Bau itu…

Aku suka 2 bau pada lelaki..

1) perfume yang nice..not strong. but bau yang soothing.. kalo ada pakwe, aku akan bagi dia perfume yang soothing ini.. hehehe..

2) ini pelik sket..aku suka bau lelaki after dia smoke. tapi certain ciggies je. macam mild seven or dunhill.. bau after smoke ye. bukan time smoke tu, time asap berkepul2 tu..

aku taktau kenapa.tapi aku macam suka.hahaha..pelik2..

Berpoya-poya di Indonesia Part 5

6/5/09

Last day di Indonesia. alhamdullilah, pagi tu dapat makan bubur rumah ebo yang best. lepas breakfast je, kami segera memulakan langkah kami ke Jalan Dago. Menarik nafas penuh semangat untuk meneroka all the factory outlets there.

FYI, aku n Niena berjalan kaki saja sepanjang ekspedisi kami ni. sambil membawa barang2 soping kami. Keluar masuk, keluar masuk. Kami bermula dari Jetset yang paling hampir dengan Rumah Ebo sampai la ke Kartika Sari ni. Kat Kartika Sari ni, kami beli brownies. ada macam2 jenis. sedap ok. my fav is almond brownies. nyum nyum.. tapi kedai ni agak jauh berjalan la dari Rumah Ebo. boleh je nak tahan angkot tapi macam tak berbaloi je. agak penat sebab berat bawak shopping bags. kalau lenggang kangkung, no hal la kot. lagi pulak kami kuar awal.kedai pon baru bukak. hehehe.. and sepanjang Jalan Dago ni terlalu la banyak factory outlets ni. almost semua kami masok, tapi tak semua la kami membeli.ade Victoria, Donatello, grande, to name a few.

IMG_3807

IMG_3825

IMG_3833 on the way balik ke rumah ebo

habis shopping, around 11am camtu. balik rehat2, solat and siap2 tuk check out. flight pulang jam 3 ptg. aku tak tau nak bajet perjalanan ke airport. takot sangkut dalam jem ke ape ke.so around 1 pm kami dah kuar. ada orang tu cakap awal sgt kitorang pi epot. takpe la awal. dari tertinggal flite.lagi haru..

sampai airport dlm 130ptg camtu. letak beg kat depan kaunter. then lepak kat cafe tuk lunch. ingatkan byr apa yang kita makan je, rupanya buffet. so belasah je la ape yang mampu. teh botol tu sorang 2 botol. kol 2 camtu dah start check in beg. kami kena byr extra sebab terlebih. tu la.. baik sgt ikot cakap pekerja tu. huhuh..

lepas dah check in bags tu tunggu lagi kat cafe. around 230 ptg, baru check in kat kastam. drama pon bermula la.

IMG_3860

Kisahnya bermula seperti ini. Kami hulurkan pasport kami pada pegawai imegresen tu. kemudian dia tanya mana kad imigresen yang kami dapat time sampai kat Jakarta hari tu. Sudah gelabah, cek beg semua takde.

Then Niena cakap tertinggal dalam beg yang dah di check in. Pakcik tu terus sruh amek kad tu. Disebabkan beg2 dah diangkut pergi, kami isi kad yang baru. Tapi still tak lepas. Pakcik tu suruh kami masuk dalam pejabat imigresen. Waduh!!

Ketua dia kata pergi je kat kaunter tu,minta permission nak pergi amek barang kat beg kitorang. At last, Niena pun pergi dengan pekerja Air Asia tu and aku tunggu je kat  luar.

Kat tempat mengangkut beg tu pun, bermula drama air mata niena.Ni niena yang cita. btolkan na? mengikut cerita niena, dengan rasa cuak yang amat memandangkan almost time for boarding, dia kena rushed carik bagpack dia di antara timbunan beg2 yang super besar.

pakcik2 kat situ tak tolong pada awalnya just beramah mesra plak. member ni dah panik, trus menitiskan air mata minta pakcik2 tu tolong carikkan beg dia. ha..apa lagi kau. terus semua tolong carikkan. alhamdullillah jumpa juga begnya dan kami lepas di imigresen. pakcik imigresen tu senyum je and nasihat kami lain kali simpan kad tu dengan kami.

nampak sangat baru first time pi luar negara.hohoho..jam 3 lebih kami naik dan sempat bergambar sementara nak berjalan ke kapal terbang. sampai di LCCT around 7pm (MY time). perjalanan just 2 jam lebih tapi sebab pertukaran masa.

itu la cerita kami di Indonesia. pengalaman yang best banget tapi agak penat sebab semuanya buat sendiri. berbeza ketika aku pi ngan mama hari tu. rombongan cik kiah.semua dah diuruskan, senang lenang je.

IMG_3878

Akhirnya, habis gak cerita aku di Indonesia. tahniah tahniah untuk diriku sendiri. Yeay! next story will be on Redang trip with my wangers.

Actually flight aku dari bandung retime dari jam 5ptg  ke jam 12 tgh . mane sempat kan nak soping moping.jadi aku call balik Air asia mintak tuka balik ke jam 5. rupanya flight jam 5 dah takde.dia kasi aku jam 3.ok la tuh..

oh..dan harap maafkan ayat aku yang tunggang terbalik ni yerh.. saya bukan lah penulis hebat..

Kepala Rasa Mau Pecah..

Last nite, kepala aku berdenyut2 tak hengat..

Sakit yang amat. telan 2 panadol. terus tido tanpa makan malam.

Tengah malam, masih sakit, telan lagi panadol. trus lena sampai ke pagi.

Pagi rasa ok tapi tengah hari menjelma, badan menggigil dan keluar dari opis tuk lunch, muka terasa panas sangat. seperti blushing melihat ariel peterpan..hahahaha..

saya sungguh penat menahan gigilan tadi.. mau pulang dan rest..

That Crap Management

arghh.. aku sungguh bengang dengan semua rules yang bagi aku terlalu damn strict.

yeah.. tell me that i’m a whiner. but aku kan memang yang bukan ikut rules sangat dan bukan yang jenis melanggar rules cuma melonggarkan rules.

nak staff datang on time and kalo lambat, reasons such as search for parking is unacceptable. WTH! semua orang pun tau kot parking is a BIG problem at my office. damn them! yeah.. outside parking still available during kitorang sampai for our shift but then you have to pay for them. dah la gaji sikit. keja berlambak, lagi nak kena bayar parking. sedangkan boleh tunggu sikit untuk dapat parking free kot.

lagi nak check CCTV, tag in-out and the attendance tu. kalau camtu baik takyah isi attendance tu. bodoh! takde keja yang lagi faedah kot nak buat dari menda2 bodoh macam ni. padahal kerja2 yang sepatotnya drang buat, tak buat pon. duk pending manjang. all these are craps.

arghhh!!!!!!!

Atas Nama Cinta

Pepagi hari dah jiwang.. huhu..

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

by: Rossa

Not in the Mood for Syarahan

Last wednesday got sms from that guy yang berbunyi seperti ini.

Sombongnya. Tak tegur pun abang.

I replied.

sori. demam la arini. tak prasan.

He replied.

dengan org lain boleh plak senyum. dengan abang mcm nampak hantu.

Wah.. banyak bunyik plak mamat nih. aku dah la takde mood time tu dengan demamnya, dengan takde moodnye.

i replied.

Apa yang abg tak puas hati ni? ye la..lain kali saya senyum la kat abg.

erk.. more like this.

sori sgt. ada apa lagi yang abg tak puas ati dengan saya?

he replied.

takde la..bla bla bla.. dunia ni kecil je.bla bla bla..hidup kita pun tak la lama mana. bla bla bla.

weih! bosan tau. trus aku pejamkan mata.tido tanpa peduli lagi. bengang siot. aku takleh blah, takleh la. jgn paksa aku jadik hipokrit. dem yuh!

Terlalu Banyak

Terlalu banyak entri yang nak kena update. Terlalu banyak wang terpaksa dikeluarkan. Terlalu banyak puasa yang kena ganti. Hah…

Mana entri yang perlu aku publish dulu?

1. Entri terakhir Indonesia – baru suku aku taip.

2. Entri tunang Lynda – perlu lambakan gambar2.

3. Entri pertama Redang – Ini ada beberapa parts.

4. Entri bengang aku pada seseorang – ini next in queue

5. Entri jiwa-jiwa – tiada buat masa ini.

Jadi perlu yang mana dulu? Wait and see ya.

Hari ni aku puase lagi. Kan dah pesan, awal lagi ganti, degil.. dah akhir2 ni baru terkial-kial nak ganti.

Sejak balik dari Redang, aku perasan berat aku dah bertambah. bukan sikit tau. 4 hari, 2 kg naik. Wahh!! Dan 2 orang tegur aku makin berisi. Demmit.

Baju-baju sila la membesar yer, sebab tuan kamu nih makin membesar. sedih.

A day before pegi Redang, cermin mata aku yang lama tu pecah. sebelum ni, 10 kali jatuh tak pecah pon. ni mungkin sebab lense dia tercabut dari frame dan aku dengan mamainya tak realize aku tak pegang lense tu dengan betul. berderai. huhu..alhamdullillah dah ada spare spec. kalo tak, bercontact lense la mak pi Redang.

Itu la akibat kalo tido dengan lasaknya ketika demam yer.

Sekian saja coretan arini. tata~!!

Bila Bertembung Jejaka Hensem

Apa perasaan anda, terbuka je pintu lif, ternampak lelaki handsome yang anda kenal 4 bulan lepas di dalam kelas belajar menyelesaikan masalah?

Apa perasaan anda apabila lelaki tersebut melemparkan senyuman kepada anda dan menegur anda?

Apa perasaan anda bila mengetahui dia masih ingat siapa anda?

Apa perasaan aku?

Berbunga-bunga suka. Hehehehe…

Tapi aku tak ingat nama dia. Dan confirm dia tak ingat nama aku. Tapi cukup dia senyum dan menegur aku yang pendiam ini. Hehehe…

Sebab aku tak sangka dia ingat lagi sebab sesiapa yang kenal aku, tau aku adalah seorang yang tak ramah. Jadi agak sukar untuk seseorang ingat akan aku tambah2 lagi kalau orang itu hot. =)

Sekian terima kaseh..

Ida, handsome kan dia? malangnya tak dapat nak add LCS. Tak ingat nama daa…

Berpoya-poya di Indonesia Part 4

5/5/09

Hari ni, aku harapkan bubur sebagai sarapan kami. Hampa. Kami disajikan ngan nasi ala2 nasi lemak gitu. ok la. tapi sambal, pedas ya amat..org indonesia nye sambal ni, perghh..pedas okeh..

sedang kami menikmati bekfes tu, kak lina (akak forum yang tolong aku ngan trip ni) pon join kami bekfes. smlmnya pun kami dah beramah mesra dengan 1 couple from malaysia yang duk sblah bilik kitorg je. borak2, then kami decided nak pi Toko Tiga naik cab berempat dengan couple tadi.

Sampai kat Toko Tiga, kedainya tak buka lagi. Kedai buka jam 10 pagi dan time tu baru 8 lebih. So, akak ngn abg tu suggested kitorg pi Pasar Baru dulu. aku n Niena pun tahan angkot tuk pi Pasar Baru. memandangkan aku bukannya tau kat mana, ingat2 gitu je rupanya, aku suh Niena bgtau je kat driver angkot tu nak pi Pasar Baru.

Pasar Baru dengan Toko Tiga takde la jauh sgt, ade org kat situ kate dalam 15 min berjalan kaki and kalo naik angkot dalam 1500 rupiah sorang.. tak sanggop la kami nak jalan kaki ye.. ni bukan London, nak jalan.. Naik angkot..segala jalan la dia lalu, dah sampai tu, driver akan cakap ni Pasar Baru sebab kitorang masing2 duk segan nak jerit kiri..kiri.. hehehe..

Tips: nak turun kena jerit kiri..kiri..nanti dia benti la.. and jangan tanya berapa tambang, nnt dia tekan lebih. jadi slalu la tanya orang lain dulu sblm naik yer.

Pengalaman naik angkot. Besh..hehee..kalo ari2 sangap la kan.. but once in awhile..quite syok.dah sampai kat Pasar Baru tu around 9am. kedai2 baru nak buka, so kami berjalan lenggang kangkung mak limah je dalam tu. amek mood soping. aku beli jersey man u tuk adik sbb dia pesan. then, kuar masuk kedai2 kain,telekung sume.

IMG_3774

IMG_3773

Around 10am, semua kedai dah buka, crowd dh ramai sket, soping mood dah ade, kami pun membeli belah..aku kagum btol la org keja jual kain tu..sabar layan kitorg..kami dalam pasar baru sampai dia nak tutup around 5pm.keluar tuk amek cab. tak sedar pon bile mase hujan. otw nak kuar tu, byk la peniaga jalanan nak jual bag besar tu..tak pandang dah sbb kedai kain kami borong tu dah kasik kami beg besar 3 lagi tau..hehehe..

masuk2 cab, pak driver tu bukan main ramahnya..rimas gak aku dibuatnya lagi2 kalo dia cakap camni.. owh dari malaysie ye. dah lame ke? wahh.. semua nak taruk “e” kat blakang tu. singgah kat GMC, ni money changer. aku ingat macam money changer kat malaysia, just bgtau nak bape tuka,trus kira duit kasi tuka, tapi ni macam bank. kena amek nombor, tunggu turn, pi kaunter, tanya nak tuka brape,duit ape. then tunggu lagi, baru dia kasi duit..bagi aku, nampak sistematik,tapi agak leceh la. meter teksi berjalan je.

dah tu kami igt nak balik rumah ebo je tapi pak driver tu rajin la plak cakap dia nk bawak pi Toko Tiga. dah alang2 kan. konon nk rembat levis tapi sume cam tak menarik. aku beli tshirt tuk adik2 dan ayah aku je. malas nk lama2 sbb meter berjalan ye. kami trus balik lps tu. tak larat sudah. around 6pm smpai rumah ebo. charge cab tak igt la tp aku rase cam ok la.

P5050237

ni la hasil belian kami

lepak2 di bilik sampai maghrib. lepas solat, kami keluar cari makan. sebelum tu, kami berjalan kaki ke jalan besar which is Jalan Dago. kat sini la terletaknya deretan factory outlets ye. best best. memandangkan jam pon dah kol 8pm, so tak ramai sangat orang dalam kedai2 tu. kadang2 tu, aku ngan niena je ade. tapi blasah aje..sempat la rembat sikit. dan kat Grande, aku beli perfume tuk aku dan adik2 aku. perfume imitate harga rm17 je sebotol.hehehe..bau tak tahan la.tapi ok la kalo kejap2 je.

IMG_3776

depan salah satu factory outlet di Jalan Dago

dah agak2 kedai nak tutup tu, kami pun jalan ke arah rumah ebo sebab kat situ ade kedai makan. kami pun pilih Ngopi Doeloe. aku mkn lasagna. ok la.tapi portion sikit and harga dia sesuai tuk portionnye yang sikit.hehehe.time ni duit dah nazak, jadi makan pon berjimat.hehehe..dah kenyang, kami pon berjalan pulang. senyum2 dgn pekerja rumah ebo yang ade sorg tu mmg nice mcm him gak..

IMG_3780

P5050238

IMG_3799

tudung Niena beli kat Jakarta..Ngerlip gitew..

IMG_3789

di porch Rumah Ebo

IMG_3790

hallway

masok bilik dan bobom..

to be continued…