Sepintas Lalu

Memang payah betul aku nak habiskan entri pasal trip Indonesia tu eh. =p

Takpe2. Akan dihabiskan juga nanti. Entri ini cuma sebagai selingan rasa hati aku.

Pernah tak rasa menyesal menyokong seseorang atau sesebuah organisasi?

Aku menyesal dengan sokongan aku ketika Piliharan Raya lepas. Tunduk sangat pada “kawan” dia yang 2 lagi tu. Tapi orang yang aku vote tu tak menang pun masa pilihan raya baru ni. Takpe la tu.

Cuma tadi masa makan, berita ada tunjuk keadaan semasa persidangan kat Parlimen sepanjang tahun ni kan. Yang baru menang nak tunjuk gah, yang makin menyusut bilangan ahlinya terdesak mempertahankan diri.

Bagi aku drang semuanya sampah. Tugas drang kat sana tuk memperjuangkan hak rakyat, menjadikan negara lebih baik. Ini tak, duk gaduh cam tak berpelajaran sebab tersentuh dengan kata2  pihak yang bertentangan. Pihak ni kata itu, pihak tu kata ni.

Masing2 dah la dah tua, perangai nak tunjuk jaguh. Reti2 la korang tu bawak mandat rakyat. Rakyat taknak tgk korang asyik terpekik terlolong macam binatang bergaduh. Allah dah kurniakan otak tu pakailah. Tak pernah dengar ke kata2 tu lebih tajam dari mata pedang. Gunakan lah kata2 berhemah yang boleh menusuk ke dalam hati. Kalau terjerit terlolong, ingat orang dengar ke apa korang cakap tu. Tak mungkin.

Ada lagi aku tak puas hati tapi malas la. Cuma bagi aku drang ni patut sedar sket. Drang terhegeh2 nak jadi pemimpin tetapi diri sendiri tak terpimpin. Apa lagi nak memimpin rakyat. Sedar lah sikit. Jangan esok lusa kena baling kasut sudah!

Akukan Dah Cakap.

Aku kan dah cakap aku nak kuew tiaw basah dan pedas. Aku dah tekankan dah apa yang aku nak. Sampai2 je makanan aku, aku tengok tak menepati pesanan aku. Ni dah kali keberapa aku kena camni. Banyak kali aku sabar dan aku terima je. Kali ni tak boleh jadi. Terus aku panggil akak tu suh dia buat macam yang aku pesan tadi. Dengan masam mencuka dia bawak makanan aku pergi.

Aku pesan bukannya susah. Bukannya aku cakap, cili kena byk ni, kicap 2 sudu je ke, garam berapa cubit. Aku tak suruh macam tu. Aku pesan yang memang jelas boleh buat kan. Itu pun tak boleh buat. Lepas tu, bila cakap makanan tu tak sama apa yang dipesan, nak tarik muncung sedepa. Aku ikat kang muncung tu jadi muncung itik baru tau.

Aku tak suka betul pegi kedai makan tu. Tapi nak buat camna, itu kedai melayu yang dekat yang still bukak lagi. Meluat aku tengok pekerja2 dia, muncung panjangnya sedepa. Bila pesan nak keropok, buat muka seposen. Amboih!

Nak tau kedai mana? Kedai kat sblah sekolah dengkil tu. Siap nampak tikus berlari2 anak kat tempat org2 makan tu. Patut aku jerit, “Tikus!”. Biaq suma orang tau.

Geram aku ngan orang2 macam ni. Boleh tak at least senyum sikit ke, cakap sopan sikit ke. Ni kalau lambat aku nak cakap apa aku nak, dah tarik muka 14 kaki tu. Tadi masa duk sapu sampah tu pun, sampai nak sapu kaki aku skali. Takde adab langsong. Sama je ngan yang duk sapu2 kat terminal tu. Macam ngan kaki2 aku nak disapunya. Aku bagi penyapu baru tau.

Yang kat terminal tu, bukannya aku lalu kat tempat dia menyapu. Aku sedang elok duk makan tu, boleh la plak nak sapu bawah meja aku la, mop la. Kat situ je dia nk sapu, kat kawasan lain taknak plak.Nak tarik perhatian laki2 yang kat meja aku tu la. Amek la eh. Tak koser mak!

Tak suka orang2 kerja yang macam ni fiil nya. Tak seswai. Tak suka kerja ngan orang, kerja ngn mesin. Boleh la nak tarik muka 20 kaki pun.

Sesi melepaskan geram neh!! Skang ni aku kesakitan keperutan. Taktau la sbb makan kat kenduri2 tadi atau kat kedai makan tu. Adeih la!!

Menjejakkan kaki di tanah Jawa Barat (Part 1)

Ingat lagi kan my previous post yang aku rushed back home after meronda2 kat the Curve tu. Bukan ape, sbb nya 15th tu sudah ade plan. Dan ini la plan aku. =)

At last keinginan aku ke Bandung tercapai. Tujuan aku ke sana adalah:

1) Sight seeing – checked

2) Shopping – half checked

15 Disember 2008.

Actually entry ni dh lama aku draftkan. Konon2 nak mengolah kata cam Zahiril tu. Oh ya, aku lupa plak aku bukan jiwa seni total jadi macam tak masok dan tak menarik je kata2 aku. Jadi aku edit balik dan bahasa pasar jadi pilihan. Sonang!

Flight kitorg kol 7, so ketua rombongan ni dah suh kitorg kumpul kat depan Mcd kat LCCT tu jam 5. Jadi agak2 la kami bangun kol bape ek. Tunggu punya tunggu dah lebih kol 5 baru la agent kami, Kak Ani sampai.

Sementara tunggu gate open,aku usha perfume kat duty free tapi bagi aku harga sama je macam kat Parkson tu. Last2 aku beli coklat hershey’s tu je. Dalam flight, sbb kami lom bekfes lagi, aku order sandwich je, tu pun kongsi ngn adik. Rasa excited semacam je. Maybe this is my first time going oversea and also menjejakkan kaki ke tanah asal-usul Allahyarham datuk aku.

Sampai di Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta around 9. Keluar je dari pintu balai ketibaan tu, kami disambut oleh Pak Usip, Tour Guide kami kat sana. Bergambar sikit2 sebelum naik bas untuk pergi ke destinasi pertama kami. Tmn Mini Indonesia Indah. Masa nak naik bas tu, kami disambut this one man yang ada misai pjg and kelihatan tua. Tp lepas ditelek2 tengok rambut dia takde uban pon. And misai dia nampak fake. All the way to TMII, this guy, (aku tak dpt nama penuh dia-tp aku rasa nama betul dia Ariffin) tp drang panggil Pak Kececer, bercerita pasal Indonesia sikit2.

Dan sepanjang masa itu jugak la, drang pasang karaoke dangdut. Waduh, pening banget kepala gwe nih!

Sampai di TMII after about an hour later. Diberi masa sejam je, memandangkan kena rushing tuk check-in di Garut. Sebab sejam je, bley buat ape je kan memandangkan Taman Mini tu besar amat. TMII lebih kurang macam Taman Mini Malaysia, cuma kat sini ada kereta kabel. Jadinya, aku,mama and adik naik kereta kabel je tuk tak habiskan masa kat situ dengan sia-sia sbb kalau naik mende alah tu cuma amek masa 15 menit aja. Tiket tuk naik kereta kabel ni adalah dalam 20k rupiah seorang, lebih kurang RM6.

Pemandangan dari atas memang nice. Teringin nak bergambar kat model2 rumah tu tapi ya iyalah, masanya nggak mencukupi koq. Huhu.. turun je dari kereta kabel tu, kami rushing tuk amek gambar kat mana2 kawasan yang menarik. Kami sempat amek gambar kat area rumah Bali je.

tmii-copy1

After an hour, kami bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Garut. Never heard about it? Aku pun tak pernah. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5 jam. Jauh banget donk. Jadinya amek gambar pemandangan perjalanan kami dr dalam bas je. Before ni kan asyik lagu dangdut je yang dimainkan, tapi akhir2 nya drang pasang la lagu2 selain dari dangdut. Dan sedang aku terlena tu, aku dengar familiar voice. Bukak mata aku lihat, ye.. pacar imaginasi ku itu.

pc150122-copy2

Berenti for lunch kat kawasan rehat dia mcm R&R kita ni, tapi drang ade Starbuck, drive thru lagi. Toilet drang sekali masok harganya 1k rupiah bersamaan 35 sen Malaysia. Dan jangan harap la ada paip getah atau flush tu. Kebanyakan guna cebok ngan baldi tu je.

Sebelum sampai di Garut, kami lalu area Bandung. Hujan dah renyai2 turun. Ingatkan nak beli sim card sana, memandangkan aku baru tau kalau org  dr malaysia call, credit kita pun dimakannya. Tapi sbb ramai org sibuk2 nak beli sim card tu and mcm lama je org tu nak setting seme2 tu, cancel nk beli. Singgah kedai sebelah tgk mama beli dodol yg berwarna warni (dodol Garut)yang harganya sekilo 15k rupiah, lebih kurang RM5. Dekat depan kedai jual dodol tu, sepanjang jalan tu banyak gerai yang jual tauhu goreng. Namanya Tahu Semedang. Tahu kecil2 digoreng. Then makan cam tu je. Luar kenyal tapi dalam dia lembut je. Makan dengan cili padi. Tak sanggup aku nak makan walaupun aku suka pedas. Huhu..

Dah masuk kawasan Garut tu, 5 minit dari hotel, kami berenti lagi kat kawasan kerajinan kulit. maksodnya, kawasan org2 jual barang2 yang dibuat dari kulit domba @ kambing.  ada satu jaket pink menarik perhatian aku. tapi nak pakainya bila ntah. bukannya ada motor dan malaysia panas. tempat yang aku pegi ni semuanya sejuk macam cameron highlands tu. so, hotel2 yang aku duduk tu tade kipas apa lagi aircond.

dah selesai semua tu, semua gerak ke hotel and check in. aku duk sebilik ngan kawan mama, cikgu mizan sementara mama duk ngan adik. hotelnya nama Hotel Augusta, Garut. Tak ingat brape rate dia smlm coz semuanya dah termasuk dlm pakej kitorg tu.

Lepas berehat2 kejap dan solat, around 7pm kami keluar makan di Restoran Cibiuk. Sebelum pergi ke restoran tu, kitorang dibawa pusing2 pekan kecil Garut. Tiba-tiba ternampak kedai refill perfume. Dah aim baik punya. Tapi sebab takde parking, bus tu duk pusing2 cari parking, last2 aku pun tatau dah kedai tu katne. Lepas dah parked bus, kitorang turun jenjalan kat kedai2 dekat2 situ je. Tak beli apepe pun, cuma mama beli rambutan je.

Then about an hour later, kami gerak ke restoran Sunda. Dah namanya restoran masakan Sunda kan so kami makan makanan Sunda dan masing2 diberi sorang try Bandrek. Restoran tu nice amat tapi bila amek gambar tak berapa nampak sgt sbb gelap. Air tu aku minum sikit je. Bau nya pon nggak lalu apa lagi mau diminumnya. Pergh.. rasanya macam2. Ada serbuk lada hitam agaknya. Sesuai untuk orang yang tgh pantang bersalin. Panas je perut. Tapi pergi makan mana2 pun, teh tawar ala2 chinese tea tetap ada tau. Kira macam kalau kat sini kasi air kosong la.

dinner1-copy1

Kemudian, selesai makan kami gerak pulang hotel. Lepas dah mandi2 tu, before dpt lelapkan mata tu, aku bukak la tv. Layan Trans TV, sbb stesen ni slalu ade psl nyanyi2 ni. Lucky me! Peterpan tgh performed. Apa lagi, menjamu mata aku tgk si Ariel itu. Heee..

Okie. Next daynya sambung kendian yer.

Enjoying Her Day

14th Dec

Bandar Sri Damansara

Sharp 7 am, i rushed back home to get ready for Dura’s engagement. Instead of getting prepared, I laid on my bed and have a quick nap. Woke up around 8am and getting ready for the kenduri.

Around 11am, arrived at Dura’s coincidently at the same time with Lynda. Thank God! Takde la aku malu2 kucing nak masuk rumah Dura tu.

Dah salam2 dengan family besar Dura, terus kami mencicit dengan penuh kesopanan dan kesusilaan ke kamar hiasan. And there she was almost ready for her pre-big day. You’re so gorgeous babe. As usual, the girls berebut2 nak berfoto bersama si pemeran utama. Sapa la yang nak amekkan gambar, aku pun taktau. Luckily, there’s Nana’s friend sebagai sang pemotret yang memang akan jadi buruan kami. Hehehe..

a

w

pc140519a

 

After the final touch of the make up artist. (aku think so la kan). Kami berfoto2 lagi, I am happy for her but yet there’s still  a bit of sadness swift by at the deep down inside me.

Kemudian, turun bawah untuk sesi sarung cincin dan berfoto-fotoan lagi. Oh, tidak lupa juga acara makan2. Kami makan di dalam aja, sebab lepas tu hujan yang amat lebat. Selesai makan dan melepak2 sebentar, kami meminta diri dan dibekalkan dengan nangka masak lemak yang emek masak yang sungguh mak nyuss!

3111440544_5d78ae4c16_o

3111500772_243b9aa5a2_o

Credits for sang pemotret : Joe Zakaria 

Bermalas-malasan sebentar di rumah Mek n Nana, dan after a while, pi The Curve, konon2 tuk karaoke tapi sebab aku kena rushed back home, drang memutuskan tuk tengok Planet Hitam but still i could not joined them. Takpe la.. melayan flea market di situ oke juga donk..

Sempat merembat satu shirt even takde duit satu sen. Bley tak? Kemudian aku memujuk mereka semua tuk amek gambar kat mesin gambar tu. Kami habiskan RM30 tuk amek gambar. Kenapa sampai RM30? Sebab yang first memang amat menyakitkan hati je mesin tu. Yang second tu, sebab asyik edit tak sedar masa dah abis and banyak lagi shots yang tak sempat diedit and the last one baru sempat edit cuma aksi2nya semua ntah pape sebab kami kan ramai, mana la nak muat skrin tu. =p

Kemudian rushed home bila jarum jam menunjukkan pukul 6:30ptg. Cape’ gwe!

Congrats Dura!! =)

Melt away..

The songs that made my heart melt away..

If ada lelaki yang bagi aku lagu2 itu, kompem aku akan cair.. (sigh!)

Bila ek nak dapat song dedication? (sigh! again..)

Lagu2 yang bukannya dari pacar imaginasi ku itu..

Lagu2 yang betul2 membuat jantungku berdegup dengan rentak yang menyenangkan.

Salah satu lagu2 ini membuatku terbuai terimaginisasi indah ketika membaca coretan “Mata Terkunci dengan Stranger”  Zahiril. Owh.. alangkah indahnya jika aku perempuan itu..Tapi malangnya tidak..

Lagu2 yang membuatku lupa seketika tentang kisah hidupku yang belum selesai itu. belum selesai atau aku saja yang belum terima hakikat bahwa memang kisah itu telah selesai?

Aku sendiri lagi..

MAS FANTASTIC SALE – ENRICH SHOPPING INDULGENCE!

Ground Floor
Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

19hb Dec, aku pegi Bangunan MAS tuk melihat yang dikatakan fantastic sale ni. Erm.. biasa2 je.. tak byk barang pun. Aku nak pegi sebab aku nak beli perfume. Dari aku nak cari perfume for men, aku rembat satu tuk aku. Nak belikan tuk mama tp takot mama tak suka yang aku pilih plak, sbb stakat ni, pilihan kitorang mmg lain.

So, aku rembat satu perfume, Ferragamo Fascinating dengan harga RM190 which harga asal RM265 (kot). Dan juga heels Lewre yang tutup semua, yang slalunya aku takkan beli sbb menyaketkan kaki aku je. Aku berkenan dengan kaler pink tapi sbb tade size beso, aku rembat je kaler coklat tu dengan harga RM70.

Dan aku, dura and nana register je tuk Enrich tu. Sebab takyah bayar.

Lepas tu, Dura balik opis, aku n nana pun pegi Dayabumi tuk collect check consolation prize Petronas tu. =) (beaming)

Masa aku tgh duk isi form tu, ade mamat tu cakap ahad ni nak tgk melodi pasal rita ngan abby. Aku tau pasal abby, pasal rita tatau la plak. Aku pon tanye la Nana, rupa-rupanya dia dah kawen ngan Aidil Zafwan tu awal taon ni. Huhu.. ye la aku mane la baca paper kan minggu ni. =p

Tinggal la Adha je yg single. (single ke?) Kemudian pi JJ, nak jumpa Shasha. Kami makan kat Laksa Shack dengan penuh perasaan. itu refer to me la.. hiks. dah lame tak dpt makan makanan Malaysia. selama 4 hari asek nasi, tempe, tauhu.. tak lalu dh aku.. huhu..

Itu aja pasal 19hb tu..

DOY – Kangen Band

Sejenak ku terdiam dan membisu
Membuatku lelah dan tanpa arah
Coba mengertilah, coba pahamilah
Arti cinta sesungguhnya

Dan letakkan hatimu di sini
Ku berjanji kau tak ’kan kusakiti
Sejuk sepi sedang dan tanyakan bintang
Hanya kaulah yang ku sayang

Ku latih kau terbang di atas awan
Agar kau tegar dan tak terkalahkan
Jadilah jagoan seperti yang kuinginkan
Agar dapat kubanggakan

Namun sikapmu kini telah berubah
Membuatku resah dan serba salah
Kau berdiam diri membuat nadiku berhenti
Katakanlah hei kekasih

Reff:
Coba kau pikirkan, coba kau renungkan
Apa yang kau inginkan telah aku lakukan
Coba kau pikirkan, coba kau renungkan
Tanya bintang-bintang hanya kaulah yang ku sayang
Coba kau katakan apa yang kau inginkan
Apa yang kau butuhkan telah aku berikan
Coba kau katakan apa yang kau inginkan