3/5/09
Hari kedua kami di Jakarta. Aku tidur dengan nyenyak sekali, kesian kat Niena la, tidur tak berapa nak nyenyak. Tak mesra lagi kot. huhu..
Kami bangun seawal jam 6. Bersiap dan turun breakfast pada jam 7. Since aku mendapat maklumat yang Pasar Tebet dan Pasar Mayestik (our next destinations) ni buka seawal 6:30am, jadi kami pun seawal mungkin bangun. Untuk pengetahuan, jam 6:30 pagi di sini bersamaan dengan jam 7:30am di Malaysia ya.
Mendapatkan bantuan pakcik satpam tuk menahan taksi untuk kami. Aku dah bilang Pasar Tebet Barat ya pak. Dibawa jugak ke Pasar Tebet Timur. Aku jugak yang bagitau ada satu lagi PT nih. Aihs..Sampai sana kene charge dalam 30krp sebab tersesat sket tadi. Sampai2 kedai tak buka lagi, tanya orang2 kat situ. kata kedai kad kawen bukak jam 10 pagi. Wah.. Time tu belom pun jam 8. Seksa nak menunggu tu. Kalau ada kedai kopi tuk lepak bleh la jugak. Setelah berbincang dengan Niena, tanpa membuang masa, kami ke Pasar Mayestik. Dari PT ke PM dalam 25krp-30krp. Sama jugak keadaannya. Kedai2 tekstil hanya akan dibuka jam 10. Jam baru menunjukkan sekitar 8:30 pagi. Kami dengan mata kuyupnya, decided tuk balik hotel je dan pergi semula ke PT jam 10 nanti.
Sekitar jam 9:45pagi, kami bertolak ke PT. Alhamdullillah. buka jugak kedai2 tu. Terdapat pelbagai reka bentuk kad kawen di sini. Ni bukan untuk aku ye. Aku cuma menemani. Aku taktau nak kata mahal atau murah, tapi kira murah kot sebab haritu aku tengok kat Metro Kajang, size dan kuantiti yang sama cuma yang di Kajang kaver kad biasa tu dan di sini kaver yang keras tu, harga nya beza hanya dalam 60 sen. Itu tukaran semasa ya. Kalau time tukaran tu rupiah rendah, maka akan lagi murah la. Aku turut teruja melihat kad2 kawen tu. Giliran aku jangan ditanya ye.hehehe…
Setelah setengah jam mensurvey di situ, kami terus pulang ke hotel untuk checked out. Kami simpankan beg2 kami di kaunter receptionist dan terus ke TA untuk second round. Nampak bajaj lalu depan kami, nampak cam baru je, trus aku n niena naik.
driver bajaj
Di Blok F, aku beli sepsg kebaya dan sepsg kurung. Harga tak sampai RM70 untuk sepasang tu. Murah tak? Kendian, kami terus ke Blok A untuk membeli lagi.
abaikan kehadiran aku dlm gambar..
Penat soping, kami sempat makan kat foodcourt TA tu. Ada macam2 pilihan, tapi sebab nak cepat dan malas nak pusing2 dah, kami beli ni je. Nasi timbel, ayam panggang. Foodcourt dia more or less macam foodcourt Midvalley je.
Jam menunjukkan pukul 2pm, kami terus bergegas keluar. Alih2 keluar ikut Blok A.dah malas nak patah balik ke Blok F, kami terus naik teksi kat depan TA ni. Memandangkan teksi ni taktau mana hotel kami, aku lah yang dengan yakinnya tunjuk jalan. Rupa-rupanya jalan tu patah balik ke Blok F. Patutnya kitorang turun je kat situ dan jalan kaki balik hotel memandangkan area situ amat la slow moving kereta2 nya. Tapi disebabkan rasa malas tuk berjalan mengheret barangan belian, kami terlepas ketapi jam 2:45pm. Geram pada driver teksi. Geram pada kesesakan lalu lintas. Geram pada diri sendiri sebab hesitated.
Sampai di Hotel kami around 2:30pm, mana sempat nak kejar tren kol 2:45. Terus aku dah redha je. Sampai stesen Gambir, keretapi pun dah lepas.Akhirnya kami beli tiket jam 4 keretapi Parahyangan. Eksekutif class. Sementara nak tunggu jam 4, aku dan Niena makan lagi kat cafe.
Soto nasi dan tempe goreng. Tempe goreng dia bes. Soto tak macam soto kita.
Tetiba aku terpikir nak pegi snappy2 kat Monas. Monas seblah je ngan stesen ni. Tapi sebab masa kami sampai tadi, ada porter yang tolong angkat brg dan dia sruh kami tunggu dia kol 3:30 kat situ. Terlepas la kami nak menggedik2 amek gambar kat Monas. 3:30pm, porter datang angkat barang kami ke tempat menunggu ketapi. Kami melilau2 cari tempat duduk kosong. Tak larat dah nak berdiri je. Akhirnya ada gak seat kosong sebelah cowok ganteng. Hehehe..
beg2 kami yang penuh.ni baru jakarta.huhu..
pemandangan jakarta.ni macam ada pasar kat tepi jalan.
Sementara tunggu tren tiba, kami snap2 kami di keliling kami. Tepat jam 4, ketapi pun sampai. Porter kami pun angkutkan beg2 kami masuk tren. Tips jangan lupa donk. Aku kagum tengok, drang just pusingkan seats dalam ketapi tu ke blakang.sebabnya, ketapi tu akan patah balik ke Bandung. Keadaan tren tu ok la untuk aku yang tak berapa kisah ni. Tapi yang potongnya, seats kami dekat ngan toilet. Sungguh tidak suka! Manela tau kan.Bukan boleh pilih2 seat. Setiap seat ade bantal kecik, memang aku takkan guna la kan, berkedal semacam je. Kami jugak diberi free mineral water dan bun. Boleh juga nak order makanan atau minuman yang lainnya.
Perjalanan ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pemandangan memang menarik malangnya jam 6 sudah gelap, ditambah lagi dengan hujan. Jadi tak nampak apa2. Last2 aku ngan Niena tidur je. Jadi dinasihatkan sesiapa nak naik tren Jakarta-Bandung untuk lihat pemandangan, amek la tren awal sket eh. Dah gelap tak nampak ape dah. Perjalanan mengambil masa 3 jam sebab tren ni stop kat 2,3 stesen gak la. Kalau perjalanan melalui jalan raya, kalau tak macet hanya 2 jam sahaja. Kalau macet, paham2 la ek beberapa jam pon boleh.
Sampai di Bandung, kami tak gunakan porter. Kami tarik sendri je. Tapi bila pikir2, patut bagi je drang tarikkan. Berapa sgt la tips kat sana tu. Tak macam sini. Sampai di pintu Stesen KA, Bandung tu ramai la ulat2 suh naik kereta drang. Dengan kami yang takleh call outnya, dan aku terlupa alamat Rumah Ebo, aku suh Niena carikkan pulsa @topup untuk XL sebab aritu dia beli XL. Aku boleh la sms Pak Sanny, orang yang handlekan transport kami di Bandung ni. Lama dia tak reply, last2 kitorang amek je supir2 yang ada tu. Dah la kitorang salah sebut Ebo tu as E-bo bukan AE-bo. Nak marahkan kitorang plak. Ishh..
Lepas tu, supir yang hantar kami tu bukannya tau pun kat mana even kawan dia dah bagitau hantar kami ke Jalan Imam Bonjol. Aish.. akhirnya kami sampai di Rumah Ebo tu dan bayar pakcik tu 50krp. Mahal okeh. patutnya 30krp je. Tapi sebab taktau dan malas nak nego, bayar je la. Checked in dan berehat di kamar. Cape’ banget. Aku malas nak kuar makan tapi terasa nak berjalan2.Ye la, jam baru menunjukkan angka 8. Tapi sebab aku betul2 tak larat.Kami tidur je.
To be continued again…













