Menjejakkan kaki di tanah Jawa Barat (Part 1)

Ingat lagi kan my previous post yang aku rushed back home after meronda2 kat the Curve tu. Bukan ape, sbb nya 15th tu sudah ade plan. Dan ini la plan aku. =)

At last keinginan aku ke Bandung tercapai. Tujuan aku ke sana adalah:

1) Sight seeing – checked

2) Shopping – half checked

15 Disember 2008.

Actually entry ni dh lama aku draftkan. Konon2 nak mengolah kata cam Zahiril tu. Oh ya, aku lupa plak aku bukan jiwa seni total jadi macam tak masok dan tak menarik je kata2 aku. Jadi aku edit balik dan bahasa pasar jadi pilihan. Sonang!

Flight kitorg kol 7, so ketua rombongan ni dah suh kitorg kumpul kat depan Mcd kat LCCT tu jam 5. Jadi agak2 la kami bangun kol bape ek. Tunggu punya tunggu dah lebih kol 5 baru la agent kami, Kak Ani sampai.

Sementara tunggu gate open,aku usha perfume kat duty free tapi bagi aku harga sama je macam kat Parkson tu. Last2 aku beli coklat hershey’s tu je. Dalam flight, sbb kami lom bekfes lagi, aku order sandwich je, tu pun kongsi ngn adik. Rasa excited semacam je. Maybe this is my first time going oversea and also menjejakkan kaki ke tanah asal-usul Allahyarham datuk aku.

Sampai di Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta around 9. Keluar je dari pintu balai ketibaan tu, kami disambut oleh Pak Usip, Tour Guide kami kat sana. Bergambar sikit2 sebelum naik bas untuk pergi ke destinasi pertama kami. Tmn Mini Indonesia Indah. Masa nak naik bas tu, kami disambut this one man yang ada misai pjg and kelihatan tua. Tp lepas ditelek2 tengok rambut dia takde uban pon. And misai dia nampak fake. All the way to TMII, this guy, (aku tak dpt nama penuh dia-tp aku rasa nama betul dia Ariffin) tp drang panggil Pak Kececer, bercerita pasal Indonesia sikit2.

Dan sepanjang masa itu jugak la, drang pasang karaoke dangdut. Waduh, pening banget kepala gwe nih!

Sampai di TMII after about an hour later. Diberi masa sejam je, memandangkan kena rushing tuk check-in di Garut. Sebab sejam je, bley buat ape je kan memandangkan Taman Mini tu besar amat. TMII lebih kurang macam Taman Mini Malaysia, cuma kat sini ada kereta kabel. Jadinya, aku,mama and adik naik kereta kabel je tuk tak habiskan masa kat situ dengan sia-sia sbb kalau naik mende alah tu cuma amek masa 15 menit aja. Tiket tuk naik kereta kabel ni adalah dalam 20k rupiah seorang, lebih kurang RM6.

Pemandangan dari atas memang nice. Teringin nak bergambar kat model2 rumah tu tapi ya iyalah, masanya nggak mencukupi koq. Huhu.. turun je dari kereta kabel tu, kami rushing tuk amek gambar kat mana2 kawasan yang menarik. Kami sempat amek gambar kat area rumah Bali je.

tmii-copy1

After an hour, kami bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Garut. Never heard about it? Aku pun tak pernah. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5 jam. Jauh banget donk. Jadinya amek gambar pemandangan perjalanan kami dr dalam bas je. Before ni kan asyik lagu dangdut je yang dimainkan, tapi akhir2 nya drang pasang la lagu2 selain dari dangdut. Dan sedang aku terlena tu, aku dengar familiar voice. Bukak mata aku lihat, ye.. pacar imaginasi ku itu.

pc150122-copy2

Berenti for lunch kat kawasan rehat dia mcm R&R kita ni, tapi drang ade Starbuck, drive thru lagi. Toilet drang sekali masok harganya 1k rupiah bersamaan 35 sen Malaysia. Dan jangan harap la ada paip getah atau flush tu. Kebanyakan guna cebok ngan baldi tu je.

Sebelum sampai di Garut, kami lalu area Bandung. Hujan dah renyai2 turun. Ingatkan nak beli sim card sana, memandangkan aku baru tau kalau org  dr malaysia call, credit kita pun dimakannya. Tapi sbb ramai org sibuk2 nak beli sim card tu and mcm lama je org tu nak setting seme2 tu, cancel nk beli. Singgah kedai sebelah tgk mama beli dodol yg berwarna warni (dodol Garut)yang harganya sekilo 15k rupiah, lebih kurang RM5. Dekat depan kedai jual dodol tu, sepanjang jalan tu banyak gerai yang jual tauhu goreng. Namanya Tahu Semedang. Tahu kecil2 digoreng. Then makan cam tu je. Luar kenyal tapi dalam dia lembut je. Makan dengan cili padi. Tak sanggup aku nak makan walaupun aku suka pedas. Huhu..

Dah masuk kawasan Garut tu, 5 minit dari hotel, kami berenti lagi kat kawasan kerajinan kulit. maksodnya, kawasan org2 jual barang2 yang dibuat dari kulit domba @ kambing.  ada satu jaket pink menarik perhatian aku. tapi nak pakainya bila ntah. bukannya ada motor dan malaysia panas. tempat yang aku pegi ni semuanya sejuk macam cameron highlands tu. so, hotel2 yang aku duduk tu tade kipas apa lagi aircond.

dah selesai semua tu, semua gerak ke hotel and check in. aku duk sebilik ngan kawan mama, cikgu mizan sementara mama duk ngan adik. hotelnya nama Hotel Augusta, Garut. Tak ingat brape rate dia smlm coz semuanya dah termasuk dlm pakej kitorg tu.

Lepas berehat2 kejap dan solat, around 7pm kami keluar makan di Restoran Cibiuk. Sebelum pergi ke restoran tu, kitorang dibawa pusing2 pekan kecil Garut. Tiba-tiba ternampak kedai refill perfume. Dah aim baik punya. Tapi sebab takde parking, bus tu duk pusing2 cari parking, last2 aku pun tatau dah kedai tu katne. Lepas dah parked bus, kitorang turun jenjalan kat kedai2 dekat2 situ je. Tak beli apepe pun, cuma mama beli rambutan je.

Then about an hour later, kami gerak ke restoran Sunda. Dah namanya restoran masakan Sunda kan so kami makan makanan Sunda dan masing2 diberi sorang try Bandrek. Restoran tu nice amat tapi bila amek gambar tak berapa nampak sgt sbb gelap. Air tu aku minum sikit je. Bau nya pon nggak lalu apa lagi mau diminumnya. Pergh.. rasanya macam2. Ada serbuk lada hitam agaknya. Sesuai untuk orang yang tgh pantang bersalin. Panas je perut. Tapi pergi makan mana2 pun, teh tawar ala2 chinese tea tetap ada tau. Kira macam kalau kat sini kasi air kosong la.

dinner1-copy1

Kemudian, selesai makan kami gerak pulang hotel. Lepas dah mandi2 tu, before dpt lelapkan mata tu, aku bukak la tv. Layan Trans TV, sbb stesen ni slalu ade psl nyanyi2 ni. Lucky me! Peterpan tgh performed. Apa lagi, menjamu mata aku tgk si Ariel itu. Heee..

Okie. Next daynya sambung kendian yer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s