sesetengah dari kita tidak pernah bangga menjadi anak Malaysia? Malah mengagungkan negara lain.

Yang khilaf adalah para ahli politik; baik kerajaan atau pembangkang.

Yang rendah mentaliti adalah kita sendiri. Jangan salahkan bumi Malaysia.

Jangan sesekali memanggil Malaysia selain dari namanya. Lagi2 panggilan yang menghina. Cukup orang lain memanggilnya sedemikian, jangan kita sendiri menambahkan luka. Semata-mata ingin kelihatan atau kedengaran cool.

Ludah ke langit, akibatnya jatuh ke muka sendiri. Di mana kita mencari rezeki, sesuap nasi untuk mengisi perut yang kosong, kalau bukan di Malaysia. Kalau bekerja atau belajar di luar negara pun, kita patut bersyukur sebab kita dilahirkan di Malaysia yang bagi aku cukuplah selamat untuk kita bernafas.

Apa lagi kita mahukan? Apa lagi yang kita tidakk berpuas hati? Hina sangat kah Malaysia hingga diperlakukan sedemikian oleh rakyatnya sendiri?

Yang hina bukan Malaysia, tetapi rakyatnya sendiri. Jadi siapa sebenarnya hina?

Lihat dari aspek sukan. Kalau sesiapa yang membawa nama Malaysia dan menentang pasukan lawan dari negara yang lebih gah, pasti hanya sedikit yang percaya akan pasukan Malaysia. Bakinya?

Contoh: Manchester United vs Malaysia. Ramainya penyokong The Red Devils tidak terbilang.  Perlu ke kita sokong Devils? Check dictionary maksudnya.

Please have some faith in them. Ye, kadang-kadang silap pemain atau pasukan itu sendiri, mereka tidak menyerlah. Tapi kita perlu faham, sekurangnya mereka terpilih membawa nama Malaysia sedangkan kita? Hanya melihat dari jauh, dan hanya bijak mengkritik.

Sesiapa pernah membawa nama sekolah, negeri atau negara dalam apa jua agenda, pasti tahu dan pernah merasai perasaan itu. Aku faham.

Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan ialah aku tak puas hati dengan sesetengah rakyat Malaysia yang tak pernah bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Nak jadi rakyat apa lagi? Luaskan ilmu dan pemandangan dan anda tau apa yang terjadi di luar sana. Then, you will appreciate more.