18 December 2008
Hari terakhir kami di Indonesia. Malas sungguh aku nak bangun sebab syok amat tido atas katil yang besar.. hehe.. bayangkan la, nak naik katil tu kena panjat bangku baru bleh naik. tp aku takyah bangku pon bleh naik, tapi agak susah gak la.
pepagi tu, mama dah siap and dia turun la bawah nak jalan2, yg family tour guide aku ni tak bangun lagi, drang semua berhimpun kat ruang tamu tu. lepas mandi siap2 semua, turun bawah tuk jalan2 tengok pemandangan dan capture scenery depan mata.

Pembantu2 tour guide aku tengah mancing di pagi hari.



lepas breakfast, kami semua bertolak ke kota Bogor. Sampai di Kebun RayaBogor. Ni bukan taman bunga yang banyak pokok bunga tu ek. Ni macam taman yang teramat la besar, yang ada tasik, ade muzium kecik dan istana Presiden.


ni jamboree pengakap budak2 sekolah
Before kitorang masuk situ, sempat jalan kat satu pasar ni, tatau nama apa. Tak menarik sangat. Banyak kain ela je. Takde beli apepe pon. Lepas tu kumpul balik depan gate kebun raya tu untuk masuk dalam. Before tu sempat la makan Es Duren. (ais krim durian). Best giler. Ada isi durian dalam aiskrim tu. Pergh..and murah je. Even bukan aku yang byr. Jadi aku tatau brape. Es duren ni dijual kat tepi2 jalan tu je. So, kalau perut sensitip, kena tanggung risiko la kan pegi toilet. Alhamdullillah, perut aku orait je.

layan es duren.seriously sedap!
Masuk tu kena menapak dalam kebun bunga tu. Menarik tapi penat giler la ko nak jalan kan sebab kawasan dia besar amat. Mula2 pegi ke Muzium Geologi. Tak menarik pun. Then kitorang had our lunch by the lake and facing the istana Presiden. Kat lake tu ade jambatan,Pak Kececer cakap kalau orang single lalu jambatan tu, dia akan ketemu jodoh. Tapi kalau orang yang dah berpunya akan berpisah. Itu cuma cerita2 saje. Kalau jadi itu kuasa Tuhan kan.

istana presiden

nilah jambatan tu
Lunch tu aku takley go dah. makan sikit je dah tak lalu. Sebab hari2 makan makanan yang sama. Kering je. Dah tak lalu tekak. Lepas tu, aku pun bertegur sapa la ngan salah sorg pembantuPak Asep ni. Tanya umur la, kerja apa la. And sempat snap satu gambar ngn dia. Tapi aku lupa plak nak tye nama. Hahaha.. Masa aku ajak berfoto tu, sempat plak tanya adik aku boleh ke. adeh.. itu kan adek gwe. gak perlu minta kebenaran donk.

aku ngan salah sorg pembantu Pak asep. Teka la umo dan kerja ape?
Lepas dah naik bas, last stop kami before pi airport was Pasar Kebon Kembang. Luaran tak menarik. Tapi kat dalam not bad la kedai2 dia. Tak sehebat Pasar Baru Bandung tapi still kalau pandai cari, ada gak yang menarik. Aku rembat satu kebaya siap jahit. Murah je. 165krp = around rm56. haahahha.. cantek pon cantek. kira berbaloi la. patot aku rembat lagi kan. tapi satu pikir duit kalo kena tax kat airport nanti. duit msia pon tade nk tuka. tak lupa gak beli kemeja tuk papa ngan angah.

beca menunggu penumpang di depan pasar. tak ingat kat indonesia panggil ape.
then berkumpul, kaki aku dah lenguh2, rase nak cangkung je tepi tu. selamba.tapi cam tak sesuai plak.dengan lecaknye sbb kat bogor ni slalu hujan. nama pun kota hujan. semua dah ada, terpaksa menapak jauh tuk pi ke bas sebab bas takley nk park dkt ngn pasar tu. cape’!!
then off we went straight to Jakarta airport.kat situ igt nak borak2 ngn pembantu2 pak asep tu tapi segan gila. hahaha.. last2 suh drang snapkan gmbr kami ngan ibu Nur and Pak Kececer je. Around 7 something, kami pon boarding.

yang tgh tu la Ibu Nur.Umur 27 dah ade org anak. yg pakai jersi Arsenal tu la Pak Kececer.muda lagi, 30+

Dalam kol 10 lebih, sampai di LCCT. Wahh.. it’s good to be back. But at the same time, it’s sad to leave Indonesia. (sebab aku tak puas shopping). hehee..itu sahaja.

akhirnya tamat entri pasal indonesia’s trip ni. nanti aku buat 1 entri just gambar2 sepanjang di sana. Jom Penang pulak!